Ticker

6/recent/ticker-posts

Boleh Jika Mahu Memberikan Kritikan Tetapi Jangan Sampai Menghina


Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernyawa di muka pinjaman Allah ini, ucaplah syukur kepada Allah. Alhamdulilah blog ini sudah 5 tahun usianya dan banyak kenangan yang acik lalui bersama blog ini. Untuk pengetahuan semua segmentasi blog acik ini lebih kepada remaja, cinta dan keislaman . Dan sangat bersyukur kerana setiap hari ada sahaja yang berkunjung ke blog acik.

Ye acik akui blog acik banyak lagi kelemahan yang perlu di perbaiki, begitu juga soal penulisan yang yang kadang kala ayatnya kurang di fahami dan salah ejaan.Minta maaf sangat kerana harap semua dapat faham kadang kala entri tersebut di taip dengan kelam kabut dengan kelas setiap hari yang padat dan untuk memenuhi kehidupan seorang pelajar.  Acik menjadi seorang blogger ini bukanlah untuk mendapatkan duit mahupun populariti tetapi lebih kepada perkongsiaan hidup ini. 

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”

Apa yang acik taip di blog ini kebanyakkan adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri, rakan-rakan dan orang yang berada di sekeliling acik serta berdasarkan pemerhatian acik.  Secara jujurnya, banyak pekara baru yang acik belajar dari kamu semua.

Tapi satu pekara yang buat acik kecewa sangat hari ini, ia adalah kata-kata kesat. Tak kiralah kamu blogger baru ke, blog dah senior dan kamu blogger famous sehinggakan 1 Malaysia dah kenal kamu tapi tolong jaga apa yang kamu pertuturkan dan apa yang kamu tulis. 

Ye acik tahu kamu semua blogger di kenali ramai , menggunakan platform yang berbayar mahal bukan macam acik ini tapi itu bukanlah alasan untuk nak hina orang lain.

Hari ini ada 2 orang blogger yang menghantar di whatsApp acik dan di mengkritik tentang keseluruhan blog acik, alhamdulilah  kerana ada yang sudi menegur tetapi bukan dengan kata  hina blog acik dan kata cacian . Antaranya 

Aku rasa blogger macam kau ni tak sesuai wujud kat dunia ni, blog macam sampah, loading macam siput babi dan kononnya nak beri perubahan dalam hidup orang lain,konon nak jadi seperti malaikat padahal kau macam syaitan. 

Ini adalah sedikit dari whatsapp yang dia hantar , sampai sekarang acik masih lagi terfikir , kenapa ada orang yang sakit hati dengan blog acik ? acik tak pernah ganggu hidup orang dan acik tak pernah kacau blog orang lain.

Sekali lagi acik minta maaf sangat untuk entri-entri yang acik tapi di blog ini jika ada yang kamu tak senangi dan tak selesa. Siapa yang hantar itu ? biarlah yang tahu antara acik dan Allah.  Akhir kata dari acik, acik pun manusia yang banyak buat kesalahan ,jika benar acik ada buat kesalahan tegurlah dengan cara yang berhemah bukan cacian.

Catat Ulasan

43 Ulasan

Khir Khalid berkata…
Astagfirullah.. bersabarlah Acik, setiap dugaan pasti ada hikmahnya.. Cara mcm tu mmg x baik.. semoga Acik ttp tabah & terus semangat berblogging.. Salam Jumaat :)
Asha Lya berkata…
salam acik..biarkan sajala mereka acik..yang penting kita tahu apa yg kita buat.bukan ada kacau orang pun kan.kalau tak suka buat apa mereka nak komplen itu ini kan mengenai blog acik...teruskan perjuangan acik..we support blog aku penghibur
Shahrul Yusof berkata…
Itu ayat bukannya kritik untuk membina. Itu langsung tidak boleh dianggap kritikan, sebaliknya menghina. Kan ke dia boleh gunakan bahasa yang lebih elok sikit jika ingin sampaikan pandangan sekalipun. Hmmm...
Vee berkata…
Smile, for God knows the best. Biar apa orang kata, janji kita ikhlas dan jujur :)
Kalau nak menghina itu, niat dah tak betul.
shazillahsani.com berkata…
xpelah acik...be strong...biar orang buat kita...jangan kita buat orang...jom senyum bersama aku penghibur...hihihi
Unknown berkata…
betul tu, kalau nak kritik pun tak perlu la sampai hina bagai..ish-3 sbar ye acik..:)
Unknown berkata…
kutukan membina pemangkin semangat. :)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik....

Sedih plak akak baca entry yg ini....tambahan dgn kutukan utk acik tu...hanya acik yg tau perasaan acik ketika membaca mesej yg acik terima di whasap tu....moga acik tabah dan terus menulis...ini bukan sampah...di blog ni ada ilmu...in sya Allah akak akan terus ke sini selagi ada talian intenet.....
Tanpa Nama berkata…
kito dok diam x usik org , tetiba ada org serang kita ... tu perkara biasa . ucap lah alhamdulillah sbb dia sudi beri pahalanya pada acik ...
sohoque berkata…
Buat derk jer acik. Jdkan itu sbg peransang utk acik terus berkarya. Kipidap bro
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

sebenarnya orang itu dengki akan kejayaan achik. Percayalah achik anggaplah semua ini satu cabaran utk achik maju dan maju terus ke hadapan. Anggaplah penghinaan itu satu pemangkin utk berjaya.
Percaya ini achik... jika orang itu benci achik.. itu adalah orang pertama yg benci achik.. tetapi kami blogger di sini sentiasa sokong achik... satu benci achik tapi 1000 sayang kat dan suka kat achik....k.

mselim3

pls: cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah, cinta kepada Allah akan kekal abadi-Ustad azhar idrus
sobri yaacob berkata…
salam..
nak kritik pun biar la berpada2..
aq pun dulu masa mula2 buat blog ke sound gak..
tapi dari hari ke hari.. kita blajar dri pglaman..
bkan smua org sempur na!!
Tanpa Nama berkata…
nape nak baca kalau tak minat?harap2 diorang ni dapat hidayah..huhuhu..
Blog Santai berkata…
Hmmm..ada jugak yang macam ni ya..Dugaan tu achik..Sabar k..all the best to you....
Unknown berkata…
Kenapa dia cakap macam tu?? Hairan betul Kak Erin.. Sabarlah Acik, dalam pada kita memnyampaikan kebaikan, ada yang tidak senangi kita.. bersabarlah dengan ujian ini.. teruskan menulis perkara yang baik.. Semoga Acik terus maju.. :-)
acik ucapkan Alhamdulillah...jangan dilayan orang yang rendah IQ dan juga EQ... kalau dilayan kita yang sengsara...jangan patah semangat dan jangan putus asa untuk berblog. Personally akak suka baca blog acik... jadikan itu cabaran untuk jadi lebih baik...
Tanpa Nama berkata…
Singgah sekejap sebelum tido...moga acik lena dan lupakan kepahitan hari ini...moga esok kita lebih baik....
BinMuhammad berkata…
Satu jari menuding empat jari kearah sendiri...
Acik, ucapkanlah Alhamdulillah... yang negatif pun boleh menjadi positif :)
eydafaizal berkata…
sabarlah acik .. manusia sememangnya begitu ..
mujagirl92 berkata…
we are in the same shoes acik. i feel you.. org gini jelez sbb blog dorang tak hebat cam blog acik.. tu je.. keep blogging acik. jadi blogger kena kental katanya.. huhuu

mujadafewa.my
Astaghfirullahal'azim... Sabar banyak2 ya acik... Itu sebenarnya nak menjatuhkan semangat acik utk berblogging je... anggapkan kritikan dan kejian sebagai penguat semangat utk terus berblogging. www.ieta-myblog.blogspot.com
Unknown berkata…
sabar ye acik..ignore je...teruskan berblogging~
Affy Afiqah berkata…
masyaAllah, orang macam tu pun ada ke? acik jangan layan laa text yang nak menjatuhkan acik macam tu, mungkin dia iri hati dengan acik kut, biasa laa, manusia ni ramaii yang susah buang sifat hasad dengki dengan kelebihan orang lain, sabar banyak2 je acik. Acik kena kuat, kalau dorang tengok acik lemah, acik kalah, dorang bersorak menang. Mesti acik tak nak camtu kan? Be strong, bloggers dan readers lain ramai yang menyokong acik dalam dunia blogging ni :) have faith in Allah~
Unknown berkata…
xpelah Acik.. ambil mana yg baik je lah... yg negative tu tolak tepi.. yg penting Acik maafkan mereka walaupun agak sukar menelan kata2 mereka yg sgt pedih tu... Acik kan berdakwah? maka inilah salah satu dugaan n cabaran berdakwah.. Nabi dulu pun kene lebih teruk.. :) so stay strong & ingat kami2 ni yg sentiasa menyokong usaha dakwah yg Acik lakukan...
Atien berkata…
Saya tgk blog ni ok je..x de pun mcm yg dia ckp tu..mgkin irihati tu x leh nk kawal..akhirnya timbul sifat dengki.mmg sakit mbacanya tp pedulikn selagi kita yakin apa yg kita buat x de salahnya.
Unknown berkata…
Takkan ada sampai bila2 pon semua org akan suka kita. Rambut sama hitam hati lain2. Ni pon kira dugaan dari Allah gak. Nak tengok cemana kita respon.
Tanpa Nama berkata…
saya tgk blog acik ok je, cuma dri segi loading jelah. apa dia ingat dia blogger terkenal boleh nk hina blog orang lain ke? nama je blogger terkenal padahal adab tk reti jaga, dia tu yg tk layak wujud dalam dunia blogger sepatutnya -.- sabar ye acik, dia jeles tu. wlaupun kritikan tu pahit, tapi boleh membina
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. elok tegur secara berhemah, bukannya secara mencaci maki seperti itu.. pada pandangan akak blog acik sudah ok dan perkongsian pun sangat bermanfaat.. cuma loading tu saja.. sabar sajalah acik, jadikan ia pembakar semangat untuk acik terus maju..
Tanpa Nama berkata…
kritikan dan makian itu suatu yg jauh berbeza
PeRdU cINta berkata…
masyaAllah..tidak mengapa..jadikan ianya satu suntikan semangat untuk merubah diri ke arah yang lebih..lebih dan lebih baik sentiasa..jangan risau orang tak suka kita..kerana Allah sentiasa bersama kita..Allah datangkan ujian dalam pelbagai bentuk..dan salah satunya apa yang acik laluinya kini..tak rugi bersabar kerana sabar itu sifat Rasulullah..moga bertabah hati selalu..
Ninja Anggun (NA) berkata…
satu benci, 100 kasihi. biasalah tu. saya faham sebab saya sendiri pernah dapat mesej yang menjatuhkan semangat. anggaplah insan itu sekadar ujian yang melintas dalam hidup achik. jadikan jambatan untuk membina semula kekuatan berdakwah. moga dipermudahkan.
fragmenbiru berkata…
Assalamualaikum Acik, kembali kepada niat kerana Allah.. dugaan dan ujian datang menyinggah untuk mendekatkan diri kepada Allah...manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan,doakanlah agar sidia yang melontar fitnah sedemikian mendapat hidayah kelak..Amin ya Rabb... Acik!!! Dugaan membuatkan kita kuat,kental dan pastinya perjuangan menyampaikan islam mendapat pelbagai halangan terutamanya mereka yang hasad dan dengki...Nauzubillahi min zalik.. Namun,sejujurnya mengikut pendapat Abak,perlu juga kita muhasabah sejenak,apakan penyebabnya ada yang hasad dan dengki dengan kita,kadangkala kita tidak sedar.. Abak pernah alami situasi sperti Acik dan Abak berundur seketika mencari asbabnya,Alhamdulillah... paling peting,niat dan Allah tempat pergantungan kita...
MalizaMah berkata…
isyh... mohon acik terus tabah. biasalah manusia ni kadang2 kan dia jeles... cuba bayangkan kalau org ckp mcm tu kat dia. apa perasaan dia......
Tetamu Istimewa berkata…
Wah, hebat sangat ke orang tu. Kita harus sedar yang manusia ni tak sempurna. Kalau ada tersalah boleh tegur cara elok.
Zaza Iman berkata…
sabar ya acik..dugaan acik ni.. jgn sdh, semua org suka blog acik ni..zaza pun.. :) teruskan usaha acik..jgn putus asa..
Nina Mads berkata…
lama tak singgah sini juga.. wah dh 5 tahun usia blog acik ya. tahniah :)
sampai begitu sekali org xpuas hati dgn acik.. sabar byk2 tau
Unknown berkata…
bertabahlah wahai Acik...semoga penghantar WA tu menerima hidayah daripada Allah :-)
Unknown berkata…
Kemungkinan mesej itu adalah dari syaitan..haha..sakit hati jugak saya membacanya..ada ke keji org macam tu..tak semena-mena..pelikss..dengki le tuu Acikk kan?
Maria Firdz berkata…
Tahniah sbb kita dikritik.. Kerana itu bermkna penyampaian kita smp pd penerimanya cuma penerima tu terasa dan ego utk berubah... Senyum aje jika dapat kritikan begitu...
Karya Mahirah berkata…
Aduhai... ucap alhamdulillah... pahala dapat kat awak. Kenapalah nak cakap dgn bahasa kesat? Tegur baik-baik tak boleh ke? Makan cili banyak sgt tu... sentap dengan pengisian entry acik... maknanya awk dah berjaya!