Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasihatku Kepada Remaja Yang Baru Ingin Bercinta Dan Belajar "Couple"



assalamualaikum

Alhamdulilah pada waktu petang ini baru luangan masa untuk bersama kamu semua, Ya Allah minggu ini sangat tertekan dengan tugasan yang perlu di hantar minggu ini serentak. Ramai adik-adik yang baru nak "up" dan kenal erti cinta meminta pandangan kepada acik tentang cinta. Jadi acik buat satu entri untuk adik-adik semua.

Jatuh cinta ini bukan hanya "cinta monyet : tapi kepada mereka yang mendapatkan cinta ke dua, ketiga selepas kecewa cinta. Tetap di panggil cinta pertama sekali lagi kan .. haruslah :)

Siapa yang tidak pernah jatuh cinta? Siapapun, pasti juga pernah merasakan cinta pertama. Cinta pertama terjadi saat mula mengenal hidup dan erti cinta.Cinta pertama bagi kepada sesiapa saje yang pernah ingin mendapatkan cinta pertama mereka memang so sweet sangat .


CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.

Bercinta janganlah mengikut nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.Tanamkan niat untuk seseorang itu untuk di jadikan yang halal untuk kita nanti.

Pertama : Kepada yang perempuan , jangan benarkan pasangan kamu biarkan dia pegang kamu walaupn apa pun keadaan kerana mula-mula sikit lama-lama akan jadi di tempat yang lain yang tak sepatutnya. Jaga adab pergaulan antara kamu dan pasangan tu ..

 
Kedua : Jangan kerap berjumpa, memanglah kalau dah rindu itu mesti kalau boleh nak tiap-tiap hari berjumpa. Kalau boleh elakkan berjumpa sekerapnya kerana bila kita berdua akan ada orang yang ketiga bersama kita. Yang ketiga itu akan jadi pemangkin nafsu pasangan masing-masing.Kalau rindukannya doakan dia.

 
Ketiga: Jangan kerap bertelefon, orang selalu salah faham kononya bila kerap berhubung nie boleh terhindar dari maksiat.Sebenarnya silap tu sebab bila kita sentiasa bertelefon mulalah dari topic yang biasa sehingga topic yang luar biasa,seperti bila kayu kering di simbah dengan minyak tanah maka berbara api jadinya.

 
Keempat : Kepada lelaki jangan pernah berkata-kata bagai lebut lidah dari gusi. kata-kata lelaki boleh jadi penawar dan boleh jadi tuba kepada kaum perempuan .Selepas berjanji sumpah setia dan perempuan akan serahkan segalanya ,kamu boleh lari begitu sahaja ..amcam mane nasib si perempuan tu ??? .Kepada perempuan pula jangan melunak suara ,bahasa kasarnya (mengedik) untuk meluntuhkan nafsu seseorang lelaki. 

Kelima : Akan jadi kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

 
acik hanya bagi yang acik rasa dan hanya untuk peringatan bagi semua, kerana cinta mampu buat orang jadi pelbagai perasaan. Kita boleh tengok apa yang terjadi pada remaja kita.sampai disini dulu. Carilah cinta kerana ALLAH. Wasalam  


 

Catat Ulasan

32 Ulasan

Nory Zoulkefle berkata…
nasihat yang bagus terutama untuk remaja2 sekarang ni...
ma ❥ berkata…
nasihat untuk dewasa gak bukan remaja je kut :)
Mormor berkata…
setuju sangat dengan apa acik cakap . based on pengalaman acik ehh ? :D
eydafaizal berkata…
yup2 .. setuju plus2 ... terbaek ~~!
Unknown berkata…
fae x nak lgi couple couple ne. lebih elok bercinta selepas nikah :)
Shahrul Yusof berkata…
Cinta remaja ni memang mudah sangat hanyut mengikut hawa nafsu. Tambah-tambah dengan suasana semasa yang banyak berteraskan hedonisme. Membendung nafsu cinta remaja dari kancah maksiat adalah tugas berat yang memerlukan kerjasama seluruh anggota masyarakat.
IMA SALSUZAIMA berkata…
good sharing.. :) hihi
PeRdU cINta berkata…
seandainya kita mengejar cinta Allah..akan Allah hadiahkan rasa cinta pada sesama insan juga..cinta sesama manusia andai tersilap langkahnya pasti membawa bencana..namun cinta pada Allah kita akan selalu berasa selamat hingga penghujungnya..CINTA itu mampu membina..CINTA juga boleh membinasa..
Tanpa Nama berkata…
jarang bercakap dgn budak laki apapun nice entry. cinta remaja mmng bahaya. carilah cinta high class, iaitu selepas nikah ^^
Tanpa Nama berkata…
salam acik...akak tinggalkan link ni utk ack tgk contoh hadiah...kemudian baru akak amik pic apa isi kandungan dlm plastik tu..nanti akak sediakan 10 hadiah yg mcm tu...kalau ramai yg sertai segmen acik nanti..akak cari sponsor kot ada..hehehe (akak x bc entry ni lagi tau..akak ada byk kerja ni)

http://wirdaamir-world.blogspot.com/2013/07/inilah-jawapannya.html#.Uo3MVtJHJvA
Tetamu Istimewa berkata…
Terima kasih perkongsian pandangan dan tips ni acik. Moga bermanfaat untuk semua. Bagi yang perempuan jagalah aurat. Bagi yang lelaki kuatkan iman.
Unknown berkata…
wah bagusnye. tips yg harus dibaca oleh yumida masa sekolah menengah dulu. masa yumida sekolah menengah kan acik, byk boipreng. cinta monyet katakan. skrg dah besar, alhamdulillah, dah menemui cinta sejati...moga bahagia hgg ke jannah..insha Allah.

skrg adik yumida pulak byk cinta monyet. tp tu la dia ni jenis susah ditegur. x mcm yumida dulu. klo org tegur yumida ambik pot. moga adik2 di luar sana ramai yg baca post ni. berwaspadalah kita, jaga adab kita.
licha berkata…
hm.. kalau suka pinang je trus. then kahwin.. huhu.. :) skrg ni semua makin advance .. agak merisaukan la jgk .
Vee berkata…
Skrg lupakan cinta dulu. Mls nak layan dah. Biar dtg sendiri, pada waktunya sendiri :)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Baru ada kesempatan nak baca entri ni...bagus tips acik ni...perlu keimanan yg tinggi ni acik...budak2 sekarang tahap manalah imannya...org dewasapun tak kurang juga....nak dihalang atau ditegah,nak berkomunikasi dh ada mcm2 cara....semua cara tu tk bl hindarkan kita dr dosa,sekelumit pasti ada..sedangkan suara wanita tu aurat kalau bertalipon tu...faham2lah sendiri kecuali wanita itu blh bersuara dgn tegas...tp kalau tegas nnti lelaki kata garang plak...haha...biar dikatakan garang dr dikatakan gedik...betul tak acik.....
Blog Santai berkata…
Dunia sekarang banyak dugaan...kalau tak kuat iman, pasti tewas.
So kena hati-hati dan jaga diri..jangan terlalu mengikut kata hati kan achik..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum..achik,

perkongsian yg bagus utk remaja2 berkenaan percintaan di zaman sekarang. Moga2 kita sebagai orang tua dapat mengawasi anak2 kita agar daripada bercouple2..ketika remaja.

mselim3

pls: tgh tgk semanis kurma tajuk "aurat wanita ketika bersalin".
syabas acik, keep it up, nasihat yang sangat bermanfaat dan berguna untuk siapa saja yang terlibat...
Tanpa Nama berkata…
dah mcm hilang rasa cinta ... entah la ...
Fatin Wawa berkata…
betu tu..nasihat yang sangat berguna...singgah follow n menabung kat sini.. :)
Nina Mads berkata…
nasihat yg berguna buat pertama kali nk couple2 tu.. skrg berharap nk bercinta slepas kawen. lg best :)
Unknown berkata…
Terima kasih Acik di atas perkongsian tajuk entri ni... Bercouple tu adalah haram kan dalam Islam..??
Mizz Aiza berkata…
akak setuju dengan semua nasihat acik ini.. masih belum terlambat kepada adik-adik yang baru nak kenal cinta..
Affy Afiqah berkata…
ika ada pengalaman bercinta beberapa kali ni sebelum bertunang, masyaAllah sakit sangat rasa bila dipermainkan, dikecewakan. Tapi jujur, masa bercinta tu ika tak pernah anggap ia cinta monyet, ika serious, sebab ika anggap soal perasaan ni bukan hal main2. ika juga kenalkan kepada ibu bapa, minta izin berkawan dengan lelaki tersebut,
mungkin bukan jodoh,
dia curang :)
selepas tu ika takde rasa lagi nak bercinta, serik, sehinggalah ika mengenali tunang ika di campus, dia serious dan ika nampak kesungguhan tu, tak berapa lama kenal kami terus tunang :)
alhamdulillah, mungkin dia yang terbaik dari Allah kan,

nasihat ika, kepada remaja atau sesiapa sahaja yang nak bercinta, (ika tak suka guna istilah "couple", sebab pada ika istilah tu tak wujud),
tolong laa serious dan pastikan diri tu bersedia sebab cinta tu tanggungjawab dan komitmen yang melibatkan perasaan. Kalau setakat nak main-main, baik tak payah. Lupakan jela niat tu.
mila berkata…
setuju dgn acik..masing2 pnh lalui waktu remaja so thu mcm mane.. semoga anak2 kite dan juga umat Islam terus berpegang pd ajaran dgn betul..Semoga remaja2 skrg akan lebih peka dgn benda2 mcm ni.dan x mudah hanyut dgn duniawi
Maria Firdz berkata…
nasihat yg bermnfaat...
Tanpa Nama berkata…
bagus betul buat n3 sebegini, smabil bagi nasihat yg berguna sgt !
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg sungguh bermanfaat.. semoga menjadi panduan & peringatan kpd remaja & sesiapa jua yg ingin bercinta.. nice sharing Acik.. :)
Tanpa Nama berkata…
dengar tu adik adik remaja..jaga pergaulan anda.
Tanpa Nama berkata…
cinta itu membuai perasaan..namun,di sebalik keseronokan seketika,itulah yang boleh merosakkan masa depan kita..
Tanpa Nama berkata…
Kami ingin mempelawa semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !!
fragmenbiru berkata…
InsyaAllah.. thanks Acik kongsi entri ni.. Yang penting Cinta kepada Allah.. utamakannya,barulah cinta sesam manusia dilandasannya..