Ticker

6/recent/ticker-posts

Remaja Sekarang Malu Dengan Pekerjaan Ibu Bapa Mereka ?


http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/02/nelayan.jpg

Assalamualaikum


Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah pinjaman ini dan ucapkan syukur kepada Allah. Acik pernah wawancara masyarakat setempat untuk menanyakan tentang pekerjaan ibu bapa mereka, wawancara itu tergolongan daripada kalangan remaja muda.  Mungkin akan ada terasa dengan entri ini, kes ini hanyalah segelintir remaja sahaja lakukan, ramai lagi yang baik-baik, acik buat entri ini untuk menasihati yang segelintir itu sahaja. 

Pertanyaan acik begitu mudah sekali  : Apakah pekerjaan ibu bapa kamu ?

Tapi kebanyakan responden agak susah nak menjawab pertanyaan yang mudah. Bila pekerjaan ibu bapanya pekerjaaan yang gah-gah dengan muka yang bangga menjawab ibu saya pensyarah ,bapa saya seorang CEO . Tapi bagi mereka yang ibu bapanya kerja biasa seperti petani, penoreh getah, pak guard ,nak jawap pun malu. Kenapa perlu malu ? 

Mungkin sebelum ini gaji bapa kita hanya RM 900 sahaja, tetapi mungkin hari ini telah bertukar, Ada juga gaji ibu bapanya tetap sama sahaja tidak berubah dan kekal sama sahaja. Hingga malu anak-anak malu dengan pekerjaan ibu bapanya ? 

Pada masa kini pangkat dan status itu amat penting sekali , remaja suka jika ibu bapanya menjadi perbualan ramai kerana status ibu bapa mereka (anak orang kaya, anak CEO, anak usahawan berjaya ) .Tetapi ramai yang tak sedar bahawa kita hidup ini untuk mencari rahmat dan hidayah Allah. Mungkin pada kita pangkat itu amat penting, tapi dari pandangan Allah itu kita sama sahaja tak berbeza yang berbeza hanyalah amalan kita. Kaya dan miskin itu juga adalah ujian dalam hidup kita. Jika kita kaya bagaimana jika bawa ke jalan kebaikan ? Jika kita miskin bagaimana kita mahu bersyukur dengan rezeki Allah ?

Mungkin ayah kamu hanya bekerja penyapu sampah, penjual besi buruk, nelayan dan sebagainya. Tapi pastinya dia mahu kamu jadi lebih baik dari mereka , sebab itu mereka suruh untuk kita belajar rajin-rajin untuk mengubah nasib keluarga. Tapi malangnya kita bila kita dah berjaya kita lupakan mereka.

Abah acik hanyalah seorang peneroka, kerja di ladang tetapi acik tak malu dengan pekerjaannya. Kerana pekerjaan itu memberi manfaat kepada orang lain ,contohnya kebun kelapa sawit yang abah acik ada itu memberi manfaat untuk kegunaaan kita seharian , yelah kelapa sawit menjadi minyak untuk kegunaan seharian kita. 

Kita dapat lihat betapa ramainya anak-anak hari ini betapa malunya untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang pekerjaan ibu bapanya. Punca malu sebab akan di hina, dan di asingkan diri ? Sampai ada itu sanggup berbohong tentang pekerjaan ibu bapanya. Kenapa perlu malu ? sedangkan dengan pekerjaan ibu bapa kamu itu yang menyara hidup kamu ? duit yang kamu gunakan untuk masuk universiti, duit pergi sekolah dan sebagainya.

Betapa ramai ibu bapa yang membanting tulang sehari-harian untuk mencari nafkah, keluar di pagi hari pulangnya di malam hari. Bekerja di sawah padi, bekerja di kilang-kilang, bekerja di kebun-kebun ? hasilnya penduduk bumi ini mendapat manfaat bersama, sebagai contoh menikmati beras, mendapat menggunakan barangan elektrik yang di keluarkan syarikat tempat ibu bapa kamu bekerja. Bukan ini kerja yang mulia ? Ibu bapa kamu sebenarnya adalah HERO dan HEROIN .

Jika di tanyakan pada mereka , jika di beri peluang untuk kembali ke zaman dahulu apa yang mereka nak ? Tentulah mereka mahukan kesempatan untuk belajar dan mengubah nasib keluarga. 

Jadi kamulah sebagai anak-anak yang akan mengubah nasib keluarga kamu dengan kejayaan kamu. Sebab itu perlu belajar rajin-rajin, kejar menara gading . Buatlah hati ibu bapa kamu gembira dengan kejayaan kamu. Ingat dengan hasil duit pekerjaan ibu bapa kamulah sekarang kamu mampu jadi doktor, pensyarah, cikgu, pakar ekonomi dan sebagainya.

Acik terfikir kalaulah semuanya nak jadi kerja-kerja professional seperti doktor, peguam dan sebagainya, bagaimana dengan bidang yang lain ? Bayangkan kalau siapa yang tidak ada lagi yang mengusahakan sawah, tiada lagi yang mahu jadi petani ? tak mahu jadi operator kilang ? Maka siapa lagi yang akan lakukan ?

Allah itu Maha mengetahui , sebab itu Allah berikan semua pekerjaan itu , paling penting jadilah pekerja dengan berjaya. janji Halal!

Akhir kata dari acik, ingat ibu bapa kita tak pernah malu mempunyai kita, tapi kenapa kita perlu malu dengan mereka? dengan pekerjaan mereka ?   Maka ucaplah terima kasih kepada ibu bapa kamu.

ALLAH tidak memandang pekerjaan kita dari sudut tarafnya (atas atau bawah).Tetapi ALLAH memandang bagaimana kita mengerjakannya?Halal atau Haram?Reda atau dendam?Ikhlas atau terpaksa. Dari situ,ALLAH Kurniakan rezeki mengikut ketulusan kita. Jika kita rajin, Insya allah, ALLAH berikan lebih.Bukankah ALLAH sudah berjanji,jika kamu bersyukur,Allah akan lipat gandakan rezeki kamu.

Catat Ulasan

43 Ulasan

Unknown berkata…
budak2 sekarng memang macam tu ..sudah jauh tersasar
Asha Lya berkata…
haah btl tu acik..budak2 remaja zaman skrg kebanykan mcm tu.kita mengaku parent kita keja ladang ja.emak plak menoreh getah.dgn sumber tu anak2nya pun boleh hidup berjaya.yang penting rezeki halal.
Unknown berkata…
Aku kenal sorang kawan ni, dia hidup style di bandar semasa study padahal mak bapak dia kerja potong getah je..bila tanya latar belakang keluarga, tak nak mengaku anak penoreh..sedih..kesian mak bapak dia
tarmizi berkata…
Bapak aku askar tapi dah arwah. Mak aku suri rumah. Xde apa nk malu hidup perlu diteruskan.
Ainim Rashihah berkata…
memang budak2 sekarang ni pelik sikit perangai. saya tak malu bagitau org yang arwah abah saya seorang buta dan lumpuh. hanya mak yang bekerja membanting tulang untuk kami sekeluarga
Dahsyat sungguh...tak ikhlas langsung.....kena sunat sekali lagi.
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Akak rasa tak semua anak remaja begitu,ianya bermula dr ibubapa itu sendiri,apa yg penting dlm hidup adalah kasihsyg,dr kshsyg,akan timbul berbagai perasaan yg positif juga,rasa belas kasihan,mudah faham situasi org tua,menyelesaikan masalah bersama....org kampung zaman sekarang bknla mcm zmn dulu,segalanya dh serba moden,apa yg org bandar ada,org kampung juga ada..tak ada apa yg perlu dimalukan...biasanya remaja ini akan merasa malu dn rendah diri apabila mereka tak merasa kshsyg dn perhatian sebagaimana rkn2 sebaya mereka dpt..ada juga remaja yg malu punya ibubapa yg kaya dn berkedudukan tetapi tidak bertanggungjawab.....kita tak tau apa sebenarnya setiap manusia itu mahukan dlm hidup mereka...kalau kita jd hamba yg tak tau bersyukur..kita akan tersungkur....
Atien berkata…
Mgkin kebykknnye mcm tu la..tp time sy dulu mmg x de sorok2 da..dok felda,,mmg org tau la mk ayh peneroka je
Tanpa Nama berkata…
jgn malu dgn pekerjaan org tua kita,kerana rezeki itulah yg di gunakan utk membesarkan kita..
Unknown berkata…
Wlaupun keje peneroka,nelayan,tukang sapu atau swaktu dgn ny.. Sumber rezeki tu halal dan dredhai.
Adam Faiz berkata…
Setuju.Sekurangnya mereka bekerja mencari sumber rezeki yang halal...
New Entri : Antara Persahabatan dan Keegoan
BinMuhammad berkata…
Yang penting pekerjaan yang halal. Apa nak dimalukan...hasil dari itulah yg membesarkan kita...
Kekzamanis berkata…
Mungkin sebab mereka rasa rendah diri.. Tak perlu malu dengan pekerjaan ibu bapa kita.. Asalkan ianya satu sumber yang halal. Pangkat darjat tak bawak ke mana pun.. Mati esok semua sama jer di sisi Allah.. Betul tak? =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
Unknown berkata…
saya tak malu..malah saya bersyukur masih dikurnia rezeki dari hasil pkerjaan abah.. =)
Unknown berkata…
budak-budak sekarang bukan apa, mereka malu latar belakang mereka sendiri tanpa mereka sedari, mereka telah menjadi anak derhaka kepada ibu bapa mereka.
Affy Afiqah berkata…
Jangan malu, hasil titik peluh mak ayah kita tu laa kita ni dibesarkan
Maria Firdz berkata…
Bangga dilahirkn sbg ank penoreh getah..
Unknown berkata…
rata2 remaja yg malu untk mengaku kerana rata2 masyarakat yg suke mengejek & tiada daya supportive.. sedih..
Unknown berkata…
Sepatutnya anak-anak yang ibu bapa mereka berpangkat besarlah kena malu kerana, mampukah mereka jadi sehebat ibu bapa mereka.. Ni anak doktor, peguam dan sebagainya..Tapi bila habis sekolah tak ada kerja.. Pastu makan hasil titik peluk ibu bapa sampai tua.. Eeee.. Tak malukah?? Sudahlah ibu bapa penat membela kita dari kecil sampai besar.. Bila dah besar pun masih bergantung lagi..
ma ❥ berkata…
betul... kalau pun ibu bapa kerja bagus2 tapi anak2 malas nak usaha asyik bangga ngan kesenangan ibu bapa pun tak guna juga. yang kita patut bangga dengan kejayaan kita yang akan membawa ibu bapa kita kepada kesenangan di hari tua mereka :)
Unknown berkata…
remaja sekarang beza dgn remaja yg dulu. alhamdulillah, saya tak pernah malu dgn pekerjaan bpa sy malah bangga. Bpa saya hanya seorang buruh. :D
Tanpa Nama berkata…
sejauh mana pun kita dah berjaya..jgn kita lupa hasil titik peluh pengorbana orang tua kita
Shahrul Yusof berkata…
Perangai Tanggang ni, rasanya mana-mana zaman pun akan wujud. Mentaliti malu dengan profesion parent sendiri ni berkait rapat dengan psikologi remaja tu sendiri yang tidak yakin dengan kemampuan diri.

Pada saya, kita seharusnya tak usah malu dengan kenyataan asal usul diri kita sendiri.
ch000tz berkata…
remaja yang masihtak mampu terima kenyataan dan hakikat asal diri sendiri....Berdiri diatas kaki sendiri jangan pernah lupa langit masih teguh berdiri!
Tanpa Nama berkata…
Kalau adik ditanya abah awak keje apa, mesti jawabnyer kerja sendiri ler, hehehe hantar & ambil adik g sekolah !
bicara mak dara berkata…
bdk bdk zaman ini yg terlalu mementingkan status dan materialistik.. sad but true
Tanpa Nama berkata…
Selamat tengahari acik...
anamizu berkata…
abah ana pon peneroka. ana tak malu nk ngaku anak felda. biarlah org nak kata apa pon. yg penting susah senang kite, mak ayah lah yg sara..
Unknown berkata…
saya bangga je ngan pekerjaan mak ayah saya..
ayah sy cikgu & sy sekarang pun otw nak jadi cikgu.. insya Allah.. hehe..
PeRdU cINta berkata…
Setiap orang telah Allah sediakan bahagian masing-masing..berjaya bagi yang berusaha..kerugian bagi siapa yang leka..itu janji Allah..ibu bapa anugerah pada anak-anak..begitu juga anak-anak anugerah Allah pada ibu bapa..bagaimana ibu bapa yang boleh terima anak seadanya..mengapa sebagai anak tidak boleh meletakkan ibu bapa dalam situasi yang sama juga..sebijak mana pun kita..sekaya dan semewah mana pun kita..ingat..tanpa redha ibu bapa semuanya sia-sia..kalau kita miliki pun takkan kekal lama..
Akak Kembang berkata…
jujurnya masa sekolah rendah dulu pernah rasa rendah diri atas pekerjaan abah sebagai plumber di hospital...tapi bila dah berakal skit...baru tahu kesusahan abah cari duit untuk anak2...
Unknown berkata…
setiap orang ada sebab kenapa dia perlu menyembunyikan isu2 begini..tapi sebaiknya jujur dan tidak perlu merasa malu dengan latar belakang pekerjaan ibu bapa..hati pun tak perlu nak resah je..
Mormor berkata…
alhamdulillah . perkongsian yang baik acik . semoga ramai anak muda di luar sana yang sebaya deeya yang tak malu dengan pekerjaan ibu bapa masing-2 . rezeki allah untuk setiap orang taksama . maka anak-anak laa yang patut ubah nasib keluarga :)
Unknown berkata…
kalau malu tak semestinya terus malu. kite kena bangkitkan kembali. bukan terus merundum. :)
Fiza Aizzawa berkata…
Bila kita dah besar baru kita sedar, dengan pekerjaan ibu bapa kita lah kita berjaya sekarang.. tak perlu malu malah perlu bangga sbb ibu bapa kita mencari rezeki untuk kita.. jgn lupa jasa dorg.. Fiza sayang sangat mak dan abah Fiza...
shazillahsani.com berkata…
diorang sepatutnya bangga dengan perkerjaan ibu dan abah mereka even pengutip sampah sekali pun asalkan ibu dan abah anda mencari rezeki yang halal.
Aku pengembara berkata…
x yah malu laa.. masing2 punya rezki.
Khir Khalid berkata…
Setiap manusia dah ditentukan bahagian masing2.. klu buruk pun bahagian ibu & bapa kita.. mereka ttp ibu & bapa kita. Selagi mereka menjaga tanggungjawab terhadap kita.. jngn kita malu sbb perjuangan kita bermula dari mereka.. doa mereka membawa ke syurga & jngn sesekali kita derhaka.. peringatan buat diri sendiri juga..
Unknown berkata…
Saya sokong pendapat ini..
Unknown berkata…
Saya membesar dengan hasil getah..mak ayah hanya ada kebun getah..
fragmenbiru berkata…
Allahu Rabbi,sama-samalah kita muhasabah diri..berusaha jadi anak yang soleh dan solehah...apapun pekerjaan mereka,syukurilah kerana rezeki bukanlah datang dripda mereka tapi daripada Allah S.W.T... Mereka hanya perantraan..
Mizz Aiza berkata…
seharusnya kita berbangga dengan pekerjaan ibu bapa kita.. jika semua bekerja menjadi golongan profesional (pegawai), siapa pula nak kerja sebagai sokongan? macam mak akak dulu pun membesarkan akak dengan menoreh getah..
Unknown berkata…
remaja zaman sekarang x sama mcm dulu