Assalamualaikum
Alhamdulilah acik dah melupakan apa yang terjadi semalam dan acik sibukkan diri dengan menyertai bengkel penulisan dan pengarahan bagi drama dan teater. Sangat seronok dapat pengalaman yang baru terutama dari mereka yang pakar seperti Puan Rozie merupakan pensyarah di aswara ,seorang lagi encik Namron merupakan seorang artis dan pegiat teater di tanah air kita. Mereka memberikan banyak input yang sangat berguna.
Kebetulan pulang sahaja dari program ini acik dapat panggilan dari kak Jija ,dia pula merupakan seorang sahabat rapat masa di politeknik dahulu dan menjadi kakak angkat acik juga, kami pun berborak panjang.
Kak Jija : Wahh acik semakin semangat ye , yelah hati senang duduk di Shah Alam nie tak macam masa di merlimau dulu.
Acik : Alhamdulilah, inilah acik yang sekarang, acik bersyukur dengan diri sekarang,janji sehat.
Kak Jija : Sebenarnya dik, akak dah lama sangat nak jumpa dengan acik, nak kongsi cerita dan akak paling sedih bila adik tak datang masa akak kawin. Ini akak nak kenalkan suami akak dekat adik akak ini.
Acik : minta maaf sangat kak, masa tu sangat sibuk nak final ,tak dapat nak datang,wah baiknya hati sampai nak kenalkan pada acik.Apa yang akak nak cerita dengan acik nie ?
Akak Jija : Ermm macam gini dik, akak selalu hadapi masalah dik apabila akak kawin dengan abang zul ini di pertikaikan. Mereka kata akak "good looking" dan abang nie biasa-biasa saje.Tak sama padan, tak sesuailah, akak kena bomohlah, dia jadi pak sangguplah. Ye memang dia biasa dari segi rupa tapi dia ada apa yang akak mahukan. Akak terima dia seadnaya dan akak bukanlah cari yang "handsome" sahaja tetapi akak menjadi seorang lelaki yang membimbing akak untuk ke arah kebaikan. Dah macam-macam orang katakan pada kami dan siap ada kata yang buruk-buruk lagi tapi alhamdulilah dah 3 tahun kami kawin dah dapat seorang anak yang comel. Bila akak dengan dia akak rasa selamat dan rasa di lindungi oleh dia.
Pekara yang selalu di bahaskan
1. Lelaki tak hensem perempuan cantik / perempuan tak cantik dapat lelaki hensem ?
2. Lelaki tinggi lampai ala model dapat perempuan yang berbadan gempal
3. Anak dara kawin orang tua / duda ?
4. Isteri putih melepak, suami hitam
Dan macam-macam lagi, kadang yang peliknya kita ini suka sangat jaga tepi kain orang, dan kita sangat tak suka orang jaga tepi kain kita. Adilkah kita ?
Sehinggakan ada yang kata kawin itu di sebabkan oleh harta, mahu kikis duit, di bomoh, dah terlanjur, kena ayat penunduk dan sebagainya. Perlu ingat citarasa setiap manusia itu sangat berbeza dan tentunya pemikiran tidak sama sekali . Lain padang lain belalang lain orang lain citarasanya. Kalau kita kawini orang itu sebab kerana rupa paras, ianya akan berubah mengikut usia, kalau kamu ingin kawini seseorang itu kena tubuh badan yang tegap dan langsing, ia akan berubah sekali dengan peredaran waktu. Kalau kamu mahukan seseorang itu kerana harta, maka harta itu akan habis jika boros.
Tentu ada sebab kamu yang tersendiri untuk kamu jadikan dia seorang yang istimewa untuk kamu. Boleh jadi seorang wanita yang suka lelaki yang badan yang gempal kerana dia rasa selamat dan comel. Boleh jadi seorang lelaki sukakan seorang perempuan kerana sifatnya yang penyanyang dan keanak-anakkan. Dan macam-macam lagi, apapun itu semua adalah jodoh yang Allah telah tentukan untuk kita semua. Allah dah tentukan sejak azali lagi,kita tak perlulah nak "complain" sangat hidup orangkan. Ahhh cakap lebih-lebih nanti dah jadi mengumpat dan fitnah tak pasal-pasal kita pula berdosa.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Sahih Muslim)Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” (At-Tirmizi)
Yang paling penting kita bahagia dengan orang yang kita sayang, percaya itu Allah merancang sesuatu itu dengan sepenuh ketelitian tiada cacat celanya.
25 Ulasan
citarasa manusia berbeza beza.
Janganlah dipertikai takdir Ilahi...
Menarik entry nih...bagi akak,semuanya adalah kerana hati...soal hati itu sgt sukar utk dimengerti tau acik...hehehe....
ade je yang tak kena di mata manusia.
bab RUPA ni, cik ana pon ada jugak kisah sedih psl ni.
dan benda tu agak merobek jiwa jugaklah.
tapi tu lah, selagi nama MANUSIA, begitulah.
terima laa seadanya, setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan~
Allah dah berikan yang terbaik..
Mulut orang kan..