Assalamualaikum
Alhamdulilah selesai tugasan hari ini, sangat penat untuk "cover story" di sana sini sekitar Shah Alam.Tapi seronok kerana dapat pengalaman baru yang sangat berharga terutama berdepan dengan pelbagai telatah manusia. Dalam dunia ini kita sangat bertuah jika mempunyai ibu dan ayah, jagalah mereka dan kasihilah kita lebih dari mereka mengasihi kita dari kecil hingga ke dewasa.
Petang tadi acik pergi satu program di PKNS shah Alam ada Program Bicara Hijrah, kebetulan sedang acik duduk mendengar ceramah yang di sampai oleh Iwan Shahman. Tiba-tiba acik di datangi oleh seorang mak cik dan seorang kakak yang berusia dalam lingkungan 30an. Tiba-tiba kakak itu bertanya :
Kakak : Adik siapa nama ?
Acik : Nama saya izahar orang panggil acik, kenapa kak ?
Kakak : Adik duduk di mana ye ?
Acik : saya Tinggal dekat sini jugak kak di seksyen 2 Shah Alam
Tiba-tiba mak cik menagis teresak-esak
Acik : Akak kena mak akak menagis nie ? saya ada buat salah ke kak ?
Kakak : Ehh tak delah dik, adik tak buat salah apa-apa pun tapi bila kami lihat wajah adik, saya ingatkan adik ini adik saya yang telah meninggal dunia 1 tahun yang lepas, mak akak sayang betul dengan dia .
Secara tiba-tiba mak cik tu terus memeluk acik, dan secara jujurnya masa itu acik tak tahu nak buat apa dan biarkan sahaja. Tiba-tiba hati ini menjadi hiba apabila dengar apa yang mak cik itu katakan.
Mak cik : adik mak rindukan sangat kat adik, kenapa adik tinggalkan mak, kenapa adik pergi dulu ? adik dah janji tak nak tinggalkan mak, mak rindu sangat dekat adik.
Ketika itu acik biarkan mak cik itu peluk acik dan acik menenangkan mak cik. Apa yang boleh acik berikan adalah kata-kata semangat kepada mak cik tu , apa yang boleh acik berikan adalah mendoakan kesejahteraan anak mak cik tersebut.
Itulah hebatnya kasih sayang seorang ibu, walaupun anaknya telah tiada, tetapi kasih sayangnya tidak pernah berubah walaupun musim silih berganti. Ibu adalah insan yang paling hebat di dunia ini, doanya tidak pernah putus untuk anak-anaknya yang di sayangi. Ibu mana tidak sayang anaknya ?
Bila keadaan mak cik telah tenang ,dia melepaskan pelukkan itu dan berkali-kali meminta maaf dengan acik kerana kelakuannya. Dan acik tidak berkesempatan untuk melihat wajah anaknya adakalah seiras acik ?
Biarlah, setidaknya ia dapat menenangkan hati seorang ibu yang merindukan anaknya yang telah jauh meninggalkannya,
29 Ulasan
Azim Aris
Tak Mungkin Benar
Muhasabah
follow ya :)
sedih pulak mselim3 membaca kisah nie... kisah benar pulak..pehh.. tangkap leleh air mata mselim3...
mselim3
sedih baca.
kasih ibu tiada pengganti..
p/s: knpa anak dia tingglkan dia??
meninggal atau lari dari rumah..
somga kasih dua beranak bertemu kembali ;0
kasih sayang ibu tiada tandingannya :)