Credit Pic : admya |
Assalamualaikum
Sekarang ini sedang hangat tentang cerita Playboy itu suamiku, walaupun cerita ini kurang mendapat tumpuan seperti cerita dahulu mr arrogant tetap mejadi bualan mulut bagi peminat setia novel tersebut. Hari ini acik ingin siarkan satu kisah nyata yang di kongsikan kepada acik. Jom baca perbualan kami.
Aisyah : Assalamulaikum dik acik, alhamdulilah akhirnya dapat juga berjumpa dengan acik, perkenalkan ini husband akak namanya Firdaus .
Acik : Alhamdulilah kak, dapat juga kita bertemu setelah sekian lama jadi rakan di facebook. Ohh ini abang firdaus tu , ya Allah bertuahnya abang dapat kak Aisyah.
Firdaus : Sebenarnya abang yang minta sangat untuk jumpa dengan acik setelah baca blog acik, abang jadi tertarik untuk kongsi cerita, cerita yang ingin di kongsikan ini bukanlah betujuan untuk bermegah-megah tetapi untuk pengajaran bersama.
Acik : Alhamdulilah bang , bersyukur sangat bila abang dan kak aisyah mahu kongsikan cerita dengan acik.
Firdaus : Bergini acik, Dulu 7 tahun yang lepas sebelum bertemu dengan kak Aisyah, abang seorang yang sangat sosial, abang suka melepak sana sini,buat pekara lagha yang tak perlu di ceritakan dan masa itu abang belajar di sebuah univerisiti di ibu kota. Berkawan dengan yang pelbagai perangai dan abang terikut-ikut cara orang bandar. Dulu abang memang ramai teman wanita, kalau nak pergi mana-mana mesti ada seorang wanita yang berlainan akan teman , masa itu ramai yang gelarkan abang "playboy" . Kebetulan abang aktif dalam sukan rugbi dan jadi tumpuan para gadis-gadis di universiti. Abang rasa seronok apabila abang jadi perhatian oleh mereka. Mulanya abang bangga di gelar "playboy" senang dapat semua perempuan yang abang mahukan.
Aisyah :(menyampuk) Sehinggalah abang firdaus ini bertemu dengan akak.
Acik : alhamdulilah , wahh bagaimana boleh berjumpa dengan akak Aisyah pula ?
Firdaus : Masa itu abang ada pertandingan rugbi, abang lihat ramai penyokong gadis yang memberikan sokongan pada team kami terutama abang la (hehe). Tapi mata ini lebih terarah kepada seseorang yang sedang membaca buku di pondok wakaf, pada abang dia sangat cantik dan abang tertarik dengan dia. Lepas abang "game" pertama abang cuba mendekati dia, rupanya dia bukan sesenang yang abang sangka , dia tak seperti perempuan yang lain. Perempuan yang lain jumpa abang mesti tergedik-gedik tetapi tidak dia. Dia tundukkan pandangan dan tidak langsung bersuara bila abang bertanya.
Abang cari tahu siapa dia, di mana di tinggal dan no telefonnya. Tapi malangnya telefonnya tak pernah angkat bila abang telefon . Abang dapat tahu bahawa di sahabat di masjid universiti. Untuk melihatnya abang mesti pergi ke sana dan melihatnya dari jauh. Tetapi apa yang rasakan lain, mulanya niat abang adalah untuk mendapatkan gadis yang abang impikan tetapi rohani abang terpenuhi dengan pengisian di masjid. Allahuakbar mungkin kerana Dia telah mengerakkan hati ini untuk bertemu dia kerana ALLAH. Abang beranikan diri juga untuk dapat bersua dengan dia gadis idaman abang.Tahu tak apa ujian pertama yang di berikan pada abang untuk bercakap dengan dia ?
Jika mahu bercakap dengan saya bacakan 5 baris dari surah al bakarah. Abang jadi terdiam dan abang malu pada diri sendiri, abang berlatih setiap hari untuk dapat menghafaznya sehingga mampu abang bacakannya. Begitulah seterusnya sehingga setiap kami berjumpa. Gadis itu adalah Aisyah sekarang isteri abang.
Aisyah : Alhamdulilah dialah sekarang ini menjadi suami akak dik, Jika Allah berkehendak seseorang itu berubah maka ianya akan berlaku walau bagaimana pun caranya. Pada mulanya akak hanya menduga abang firdaus ini sahaja untuk melihat kesungguhannya tidak sangka dia beria dan akak tak pernah tahu yang dia dulunya playboy. Inilah perancangan Allah dik, akak tak kata akak baik dik tapi akak juga masih dalam proses membaiki diri. Allah temukan kami berdua dalam cinta yang berpaut kasih kerana cinta pada ALLAH.
Acik : subhanaALLAH sweetnya apabila acik mendengar sendiri secara nyata, pertemuan kamu di anis utara sup di seksyen 2. Sangat seronok dan sangat teruja apabila mendengarnya. Pada acik kisah ini lebih indah dari kisah cinta yang di paparkan di kaca televisyen. Begitulah janji Allah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitu sebaliknya, jika ia tidak mendapatkannya ia adalah ujian untuk diri kita. Sama-sama kita baiki diri.
53 Ulasan
Allah jentik hati firdaus.. Ya Allah indahnya
mmg sweet plak bile bce kisah dorng..mmg cam novel..
tu la..rasenyer ad bnyk lagi kisah2 mcm dorng ni kan..kita bukn tau..
smua tu phit manis dlm khdpn ssorg..
http://huzairiehusin.blogspot.com/
wahh..terbaik cerita nie.. suka baca , sesungguhnya benarlah janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik".. terkenang zaman dulu2..heheh
mselim3
Y, sesungguhnya Allah itu maha adil.
menarik suggh..
Bz ke tu...?
http://www.sofinahlamudin.com/2013/11/blogwalking-ke-akupenghibur-dot-com.html
:)
really very interesting news and of all the news that I read only your blog that I like most and really very accurate news
http://www.sinidomino.com/