assalamualaikum
Alhamdulilah pada waktu petang ini baru luangan masa untuk bersama kamu semua, Ya Allah minggu ini sangat tertekan dengan tugasan yang perlu di hantar minggu ini serentak. Ramai adik-adik yang baru nak "up" dan kenal erti cinta meminta pandangan kepada acik tentang cinta. Jadi acik buat satu entri untuk adik-adik semua. Jatuh cinta ini bukan hanya "cinta monyet : tapi kepada mereka yang mendapatkan cinta ke dua, ketiga selepas kecewa cinta. Tetap di panggil cinta pertama sekali lagi kan .. haruslah :)
Siapa yang tidak pernah jatuh cinta? Siapapun, pasti juga pernah merasakan cinta pertama. Cinta pertama terjadi saat mula mengenal hidup dan erti cinta.Cinta pertama bagi kepada sesiapa saje yang pernah ingin mendapatkan cinta pertama mereka memang so sweet sangat .
CINTA
itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya.
Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat
Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar
mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang
pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.
Cinta
dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang
diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada
petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh
daripada norma Islam.
Bercinta
janganlah mengikut nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama
dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan
Islam. Ia bebas berbuat apa saja.Tanamkan niat untuk seseorang itu untuk di jadikan yang halal untuk kita nanti.
Pertama : Kepada yang perempuan , jangan benarkan pasangan kamu biarkan dia pegang kamu walaupn apa pun keadaan kerana mula-mula sikit lama-lama akan jadi di tempat yang lain yang tak sepatutnya. Jaga adab pergaulan antara kamu dan pasangan tu ..
Kedua : Jangan kerap berjumpa, memanglah kalau dah rindu itu mesti kalau boleh nak tiap-tiap hari berjumpa. Kalau boleh elakkan berjumpa sekerapnya kerana bila kita berdua akan ada orang yang ketiga bersama kita. Yang ketiga itu akan jadi pemangkin nafsu pasangan masing-masing.Kalau rindukannya doakan dia.
Ketiga: Jangan kerap bertelefon, orang selalu salah faham kononya bila kerap berhubung nie boleh terhindar dari maksiat.Sebenarnya silap tu sebab bila kita sentiasa bertelefon mulalah dari topic yang biasa sehingga topic yang luar biasa,seperti bila kayu kering di simbah dengan minyak tanah maka berbara api jadinya.
Keempat : Kepada lelaki jangan pernah berkata-kata bagai lebut lidah dari gusi. kata-kata lelaki boleh jadi penawar dan boleh jadi tuba kepada kaum perempuan .Selepas berjanji sumpah setia dan perempuan akan serahkan segalanya ,kamu boleh lari begitu sahaja ..amcam mane nasib si perempuan tu ??? .Kepada perempuan pula jangan melunak suara ,bahasa kasarnya (mengedik) untuk meluntuhkan nafsu seseorang lelaki.
Kelima : Akan jadi kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.
acik hanya bagi yang acik rasa dan hanya untuk peringatan bagi semua, kerana cinta mampu buat orang jadi pelbagai perasaan. Kita boleh tengok apa yang terjadi pada remaja kita.sampai disini dulu. Carilah cinta kerana ALLAH. Wasalam

32 Ulasan
http://wirdaamir-world.blogspot.com/2013/07/inilah-jawapannya.html#.Uo3MVtJHJvA
skrg adik yumida pulak byk cinta monyet. tp tu la dia ni jenis susah ditegur. x mcm yumida dulu. klo org tegur yumida ambik pot. moga adik2 di luar sana ramai yg baca post ni. berwaspadalah kita, jaga adab kita.
Baru ada kesempatan nak baca entri ni...bagus tips acik ni...perlu keimanan yg tinggi ni acik...budak2 sekarang tahap manalah imannya...org dewasapun tak kurang juga....nak dihalang atau ditegah,nak berkomunikasi dh ada mcm2 cara....semua cara tu tk bl hindarkan kita dr dosa,sekelumit pasti ada..sedangkan suara wanita tu aurat kalau bertalipon tu...faham2lah sendiri kecuali wanita itu blh bersuara dgn tegas...tp kalau tegas nnti lelaki kata garang plak...haha...biar dikatakan garang dr dikatakan gedik...betul tak acik.....
So kena hati-hati dan jaga diri..jangan terlalu mengikut kata hati kan achik..
perkongsian yg bagus utk remaja2 berkenaan percintaan di zaman sekarang. Moga2 kita sebagai orang tua dapat mengawasi anak2 kita agar daripada bercouple2..ketika remaja.
mselim3
pls: tgh tgk semanis kurma tajuk "aurat wanita ketika bersalin".
mungkin bukan jodoh,
dia curang :)
selepas tu ika takde rasa lagi nak bercinta, serik, sehinggalah ika mengenali tunang ika di campus, dia serious dan ika nampak kesungguhan tu, tak berapa lama kenal kami terus tunang :)
alhamdulillah, mungkin dia yang terbaik dari Allah kan,
nasihat ika, kepada remaja atau sesiapa sahaja yang nak bercinta, (ika tak suka guna istilah "couple", sebab pada ika istilah tu tak wujud),
tolong laa serious dan pastikan diri tu bersedia sebab cinta tu tanggungjawab dan komitmen yang melibatkan perasaan. Kalau setakat nak main-main, baik tak payah. Lupakan jela niat tu.