Ticker

6/recent/ticker-posts

Jodoh Itu Allah Pertemukan Pada Waktu Yang Tepat

aku menunggumu | Aku Penghibur


Assalamualaikum 

Ya Allah tak sangka pula hari ini acik dapat banyak email dari bertanya bagaimana untuk mempercepatkan jodoh, apakah langkah yang perlu di lakukan untuk cepatkan jodoh dan acik menjawab sekadarnya sahaja.  Sebagian wanita yang sudah mencapai usia siap untuk menikah mungkin akan mengalami kesedihan dan tanda tanya dalam diri, kenapa jejaka idamanku tidak kunjung tiba ? 

Sedangkan usia semakin bertambah. Belum pertanyaaan keluarga yang asyik bertanya bila mahu menikah ? .Kadang acik faham  bukannya mereka tak mahu untuk menikah tetapi jodoh atau lelaki idaman itu belum di jumpai sahaja.

Itu adalah lumrah kehidupan dan dapat di beritahu sebenarnya, bagi para wanita di luar sana yang sedang menanti  tak payah gelisah apalagi sampai sedih yang hanya mengakibatkan menggangu aktiviti seharian kamu semua.Sampai tidur tak lena, makan tak kenyang kerana asyik memikirkan bila jodohku akan sampai ? 

Untuk kaum hawa, pada dasarnya keadaaan seperti ini cukup kita kita hadapi dengan sabar dan tawakkal. Kerana jodoh itu bukan hal yang pasti yang akan kita akan hadapi di dunia. Tetapi ada satu hal yang pasti kita akan temui ,sama ada cepat atau lambat iaitu kematian. Memang menikah itu adalah salah satu sunnah Rasullulah saw. Tidak di nafikan tetapi janganlah sibuk mencari cinta sehinggakan buat pekara yang yang bukan-bukan.

Jadi kita bersabar dan tawakkal serta menyibukkan diri untuk mempersiapkan kematian yang pasti akan kita hadapi, maka kita tidak akan pernah bertemu kembali dengan rasa yang bernama sedih, gundah dan sebagainya. 

Namun, ketika kita bersabar dan tawakkal bukan berarti juga harus berdiam diri sambil menunggu Allah mempertemukan dengan jejaka idaman yang dinanti. 

Ahh di sini ada beberapa tips  yang boleh di cuba oleh kaum hawa di luar sana sebagai ikhtiar kita agar Allah berkenan memudahkan urusan kita untuk bertemu dengan jejaka idaman.


Sentiasa memperbaiki diri.

Bukankah Allah sudah menjanjikan kepada hamba-hambaNya bahwa lelaki yang baik akan mendapatkan wanita yang baik pula? Kecuali sebagian kecil diantaranya untuk dijadikan pembelajaran bagi hambaNya.

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Kaum hawa yang acik hormati sekalian, boleh jadi Allah menunda waktu kamu untuk bertemu dengan jejaka idaman karena persiapan kita yang belum matang untuk memasuki dunia tersebut, boleh jadi dari diri kita masih banyak hal yang harus kita perbaiki terlebih dahulu. Maka perbaikilah dirimu menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi.

Senantiasa berdoa khususnya di waktu-waktu mustajab.

Jangan malu atau malas untuk berdoa kepada Allah agar memudahkan jalan kita menuju . Jika kamu meletakkan kriteria khusus mengenai pasangan kamu nanti, maka sampaikanlah kepada Allah.Sebagai contoh , nak muka orang yang tinggi ,kulit itam manis dan sebagainya. Maka pilih waktu-waktu utama agar doa kita lebih mustajab, seperti saat hujan turun, ketika kita sedang melakukan perjalanan, atau sebagainya.


Perbanyak membaca buku-buku tentang pernikahan dan keluarga.

Jika kita sudah merasa siap dan nak segera untuk menikah, maka tambah pengetahuan kamu tentang duniaalam perkahiwnan, sebagai contoh apa tugas sebagai seorang isteri, dosa-dosa seorang isteri dan dan sebagainya.



Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal. Kuatkan keyakinan kita bahwa jodoh itu akan Allah pertemukan pada waktu yang tepat, Insya Allah.Allah itu sebaik perancangan yang kita ketahui dan dia akan hantarkan selayaknya seseorang itu untuk kita. 



Catat Ulasan

36 Ulasan

Khir Khalid berkata…
Subhanallah.. perkongsian yg memberikan pengharapan kpd kaum hawa utk senantiasa bergantung sepenuh harapan kpd Allah swt.. semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.
Tanpa Nama berkata…
jangan bersedih kerana lambat jodoh tiba,belum sampai seru..
Teena Tna berkata…
InsyaAllah, kalau dah jodoh tak ke mana.
Terima kasih Acik kongsikan tips ini :)
Adam Faiz berkata…
kalau dah jodoh tak ke mana kan ?
Nice entri :)
Unknown berkata…
setuju sangat, selalu doa dan tawakal, In Sha Allah akan dipermudahkan..:)
shazillahsani.com berkata…
betul itu acik...jodoh itu rahsia Allah...dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya...
Aku pengembara berkata…
Jodoh itu rahsiah Allah.. Banyak-banyak berdoa semoga dapat jodoh yg baik2.
Adhie berkata…
Jodoh itu ketentuan Allah...
Asha Lya berkata…
salam singah malam..Allah suda tentukan semua jodoh..kita hanya mampu merancang.
Zaza Iman berkata…
entri yg kena dgn zaza..hehehe... sampai skg masih berdoa kepada ALLAH :)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

In sya Allah...dah tertulis di luth mahfuz tu....tiada kebimbangan tp perlu juga ada ikhtiarnya..betul tu,perbaiki diri,berdoa kemudian bertawakkal....

Sekarang ni lelaki dn perempuan sama je,ramai yg belum dpt jodoh...kdg2 akak berfikir,kenapa agaknya ye...kenapa Allah tak pertemukan mereka semua supaya blh berkenalan dn berkasihsayang....entahlah...perancangan Allah itu lebih baik.....
Adriannasyaz berkata…
Betul tu :D..gmbr hujan..cntik.....:)
Blog Santai berkata…
Jodoh pertemuan ditangan..bila tiba masanya..pasti Allah ketemukan kita dengan pasangan masing-masingkan acik..
IMA SALSUZAIMA berkata…
betul tu..Tak perlu memikir sangat jodoh lambat.. Kita pun sebagai org2 terdekat dengan org yg lambat jodoh ni sepatutnya memainkan peranan.jangan suka bertanya soalan spt bila nak kahwin.sama la macam soalan utk pasangan yg dh berkahwin..bila nk dapat anak? itu semua rahsia Allah..
fragmenbiru berkata…
InsyaAllah... Sejenak bermuhasabah baca entri Acik.. moga Allah berikan hidayah kepada kita semua dan dikurniakan jodoh yang baik..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum... achik,

mselim3 dah baca keseluruhan entry nie... mmg benar dan setuju sangat dengan entry ini. Percaturan Allah adalah yang terbaik utk hambaNya dan masa pertemuan jodoh utk hambaNya telah ditetapkan tetapi kita sebagai manusia perlu berusaha kan!. Panjatkan lah doa dan usaha ikhtiar insaallah kalau dah jodoh pasti berjumpa jugak..

mselim3

pls: kita hanya merancang tetapi Allah menentukanNya..
Tinta Lana berkata…
Assalamualaikum acik.

Saya lebih suka menggunakan waktu2 solo ini untuk 'mengumpul'. Mengumpul 'harta'. Harta dunia, harta akhirat, harta ilmu, harta pengalaman dan pelbagai lagi.

Bagi lana, hidup ini, ada banyak lagi perkara lain yang penting..bukanlah bertemu jodoh itu tidak penting, tapi dari kita risau memikirkan untung nasib, adalah baik kita mencipta dan mencari untung itu sendiri.

Yg penting, kita perlu berusaha..tak boleh berserah saja..
Ainim Rashihah berkata…
Perkongsian yang menarik. Kalau baca blog Acik, saya akan bagi fokus lebih :)
Shahrul Yusof berkata…
Bab jodoh ni perlu banyak bersabar. Tak perlu tergesa-gesa. Let it come naturally. Baru terasa nikmatnya nanti.
Mizz Aiza berkata…
dulu akak rasa tertekan juga disebabkan perkara ini.. sekarang ini alhamdulillah akak terima kenyataan.. masih banyak kelemahan diri akak yang perlu diperbaiki..
Cik Itah berkata…
insyAllah..nice sharing cik :)
BinMuhammad berkata…
Benarlah apa yg Acik katakan... Semoga ianya membuka minda buat mereka yang masih tidak dapat menerima kenyataan. Bersyukurlah..

p/s: Acik masih solo...cuba-cubalah, mana tahu ianya jodoh anda, hehe
Unknown berkata…
salam....moga kita mendapat pasangan yang baik2 :)
hazwan hairy berkata…
insyallah klo ada jodoh tu xkemana..bnda paling xsuka org tya jodoh..haha
Mazatul azura berkata…
Insya-Allah.. jodoh yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik didunia dan akhirat... :)
ma ❥ berkata…
:) jodoh akan datang bila tiba waktunya... berusaha dan berdoa supaya jodoh yang tiba tu adalah jodoh yang baik-baik :)
licha berkata…
jodoh tu kena usaha jgk. tak boleh dduk diam je kan?.
PeRdU cINta berkata…
Allah dahulukan apa yang kita perlukan..dan bukannya apa yang kita kehendaki..keperluan kita itu sebenarnya telah Allah sediakan sejak kita berada di alam rahim ibu kita lagi..manakal kehendak kita itu adakalanya lebih kearah kemudaratan pada diri sendiri..kerana adakaal setiap kehendak itu ada campur tangan nafsu,,
sobri yaacob berkata…
salam achik.. betul tu jodoh tu rahsia allah kita yg perlu banyakkan doan.. dipermudahkan jodoh di samping itu berusaha mencarinya :)
Unknown berkata…
nak cari jodoh ni kita perlu berusaha..bukan berusaha mengorat semua tu..tapi dengan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri..supaya kita dapat ditemukan dengan jodoh yang baik dunia dan akhirat :)
Affy Afiqah berkata…
manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah ialah sebaik-baik Perancang, aturanNya pasti ada hikmah. Sabar :)
mungkin Allah lambatkan jodoh supaya kita boleh perbaiki diri dengan lebih baik, supaya dapat lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya~
kuchalana berkata…
jodoh kadang2 boleh tiba tanpa kita duga
reenapple berkata…
Setuju dengan entri ini. Yang baik untuk yang baik. Apa-apa pun perbaiki diri dulu. Itu yang penting.
Unknown berkata…
Ye, boleh jadi persiapan kita belum lengkap..belum matang..byk lagi perlu perbaiki..sama juga macam zuriat.. jgn mengeluh knp belum ada lagi..
Maria Firdz berkata…
Persiapkan diri dan dekatkn diri dgn Allah... Insha Allah jodoh tu ada... Allah tthu yg terbaik utk kita..