Assalamualalikum
Alhamdulilah hari ini berjalan dengan lancar, selesai sudah "oral test" bagi bahasa ketiga iaitu bahasa mandarin. Dan hari ini sangat seronok apabila tadi seorang professor di tempat acik belajar membaca apa yang acik taip di blog. Itu merupakan satu penghargaan untuk diri ini dan beliau memuji setiap orang yang memberi komen dengan sangat bagus sekali dan bernas.
Terima kasih juga kepada yang sudi komen di blog acik yang tak seberapa. Minggu lepas powerbank acik hilang tak tahu mana pergi. Mulanya memang sedih sebab acik memang betul-betul memerlukannya tapi acik fikir itu bukan rezeki acik dan anggap ianya adalah kafarah dosa-dosa kecil yang acik lakukan.
Dan berita gembira acik dapatkan apabila tadi sahabat acik bagitahu bahawa ada naik notis pemberitahuan siapa ada hilang powerbank. Dan acik pergila moga-moga itu acik punya powerbank dan Alhamdulilah betul sekali itu acik punya. Dan ribuan terima kasih sangat kepada orang yang berhati mulia pulangkan kembali powerbank yang hilang tersebut. Semoga Allah merahmatimu dan murahkan rezeki.
Mak ada bagi acik ayat jika barang yang hilang untuk acik baca. Alhamdulillah daripadanya Dia berikan dan darinya juga ia akan kembali.
Allahumma innaka ta’lamu ayna
dholatii wa ayna dhoolats, Allahumma yaa roddadh-dhollati wa yaa
haadiyan minadh-dhollati wa yaa jamian-nasi liyawmin laa royba fiihi,
ijma’ ‘alayya dhollatii innaka ‘ala kulli syay-in qodiir.”
Artinya : “Ya Allah, sesungguhnya
Engkau mengetahui di mana berada barangku yang hilang dan di mana ia
telah hilang. Ya Allah, wahai Yang mengembalikan barang yang hilang,
wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang mengumpulkan
manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah padaku
barangku yang hilang. Sesungguhnya Engkau maha kuasa atas segala
sesuatu.”
atau
Atau
Tapi jangan hanya berserah sahaja, kena ada usaha juga dan jika barang itu berharga maka buatlah laporan polis .Paling tidak pun kita dah berusaha, segalanya rahasia Allah dan cuba selidik apa yang ktia buat setiap hari, kadang kala ini salah satu juga peringatan Allah untuk kita.
55 Ulasan
Terimakasih doa yang baik, sesungguhnya jangan hanya berdoa tapi harus dibuat agar barang hilang dapat dijumpai semula, betul tak Acik.. ^^
Tapi biasanya saya berdoa dalam bahasa melayu. Terima kasih kongsikan doa ini :)
Akak ada ilang dua gugus kunci,satu gugus kunci kereta,satu gugus kunci rumah...dah dua tahun..x tau nak cari kat mana,akak ingat kejadian tu,akak sampai rmh,dh masuk rumah tu letak kunci2 tu tp x ingat di mana...hehehe...nasib ada kunci spare....akak terfikir mungkin akak dh buang dlm tong sampah..kalau ada dlm rmh,mesti msa cari tu kumpa balik,ni nak cuba cari sambil baca doa ni...sblm ni bila cari brg hilang,akak cuma baca surah dhuha je.....tq acik
terima kasih Acik
Akak baru tgk n baca di chatbox....terimaksih byk2 acik...terharu sgt.....sebaklah.....
Terima kasih berkongsi doa ini.
Semoga Allah SWT balas jasa baik En.
Hilang di kawasan sekolah...memang pelajar ambil sebab saya terlupa saya simpan beg duit di bakul motor saya...
nice info....