Ticker

6/recent/ticker-posts

Perempuan Berbadan Besar Semakin Gemar Memakai Pakaian Yang Ketat Biar Nampak Seksi ?


Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka pinjaman Allah yang sementara ini, ucaplah syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Bila baca tajuk tu mesti ada yang terus buat muka, dalam hati terus marah " itu hak aku ,aku punya sukalah " dan macam-macam lagi rungutan.

Setiap manusia di dalam dunia ini Allah jadikan pelbagai dan ujiannya tentulah berlainanan. Baru-baru ini acik terbaca satu artikel di sebuah majalah untuk fesyen orang yang berbadan besar. Dia mengatakan bahawa orang yang bersaiz XXL ini tidak seharusnya mengenakan baju yang besar , kalau pakai nanti nampak makin gemuk , biar pakai legging nanti nampak seksi sebab menampak bentuk kaki biar seperti model.

Kejap-kejap nak tanya perempuan pakai legging seksi ? 

Bukan niat acik mahu mempelekehkan kepada mereka yang berbadan besar, acik pun "chubby" juga tapi pandai-pandailah jaga diri. Sekarang ini semakin "trend" kepada wanita yang berbadan besar memakai baju-baju dan seluar-seluar yang ketat sana sini. Tujuan utamanya untuk membuktikan bahawa perempuan badan besar pun boleh berfesyen.

Memang tak salah kalau nak berfesyen sekalipun, pakailah bagaimanapun tapi yang paling penting adalah menutup aurat. Hampir seminggu acik bertugas  buat liputan di beberapa pusat membeli belah, apa yang acik dapat perhatikan perempuan berbadan besar semakin gemar memperagakan keseksiannya untuk melihatkan dirinya juga seksi.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab, ayat 59)

Secara jujur itu bukan seksi tapi seksa dan itu bukan kemuliaan bagi seorang wanita yang beragama islam. Pada aciklah ,nak bergaya,silakan tapi pastikan pakaian itu menutup aurat. Besar dan longgar  sikit pakaian tak apa tetap cantik.Perempuan yang berbadan besar comel sebenarnya jika pandai mengayakan diri.

Jangan rendah diri dan rasa tak yakin diri, buktikan kepada mereka bahawa dengan menjaga aurat juga boleh nampak cantik terutama dari pandangan Allah. Akhir kata dari acik, marilah sama-sama kita baiki diri, buat apa kita nak puaskan hati orang sahaja, bagaimana dengan ALLAH ? pakailah menutup aurat walaubagaimanapun dan apapun alasan kita. Acik minta maaf jika ada yang terasa ye.


Catat Ulasan

41 Ulasan

sitirohaida berkata…
harap wanita lebih peka dalam soal berpakaian yang menjolok mata..insyallah harap boleh jaga diri sendiri dalam soal berpakaian nie...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Boleh berfesyen selagi mengikut syariat...legging tu org berkaki kuruspun x boleh pakai apalagi yg gempal....
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

thanks sangat2 ingatan nie... pakaian mengambarkan peribadi seseorang kan.

mselim3
Tanpa Nama berkata…
aduhai tepuk dada tanya lah hati sendiri yerk !
JunAina berkata…
Org berbadan besar ini Allah s.w.t beri mereka keistimewaan lain...kadang2 saya cmburu dengan kelebihan itu yg tak ada pada org yg kecik2 ni.

Legging tu bukan org besar je tak boleh pakai org kecik pon tak sesuai.
Shahrul Yusof berkata…
Mungkin, dengan memakai pakaian sendat ni mereka beranggapan mampu memberikan illusi seperti berbadan kurus. Hakikatnya, ia tidak berkesan apabila secara fiziknya, lemak-lemak berlebihan tidak mampu disembunyikan dari pandangan mata kasar hanya dengan memakai pakaian sendat.
Tanpa Nama berkata…
Akak tak pandai nak buat segmen acik...acik la buat...akak sediakan 10 hadiah..syaratnya adalah nanti acik bg akak alamat pemenang beserta no talipon,blogger warga malaysia beralamat di malaysia sj...tiada syarat lain.....
MalizaMah berkata…
berhati2 ketika berpakaian. sbb akn mengundang pkara tak baik.
PCL berkata…
mulimah berjubaah labuh memang nampak cantik dan anggun tak kira size badan...terbaik masa kini di pandangan mata dan di sisi agama
Unknown berkata…
mmg slalu jugak jumpa situasi camni,
x boleh nak kata apa,
masing2 sibuk nk berfesyen,
ituler jadinya.
nora razalli berkata…
salahkan fesyen la
skank buat bju model semua slim melim jer . then buat free size smpai XL bole pakai
just imagine la free size S-XL boleh pkai
agakla nk jual brg pon
mmg lycra bole stretch tp agak2la ..nk stretch smpai tertetas org pakai ke hape?
bermula dgn designer . start create yg look nice both size can wear it :)
nora razalli berkata…
eh , bukan nk slahkan fesyen 100%
depends la user sendiri
mana elok mne xelok utk diri dia
boleh pkir kot .
krus ke gemok ke stil xleh pkai ketat. nmpk susuk tbuh tu haram :)
huhu..
licha berkata…
hm.. bukan nak cakap "kalau kurus takpe la pakai camtu".. tapi kn, kena sorok jgk kekurangan tu. yelah. orang lain yg tengok pulak tak selesa. tak nak la mcm tu kn.. aslkan selesa besar sikit takpe baju tu.
PeRdU cINta berkata…
Alhamdulillah..setuju sangat la acik..PC akui..kadangkala PC lagha..dan PC sentiasa beusaha perbaiki diri..kalau sebelum berkahwin..kita fikir ibu bapa kita..sekarang PC fikir suami,,ibu bapa dan mertua juga..yang PC perhatikan..segelintir daripada kita takut dengan mulut berbisa daripada manusia namun tolak ketepi hukum Allah..azab Allah dan lupa pada insan yang disayangi..adalah lebih baik kita share saham pahala..tapi jangan risau ye..kita masih ada ruang dan peluang untuk berubah..
Berfesyen tu boleh je tp ikut pada hukum syarak.
eydafaizal berkata…
hmm .. betul .. nak berfesyen pon berpadalah ..
Atien berkata…
Setuju sgt..saya yg prempuan tgk pun da trtelan air liur ni mengucap pjg,ada juga seblh ipar duai yg mcm ni,tp x tau cara nk tegur cmne tkt kecik ati plk.seksi pd dia tp seksa pd kita yg melihatnya
Unknown berkata…
Kesedaran diri itu pnting, kdg bila ditegur..marah dan ckap jgn busy body lah pulak, bersyukurlah dgn apa yg ada..
Aku pengembara berkata…
Apa guna cantik di mata manusia tetapi tidak cantik di pandangan Allah bak kata Oki Setiana Dewi..
Hajar Shikin berkata…
brbadan besar dan berpakaian ketat tu mngkin utk mnampakkan yg dia tu tak gemuk,pndapat sy je =)
Unknown berkata…
kaki besar pakai legging nampak dalam la.. mcm nak koyak je suor tu... X cntik pon.. Baik pakai bju tutup aurat.. Yang laki tgk tu mesti yang baik2 kan.. N x dapat dosa...
Fiza Aizzawa berkata…
sebenarnya bdn kecik ke.. bdn besar ke.. dua2 kne tutup aurat.. cume yelah npk tak sopan sgt bila bdn besar pakai ketat tp sbenarnya dua2 dosa.. kan...
Unknown berkata…
setuju dgn hafiza, kurus ke besar ke wajib tutup aurat bagi muslim..:)
shazillahsani.com berkata…
mungkin mereka rase confident bila berpakaian begitu dan mungkin juga untuk menarik perhatian..
Tanpa Nama berkata…
lagi sedih bila para suami tak kesah pun ttgnya ...
Unknown berkata…
betul tuh..tapi kalau legging sy memang tak lalu nak pakai la..huhuw...semoga d jauhkan dengan begini..nice inf0 acik..org sekarang memang banyak tak tahu malu nak tonjol body yang memang dah chuby,,adoh..x0xo
sobri yaacob berkata…
salam acik. bafdan besar ke kcik ke.. aurat tetap kena jaga :)
org ckap pakai baju pandang2 la cermin dulu..jgn pakai sarung aja..
Unknown berkata…
tapi Acik.. ramai yg masih keliru antara tutup aurat dan balut aurat.. bila balut tu yg jd mcm nangka busuk tu,, lagi x best bila ada kawan2 or ahli keluarga yg menggalakkan... hmmm
IMA SALSUZAIMA berkata…
terima kasih peringatannya.. :)
Tanpa Nama berkata…
pakai baju kurung lagi cantik..
Blog Santai berkata…
Susah nak komen acik coz hati masing-masingkan..nway cantik dan seksi bukan hanya di pakaian tau..so kena pandai-pandai bawa diri ya...
Khir Khalid berkata…
Fesyen ni klu berlebih2an boleh membawa ke dosa juga kan.. klu ketat2 tu pun sama juga, lagi menampakkan susuk tubuk biarpun berbadan besar.. kurang sopanlah & x elok juga utk syariat. T kasih Acik diatas perkongsian yg bermanfaat ini..
Adilah Asari berkata…
betul tu acik..dah jadi trend zaman sekarang bukan sahaj yang berbadan besar tetapi semua saiz badan sekrang ni memakai pakaian yang tidak manis dari segi tuntutan Islam.. sedih Yaya bila kaum Yaya sendiri menjadi mangsa fesyen ni...mereka tak reti beza mana fesyen yang boleh dan tak...
Unknown berkata…
betul..kalau semua sanggup jaga diri dan aurat masing-masing, alangkah indahnya dunia....
reenapple berkata…
Ooooo... itulah. Aku pun setuju. Masing-masing pun kena jaga diri, jangan ketat sangat. Yang kurus ke, tak kurus ke, asalkan tahu jaga diri

Ah.. apa entah aku merepek ni. :3
Cik Itah berkata…
nice sharing cik :)
bagus untuk renungan bersama :)
Affy Afiqah berkata…
yang berbadan kurus pun ramai juga acik pakai ketat2,
pada ika pun memang tak salah nak berfesyen tapi pastikan mengikut syariat Islam laa, tutup aurat.
Renungan dan buat muhasabah diri sendiri juga ni :)
Unknown berkata…
salam acik..nice story.. sebenarnya betul apa yg acik bgthu ni...and bermanfaat juga.. tapi sebenarnya pada perempuan gemuk ke..kurus ke..kan patut dan diharuskan dalam islam menjaga aurat.. yang gemuk kene paham la..susah nak cari size..and maybe baju tuh sebenarnya dah cukup besar..tapi disebab ada bahagian 4D yang xdapat dicover akan tetap menonjol walau pakai telekung sekali pun tetap nampak..
Mizz Aiza berkata…
bagi akak tak salah untuk berfesyen.. tapi perlulah mengikut syariat dan menutup aurat dengan sempurna.. peringatan ini untuk diri akak sendiri juga..
Tetamu Istimewa berkata…
Biar kecil atau besar, yang penting berpakaianlah ikut kesesuaian dan menutup aurat. Itu lebih baik.