Assalamualikum
Salam jumaat semua, hari ini acik ingin berkongsikan tentang sebuah cerita berlandaskan tentang nilai keikhlasan diri kita. Mari kita baca sebuah kisah yang sangt menarik ini.
Seorang kaya duduk termenung di dalam sebuah restoran. Wajahnya sugul seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa semua orang mengatakan aku kedekut. Padahal semua orang tahu jika aku sudah tiada lagi di dunia nanti, aku akan memberikan semua harta kekayaanku kepada badan-badan kebajikan!" kata orang kaya tersebut kepada seorang pelayan. Pelayan terdiam sejenak dan kemudian berbicara,"Akan saya ceritakan kepada tuan tentang kisah ayam dan lembu," Lalu dia pun bercerita..
Pada zaman dahulu, terdapat sekumpulan ayam dan lembu di sebuah ladang. Lembu begitu popular dan disenangi, sedangkan sang ayam tidak sama sekali. Perkara ini menghairankan sang ayam. Ia berasa cemburu dengan sang lembu.Ia berkata kepada sang lembu, "Semua orang berkata begitu manis tentang dirimu dan mereka menganggap kamu murah hati, kerana setiap hari kamu memberi mereka krim dan susu. Tapi bagaimana dengan aku? ...... Aku memberikan semua yang aku punya. Aku memberikan manusia dagingku. Aku turut memberikan mereka bulu-buluku. Bahkan mereka memasak dan membuat sup dengan kakiku untuk kesihatan. Tidak ada haiwan yang berbakti sebegitu banyak seperti itu. Kenapa aku masih tidak dihargai?"
"Adakah tuan tahu apa jawapan sang lembu?,"tanya si pelayan itu kepada orang kaya tersebut. Orang kaya yang mendengar cerita itu dengan penuh minat hanya menggeleng kepala.
"Sang lembu berkata tenang, "Mungkin kerana aku memberikannya sewaktu aku masih hidup..." Moral:
SEKIRANYA KITA MAHU BERBUAT KEBAIKAN MAKA BERBUATLAH IA SEMASA KITA MASIH BERADA DI DUNIA INI DAN DALAM KEADAAN YANG IKHLAS TANPA MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN DARI ORANG LAIN.BAGI MEREKA YANG MENGHARAPKAN ORANG MEMUJI MEREKA MAKA BERTAUBATLAH SEGERA SEBAB KEBAIKAN YANG SEBEGITU DITOLAK DI SISI ALLAH.JANGANLAH MENUNGGU SETELAH MATI BARU KITA MAHU SEDEKAHKAN HARTA KITA SEDANGKAN KETIKA KITA MASIH HIDUP KITA AMAT SAYANGKAN HARTA ITU.
30 Ulasan
betul sekiranya perkara yg ingin dibuat biarlah iklas
tanpa ada niat tertentu :)
nice entry.. tanpa keikhlasan, kebaikan yang dibuat seperti tiada makna..
betul2.sebab tu mak2 kita selalu pesan.....biarlah apa yang kita buat orang tak puji,tak pandang walaupun sebelah mata.yang penting jika kita sentiasa ikhlas,pasti Allah akan melimpah ruahkan rezeki daripada pelbagai sudut :)
ni baru perasan ada entri baru hukhuk
orang kata kalau nak buat baik tu tak payah menunjuk2, or tak payah beritahu orang pun apa kita buat, sebab nanti keikhlasan tu berkurang, takut riak yang lebih :)
hnya pd Allah je kita bharap.. =)