Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah pinjaman ini dan ucapkan syukur kepada Allah. Acik pernah wawancara masyarakat setempat untuk menanyakan tentang pekerjaan ibu bapa mereka, wawancara itu tergolongan daripada kalangan remaja muda. Mungkin akan ada terasa dengan entri ini, kes ini hanyalah segelintir remaja sahaja lakukan, ramai lagi yang baik-baik, acik buat entri ini untuk menasihati yang segelintir itu sahaja.
Pertanyaan acik begitu mudah sekali : Apakah pekerjaan ibu bapa kamu ?
Tapi kebanyakan responden agak susah nak menjawab pertanyaan yang mudah. Bila pekerjaan ibu bapanya pekerjaaan yang gah-gah dengan muka yang bangga menjawab ibu saya pensyarah ,bapa saya seorang CEO . Tapi bagi mereka yang ibu bapanya kerja biasa seperti petani, penoreh getah, pak guard ,nak jawap pun malu. Kenapa perlu malu ?
Mungkin sebelum ini gaji bapa kita hanya RM 900 sahaja, tetapi mungkin hari ini telah bertukar, Ada juga gaji ibu bapanya tetap sama sahaja tidak berubah dan kekal sama sahaja. Hingga malu anak-anak malu dengan pekerjaan ibu bapanya ?
Pada masa kini pangkat dan status itu amat penting sekali , remaja suka jika ibu bapanya menjadi perbualan ramai kerana status ibu bapa mereka (anak orang kaya, anak CEO, anak usahawan berjaya ) .Tetapi ramai yang tak sedar bahawa kita hidup ini untuk mencari rahmat dan hidayah Allah. Mungkin pada kita pangkat itu amat penting, tapi dari pandangan Allah itu kita sama sahaja tak berbeza yang berbeza hanyalah amalan kita. Kaya dan miskin itu juga adalah ujian dalam hidup kita. Jika kita kaya bagaimana jika bawa ke jalan kebaikan ? Jika kita miskin bagaimana kita mahu bersyukur dengan rezeki Allah ?
Mungkin ayah kamu hanya bekerja penyapu sampah, penjual besi buruk, nelayan dan sebagainya. Tapi pastinya dia mahu kamu jadi lebih baik dari mereka , sebab itu mereka suruh untuk kita belajar rajin-rajin untuk mengubah nasib keluarga. Tapi malangnya kita bila kita dah berjaya kita lupakan mereka.
Abah acik hanyalah seorang peneroka, kerja di ladang tetapi acik tak malu dengan pekerjaannya. Kerana pekerjaan itu memberi manfaat kepada orang lain ,contohnya kebun kelapa sawit yang abah acik ada itu memberi manfaat untuk kegunaaan kita seharian , yelah kelapa sawit menjadi minyak untuk kegunaan seharian kita.
Kita dapat lihat betapa ramainya anak-anak hari ini betapa malunya untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang pekerjaan ibu bapanya. Punca malu sebab akan di hina, dan di asingkan diri ? Sampai ada itu sanggup berbohong tentang pekerjaan ibu bapanya. Kenapa perlu malu ? sedangkan dengan pekerjaan ibu bapa kamu itu yang menyara hidup kamu ? duit yang kamu gunakan untuk masuk universiti, duit pergi sekolah dan sebagainya.
Betapa ramai ibu bapa yang membanting tulang sehari-harian untuk mencari nafkah, keluar di pagi hari pulangnya di malam hari. Bekerja di sawah padi, bekerja di kilang-kilang, bekerja di kebun-kebun ? hasilnya penduduk bumi ini mendapat manfaat bersama, sebagai contoh menikmati beras, mendapat menggunakan barangan elektrik yang di keluarkan syarikat tempat ibu bapa kamu bekerja. Bukan ini kerja yang mulia ? Ibu bapa kamu sebenarnya adalah HERO dan HEROIN .
Jika di tanyakan pada mereka , jika di beri peluang untuk kembali ke zaman dahulu apa yang mereka nak ? Tentulah mereka mahukan kesempatan untuk belajar dan mengubah nasib keluarga.
Jadi kamulah sebagai anak-anak yang akan mengubah nasib keluarga kamu dengan kejayaan kamu. Sebab itu perlu belajar rajin-rajin, kejar menara gading . Buatlah hati ibu bapa kamu gembira dengan kejayaan kamu. Ingat dengan hasil duit pekerjaan ibu bapa kamulah sekarang kamu mampu jadi doktor, pensyarah, cikgu, pakar ekonomi dan sebagainya.
Acik terfikir kalaulah semuanya nak jadi kerja-kerja professional seperti doktor, peguam dan sebagainya, bagaimana dengan bidang yang lain ? Bayangkan kalau siapa yang tidak ada lagi yang mengusahakan sawah, tiada lagi yang mahu jadi petani ? tak mahu jadi operator kilang ? Maka siapa lagi yang akan lakukan ?
Allah itu Maha mengetahui , sebab itu Allah berikan semua pekerjaan itu , paling penting jadilah pekerja dengan berjaya. janji Halal!
Akhir kata dari acik, ingat ibu bapa kita tak pernah malu mempunyai kita, tapi kenapa kita perlu malu dengan mereka? dengan pekerjaan mereka ? Maka ucaplah terima kasih kepada ibu bapa kamu.
ALLAH
tidak memandang pekerjaan kita dari sudut tarafnya (atas atau
bawah).Tetapi ALLAH memandang bagaimana kita mengerjakannya?Halal atau
Haram?Reda atau dendam?Ikhlas atau terpaksa. Dari situ,ALLAH Kurniakan
rezeki mengikut ketulusan kita. Jika kita rajin, Insya allah, ALLAH berikan
lebih.Bukankah ALLAH sudah berjanji,jika kamu bersyukur,Allah akan lipat gandakan rezeki kamu.
43 Ulasan
Akak rasa tak semua anak remaja begitu,ianya bermula dr ibubapa itu sendiri,apa yg penting dlm hidup adalah kasihsyg,dr kshsyg,akan timbul berbagai perasaan yg positif juga,rasa belas kasihan,mudah faham situasi org tua,menyelesaikan masalah bersama....org kampung zaman sekarang bknla mcm zmn dulu,segalanya dh serba moden,apa yg org bandar ada,org kampung juga ada..tak ada apa yg perlu dimalukan...biasanya remaja ini akan merasa malu dn rendah diri apabila mereka tak merasa kshsyg dn perhatian sebagaimana rkn2 sebaya mereka dpt..ada juga remaja yg malu punya ibubapa yg kaya dn berkedudukan tetapi tidak bertanggungjawab.....kita tak tau apa sebenarnya setiap manusia itu mahukan dlm hidup mereka...kalau kita jd hamba yg tak tau bersyukur..kita akan tersungkur....
New Entri : Antara Persahabatan dan Keegoan
ZON PERMAISURI CHOMEL
Pada saya, kita seharusnya tak usah malu dengan kenyataan asal usul diri kita sendiri.
ayah sy cikgu & sy sekarang pun otw nak jadi cikgu.. insya Allah.. hehe..