Ehsan Google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah selesai tugas yang di beri sebagai pengadil bagi permainan badminton. Dan bangga"my roommate menang pertandingan ping pong dapat johan tu, tahniah rommate. Dan masa sedang perlawanan ada seorang "bro" ini telefon dan ajak berjumpa untuk cerita pengalamannya, setelah 3 kali set pertemuan baru sekarang nie dapat berkongsi ceritanya bersama kita.
Bro Fiq : Alhamdulilah akhir dapat juga jumpa dengan pemilik akupenghibur.com ,susahnya nak jumpa.
Acik : hahaha minta maaflah bro sangat sibuk dengan tugasan yang banyak dan kadang sabtu ahad kerja 4 time.
Bro Fiq : Sorrylah ye gangu, aku tak tak tahu nak share dengan siapa sebab tak ramai orang faham keadaan kita.
Acik : Biasalah tu fiq, tak semua nak dengar masalah kita, tapi bila masa kita ada duit dan di puncak semua orang nak dekat. Itu lumrah manusia. Masa tu kat facebook kata nak kawin tahun depankan ? so macam mane persedian ?
Bro Fiq : ermm ini yang nak cerita dengan acik nie, sebenarnya bro aku dah tak jadi kawin.
Acik : La kenapa pulak tak jadi ? bukan ke dulu bro kata dah tunang ke ?
Bro Fiq : memang betul tu acik, tapi acik aku dah putus tunang dengan dia dan dia dah kawin dengan orang lain.
Acik : sabarlah, mungkin dia bukan jodoh yang tepat untuk afiq, insyaALLAH Allah akan hantarkan selayaknya untuk afiq.
Bro Fiq : Tapi acik, rasa sakitnya hati ini , terluka lebih parah dari sakitnya di cucuk jarum, lagi sakitnya dari jatuh motor , lagi sakitnya jatuh tangga. Aku sayang dia acik, Aku tak sanggup kehilangan dia.Aku sayang dia, bukan sekejap kami berkenalan dengan dia. Aku couple dengan dia 5 tahun dan kami bertunang 3 tahun.
Acik : Macam mane boleh putus tunang ?
Bro Fiq: Aku putus tunang dengan dia ,lepas aku dapat tahu dia kena tangkap basah di sebuah hotel berdua-dua dengan kawan baik dia. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam gini. Aku pernah buat solat istikharah 2 kali acik buat memang nampak dia dan aku rasa dia memang jodoh aku, tapi kenapa semua ini berlaku.?
Acik : sabar afiq, inilah takdir hidup kita, Allah tak janjikan bahwa orang yang kita sayang dan cintai itu akan menjadi milik kita. Dan maknanya dia bukan jodoh afiq., percayalah Dia tahu yang terbaik untuk afiq.Masa buat solat istikarah itu mestilah dalam keadaan tenang dan tidak meminta-minta dan mengharapkan dia akan jadi tanda bahawa dia jodoh kita. Kadang kala syaitan akan terus menggangu kita dan menyatakan dia itu jodoh kita padahal itu mainan syaitan.
Bro Afiq : Ya Allah acik, baru aku sedar, memang masa solat istikarah itu aku dalam keadaan tenang tapi hati ini berharap sangat dia yang muncul sebagai jodoh aku sebab dia cantik dan baik dan aku tak sanggup berpisah dengan dia.
Acik : ermm fiq dengarkan nie Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa
Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah
dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)
Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)
Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)
Bro Fiq : Tapi acik ,aku tak rasa aku akan jumpa perempuan seperti dia, walaupun dia telah tipu aku , aku tetap percaya dia jodoh aku.
Acik : Fiq sekarang nie dia pun telah berkahwin, doakan doa, biarlah dia dengan hidupnya yang sekarang, jangan kita menyalahkan takdir dan tidak menerimanya. Percayalah jodoh kita telah di tetap Allah kalau tak di dunia di akhirat nanti .
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian
seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh
hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah
segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga
bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan
malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat
perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya
samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di
mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Bro Fiq : Habis apa yang perlu aku buat sekarang nie ?
Acik : Berdoalah, bersabarlah dan ikhlaskan apa yang terjadi. Bro sangat bertuah Allah berikan ujian ini tanda Allah sayang pada bro dan beri kesempatan untuk jumpa perempuan yang lebih baik. Jangan terlalu memikirnnya, sebabnya ia akan buat kita akan lebih parah dan terluka.
Bro Fiq : Betul juga kat acik nie, tak apalah dia memang bukan jodoh aku, aku kena terima. Walaupun sakit aku kena telan juga apa yang aku hadapi.
Inilah perbualan kami berdua, apa yang acik boleh buat hanyalah mampu memberi nasihat kepadanya. Agar hatinya tenang. Tapi acik yakin bahawa Setiap yang terjadi mempunyai sebab yang tersendiri. Di balik rasa sakit ini insyaALLAH akan ada sinarnya yang kita tak ketahui. Husnozon dengan ALLAH.
32 Ulasan
sedih baca..
itu la tak ada jodoh :(
Akak singgah kejap je ni,akak kat cameron highland,line susah la ka sini acik,isnin akak balik br kita bincang. . Maafkan akak acik ye. . .
lebih baik bercinta selepas nikah. lagi indah. dapat pahala lagi.
tapi ni dia lagi 'sakit' kot..da bcinta dgn wanita tu 7tahun, baru btunang tahun lepas, tapi baru2 ni dapat tahu yg wanita tu da tipu dia..tipu hidup2 selama 7tahun mereka bsama ni..yaya pon hnye mpu nsihtkan dia je.. =<
Saya adalah anak sulung dan harapan ibu terhadap sy begitu tinggi mahu melihat saya bahagia. Suatu hari, saya telah memberitahu mahu berkahwin kepadanya, tetapi bakal isteri saya hendaklah ibu saya carikan sendiri. Pada ketika itu saya lihat pada wajah satu sinar yang memancar, dan keceriaan yang tidak terkata pada wajahnya, alhamdulillah selepas sebulan saya bertunang dengan gadis pilihan ibu sy, walaupun tidak cantik, dan usianya lebih berumur daripada sy, sy redha dengan a[pa yang telah allah tetapkan. Setelah 6 bulan bertunag, saya telah diijab kabulkan, dengan hanya sekali lafaz, saya telah bergelar seorang suami.
Pada mula sy dan dia hanya biasa, umpama kawan, tetapi semakin hari semakin rapat, saya lihat isteri saya semakin cantik, anggun dan menawan, dari segi rupa dan perangai sangat menyenangkan hati saya.
Saya adalah seorang yang panas baran, namun dengannya saya telah terangkan segala-galanya. Sehingga kini kami tidak pernah bergaduh atau bertengkar, jika ada kesilapan, sy akan diam dan tegur secara baik, lebih menjadi seorang yang pemaaf. Kini saya dan isteri sedang menunggu kehadiran orang baru, alhamdulillah, allah telah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. Saya juga belajar mengaji Quran dengan isteri saya.
PERCAYALAH, BANYAK HIKMAHNYA JIKA KITA SABAR DAN REDHA DENGAN SESUATU UJIAN ITU. IN SHAA ALLAH.