Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernyawa di muka pinjaman Allah ini, ucaplah syukur kepada Allah. Alhamdulilah blog ini sudah 5 tahun usianya dan banyak kenangan yang acik lalui bersama blog ini. Untuk pengetahuan semua segmentasi blog acik ini lebih kepada remaja, cinta dan keislaman . Dan sangat bersyukur kerana setiap hari ada sahaja yang berkunjung ke blog acik.
Ye acik akui blog acik banyak lagi kelemahan yang perlu di perbaiki, begitu juga soal penulisan yang yang kadang kala ayatnya kurang di fahami dan salah ejaan.Minta maaf sangat kerana harap semua dapat faham kadang kala entri tersebut di taip dengan kelam kabut dengan kelas setiap hari yang padat dan untuk memenuhi kehidupan seorang pelajar. Acik menjadi seorang blogger ini bukanlah untuk mendapatkan duit mahupun populariti tetapi lebih kepada perkongsiaan hidup ini.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”
Apa yang acik taip di blog ini kebanyakkan adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri, rakan-rakan dan orang yang berada di sekeliling acik serta berdasarkan pemerhatian acik. Secara jujurnya, banyak pekara baru yang acik belajar dari kamu semua.
Tapi satu pekara yang buat acik kecewa sangat hari ini, ia adalah kata-kata kesat. Tak kiralah kamu blogger baru ke, blog dah senior dan kamu blogger famous sehinggakan 1 Malaysia dah kenal kamu tapi tolong jaga apa yang kamu pertuturkan dan apa yang kamu tulis.
Ye acik tahu kamu semua blogger di kenali ramai , menggunakan platform yang berbayar mahal bukan macam acik ini tapi itu bukanlah alasan untuk nak hina orang lain.
Hari ini ada 2 orang blogger yang menghantar di whatsApp acik dan di mengkritik tentang keseluruhan blog acik, alhamdulilah kerana ada yang sudi menegur tetapi bukan dengan kata hina blog acik dan kata cacian . Antaranya
Aku rasa blogger macam kau ni tak sesuai wujud kat dunia ni, blog macam sampah, loading macam siput babi dan kononnya nak beri perubahan dalam hidup orang lain,konon nak jadi seperti malaikat padahal kau macam syaitan.
Ini adalah sedikit dari whatsapp yang dia hantar , sampai sekarang acik masih lagi terfikir , kenapa ada orang yang sakit hati dengan blog acik ? acik tak pernah ganggu hidup orang dan acik tak pernah kacau blog orang lain.
Sekali lagi acik minta maaf sangat untuk entri-entri yang acik tapi di blog ini jika ada yang kamu tak senangi dan tak selesa. Siapa yang hantar itu ? biarlah yang tahu antara acik dan Allah. Akhir kata dari acik, acik pun manusia yang banyak buat kesalahan ,jika benar acik ada buat kesalahan tegurlah dengan cara yang berhemah bukan cacian.
43 Ulasan
Sedih plak akak baca entry yg ini....tambahan dgn kutukan utk acik tu...hanya acik yg tau perasaan acik ketika membaca mesej yg acik terima di whasap tu....moga acik tabah dan terus menulis...ini bukan sampah...di blog ni ada ilmu...in sya Allah akak akan terus ke sini selagi ada talian intenet.....
sebenarnya orang itu dengki akan kejayaan achik. Percayalah achik anggaplah semua ini satu cabaran utk achik maju dan maju terus ke hadapan. Anggaplah penghinaan itu satu pemangkin utk berjaya.
Percaya ini achik... jika orang itu benci achik.. itu adalah orang pertama yg benci achik.. tetapi kami blogger di sini sentiasa sokong achik... satu benci achik tapi 1000 sayang kat dan suka kat achik....k.
mselim3
pls: cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah, cinta kepada Allah akan kekal abadi-Ustad azhar idrus
nak kritik pun biar la berpada2..
aq pun dulu masa mula2 buat blog ke sound gak..
tapi dari hari ke hari.. kita blajar dri pglaman..
bkan smua org sempur na!!
Acik, ucapkanlah Alhamdulillah... yang negatif pun boleh menjadi positif :)
mujadafewa.my
sampai begitu sekali org xpuas hati dgn acik.. sabar byk2 tau