Ticker

6/recent/ticker-posts

Sihir Orang Agar Orang Tersebut Tidak Bertemu Jodoh



sihir
Gambar hiasan dari pak cik google

Assalamualaikum 


Alhamdulilah dapat lagi menaip entri hari ini, penat seharian penuh dengan "event" yang sangat merunsingkan dan memenatkan. Jodoh itu memang rahsia Allah, siapalah kita nak menentukan cepat atau lambat untuk kita terus ke alam perkahwinan ,kita hanya berusaha sahaja selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Tadi acik berbual dengan seorang akak ini, di kongsikan satu cerita dengan acik , dia kata dia dengan acik dia kata dengan acik :

Kak A:  Acik akak pernah beberapa kali orang datang minang putus.Orang datang merisik tak jadi dan pernah sekali tu kami nak bertunang tapi tak jadi dan di putuskan begitu sahaja dan ada setiap kali lihat wajah akak aje akan kelihatan sangat hodoh dan tua. Dah masuk kali ke 3 ini acik, pada mulanya akak tak syak apa-apa dan anggap itu bukan jodoh akak. Tapi bila kali ke 3 tu akak pelik sebab kami dah berkawan selama 3 tahun tetapi ketika dia mahu tetapkan pertunangan kami tetapi dia batalkan hasrat dan terus tak hubungi akak. Dia kata dengan kawan akak ,masa hari pertunangan itu dia nampak muka akak sangat hodoh dan bau busuk.

Dan akhirnya akak buat keputusan berjumpa dengan ustaz dan ustaz katakan akak kena buatan orang (sihir) agar orang tak suka akak dan dia sakit hati dengan akak. Tapi siapa akak tak tahu.

Itulah sedikit perbualan kami dan acik pernah dengar ceramah yang mengatakan ada juga kemungkinan antara punca kawin lambat itu adalah (kebiasaanya berlaku pada kaum wanita) 

1. Sihir


orang hantar sihir supaya orang datang minang tak berminat pada wanita yang dipinang, orang tak nampak anak dara orang tersebut.Biar nampak hodoh dan buruk dan sebagainya.


- Nak elak :


A) baca surah Ar-Ra'd ayat 1-3 setiap kali selepas solat.
baca surah Ar-Ra'd pada air dan diberi minum serta mandi dengan air itu.

2. Jin jatuh cinta


Tandanya, lebam-lebam pada bahagian peha, suka berkurung, suka cakap sendirian, tidur ditindih dan seumpama.

- Nak ubati :


Tugas ibubapa.

- jangan biar anak duduk termenung.
- jangan biar anak duduk berkurung.
- jangan biar anak cakap sendirian.

Tugas anak.


- kekuatan dalaman, jangan layan hasutan jin syaitan.
- perbanyakkan baca Al-Quran setiap kali usai solat.
- banyakkan buat solat sunat.
- selalu dengar mp3 ayat-ayat pendinding seperti zikir dan ayat Ruqyah terutama di dalam bilik tidur.
- banyakkan duduk dengan family atau kawan-kawan.

 Jangan lupa juga baca Al-Matsurat selepas solat ,dan jangan lupa berdoa meminta perlindungan dari Allah. Jika rasa ada yang tak kena dengan diri kamu, maka dekatkan diri kepada Allah dan banyakkan membaca ayat-ayat suci Al quran mahupun membaca dan mendengar.

Kita husnozon (bersangka baik) sahaja , ini mungkin pernah terjadi kes-kes terpencil, tapi acik kongsikan untuk peringatan bersama sahaja. Jauhi pekara syirik dan hasad dengki pada orang lain. Tak guna jika cemburu /geram dengan orang lain kita sihir mereka, dosa besar kita dapatkan. Mari kita baiki diri dari semasa ke semasa.

Catat Ulasan

34 Ulasan

Affy Afiqah berkata…
bagus sangat entri ni,
sekarang memang susah kita nak cari orang yang baik2, ada tapi mungkin dah tak ramai, ramai yang berhasad dengki, minta dijauhkan laa perkara macam ni daripada berlaku...

dan untuk elak jin jatuh cinta tu, tidur pakai laa yang sopan2, ika pernah baca kat twitter someone ni, katanya jin suka orang sexy2 sebab tu ada yang dalam lebam2 badan bagaii..bukan perempuan je, lelaki pun ada juga yang jin suka...
Unknown berkata…
takut juga bila dengar, thankz utk infonya ye.. nice entry :)
Tanpa Nama berkata…
kawan akak mcm tu jugak acik..sampai skrg tak khwin lg.setiap kali ada lelaki nk jalin hubungan serius jer dgn dia,terus hbgn bermasalah.
tarmizi berkata…
Insyaallah. . Info yg baik..
Unknown berkata…
Astraghfirullah..ada jugak org yg macam tu..tak puas hati dgn org lain.. nauzubillahiminzalik..
Ismah Atikah berkata…
Thanks for share. Ilmu yang memberi manfaat ;)
Asha Lya berkata…
bahayanya..minta2 dijauhkan.
Blog Santai berkata…
kita tak tau hati manusiakan..semoga kita semua dilindungi Allah dari perbuatan-perbuatan syirik ni..
Unknown berkata…
selamat tnda2 tu sy x da... Alhamdulilillah .... minx dijauhkan...
Unknown berkata…
Kalau dah tak ada jodoh tu tak payahlah susahkan hidup lagi, tak elok sihir2 ni..syirik semuanya...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Ilmu sihir ni memang wujudkan acik....sbb itu kita ada perubatan islam seperti darul syifa tu...kwn akakpun ada kena mcm ni...kwn akak cite,kakak2 dia tiga org tk kawin2 sbb bila org dtg meminang je..org tu nmpk si perempuan tu jadi hodoh....menakutkan....wallahualam...minta dijauhkan....
Zaza Iman berkata…
masyaallah..takut je rasa..tapi mudah2an kita dijauhkan..sentiasa amalkan surah2 alquran..
Tengkubutang berkata…
http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.htm

lYa Allah.. mintak dijauhkanlea dari sihir2 ni..

Jom join GA teman.. byk hadiak awesome!!
Unknown berkata…
busuk betul hati manusia sanggup gunakan sihir semata demi kepuasan. Kes kat tempat laen berbeza skit mangsa lelaki. Al-kisah aq tak tahu sgt. Dulu dye askar kerja tak sampai 2tahun then balik rumah jadi cam tak betul. Peragai macam budak2. Dgr kata sebab dye tolak cinta seorang pompuan..entah laa apepun apa yang achik sharing tu mmg bagus...
Tanpa Nama berkata…
memang teruk betul kalau dengki sampai ke tahap ni..
Maria Firdz berkata…
memang ada acik, kwn baik saya sendiri penah kena... bertahun juga amik masa nak pulih...
Shahrul Yusof berkata…
Matlamat tak menghalalkan cara. Manusia ni kalau dipenuhi dengan sifat hasad, perkara syirik macam main bomoh-bomoh ni pun sanggup.
benda ni mmg masih terjadiii. walopon zaman dah moden kan.
kakak kepada kawan sy, kene sihir gak. die sihir biar kakak tu xlekat jodoh. lepas jumpa ustaz baru lah tahu yg kakak tu kene sihir.
manusia ni mcm2 kan. jadi kita semua hati2 la.. hati manusia xsama semuanya!
Sally Samsaiman berkata…
SubhanaAllah...Semoga sally tak berada dalam golongan yg disihir...kadang kita tak tau kot-kot kalau ada yg marah dgn kita...terima kasih acik atas perkongsian :)
Unknown berkata…
nasihat yang bagus abg acik. syuk sokong :D
Unknown berkata…
memang begitu bernas pandangan acik ..
sebetulnya, kita jangan mendekati org yang mengamalkan sihir dan juga kita kena jaga segenap tubuh agar tidak disihir
Unknown berkata…
entry yg menarik.. thanks sharing.. biasalah manusia x pernah lari dari rasa dengki. bnykkan doa pada Allah. :)
Tanpa Nama berkata…
ada yer yang amalkan sihir2 mcm ini lagi !
Unknown berkata…
no.2 tu mcm scary je.. ain mmg suke bersendirian.. ckp sorang2 tu xdelah tahap berbual ngan diri sendiri.. hehe.. tp lebam2 badan mmg xde..
Khir Khalid berkata…
Hati manusia klu dah gelap.. matlamat menghalalkan cara.. mmg menempah jalan ke neraka.. nauzubillah..
Unknown berkata…
Mcm2 akn jadi kalau ada penyakit busuk hati..
Mizz Aiza berkata…
akak tak pernah terfikir ada orang sanggup sihir akak.. mungkin hanya kebetulan saja akak lambat jodoh.. tapi apa-apa pun kena berhati-hati dan kena selalu amalkan membaca ayat-ayat al-quran sebagai benteng pertahanan diri..
sebab tu lah saya suka baca ayat kursi
selepas solat dan sebelum tido...
insyaallah dilindungi...
Unknown berkata…
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah
Nur Rahifah Karim berkata…
Ya saya antara yang terkena ..doakan saya ye
shamiera osment berkata…
masa kt uitm dungun dulu boleh dikatakan hari-hari kena tindih... stress sgt..tp xla smpi tahap lebam2..huhu