Assalamualaikum
Setiap hari memang akan sibuk dengan pelbagai pekara yang perlu di selesaikan .Hari ni baru balik dari U FM Malaysia , frequency 101.30 fm , kamu boleh dengarkan memang berbeda bersama DJ yang sempoi iaitu Sharifah Shahorah dan Jiimmy Shanley.
Balik dari itu terus berjumpa dengan Syafiq kerana kami janji nak berbuka bersama hari ini. Bila tiba puasa ini teringin pula nak makan macam-macam dan kebetulan Syafiq tawarkan nak belanja Chicken chop di salah sebuah kedai nie. Sambil tu ambillah pesanan kami dan kami duduk menunggu.
Acik pula asyik sibuk memerhatikan seorang mak cik masuk ke dalam kedai, berbaju kurung sambil membawa dua beg plastik yang besar. Di dalam plastik itu kelihatan jelas pelbagai jenis kerepek dan keropok. Mak Cik itu datang ke meja ke meja untuk tawarkan kerepek.
Mak Cik : Adik nak beli kerepek ? dua RM 10 saje , mak cik dari persatuan ibu tunggal.
Dan tiba mak cik ini pergi ke sebuah meja makan di yang terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang sibuk makan. Acik perhatikan sahaja gerak geri mak cik ini, kenapa tiba-tiba mak cik terpaku melihat seorang remaja lelaki nie.
Mak Cik : Ehh man , ko buat apa kat sini ?kau kata ada kelas malam ?
Remaja Perempuan : Ehh yang awak kenal ke dia nie ?
Remaja lelaki : ermm ( hanya berdiam diri )
Mak Cik : Man ko tak kenal mak kau sendiri ?
Remaja Perempuan : Apa !!! ini mak awak ?? awak kata mak awak ada butik lah, apa Spa lah !! apa semua nie ?
Mak Cik : Kau siapa ? sebab kau anak aku dah pandai menipu aku !!!
Remaja Perempuan : Ehh perempuan tua jangan kau nak pegang-pegang aku , jijik aku tengok ko
Mak Cik : Kurang ajar !!!
Remaja Lelaki : Mak!! jangan berani nak tampar dia , mak orang miskin mana mak tahu semua nie, mak man malu mak !! , hidup kita miskin !! susah !!
( dia tolak mak dia dan bawa awek kurang ajar dia tu pergi )
Acik yang ada di situ terpaku dan tergamam, orang di kedai semua booo bila remaja lelaki tu keluar dari kedai. Ramai yang membantu mak cik tu dan menenangkan keadaan mak cik yang menangis teresak-esak. Acik sangat simpati dengan mak cik tu, sampai hati anaknya menipu untuk kepentingan diri sendiri , kecewa betul acik. Mak susah payah cari duit untuk sara keluarga, anak sedap berfoya-foya di luar dengan perempuan.
Pesanan ini untuk diri ini juga dan kamu semua, jangan jadi seperti ini. Malu sebab mak miskin ? kitalah sepatutnya mengubah nasib mereka bukan kita buat mereka susah. Jangan kita jadi tanggang di zaman moden ini. Acik selalu terfikir ingatkan cerita seperti ini hanya ada di drama dan filem sahaja rupanya ada juga kisah nyata yang kita tak tahu dalam hidup ini. Ini adalah kisah sebenar apa yang berlaku di depan mata acik. Ayat yang tak akan acik lupakan ayat dari makcik tu " aku cuba jadi mak yang baik, tapi dia malu ada mak macam aku, apa salah aku ?
Ya Allah semoga hati anak mak cik ini di berikan hidayah dan minta maaf dengan mak yang telah bersusah payah cari rezeki. Ya Allah jauhkan aku dari sifat tersebut, Aku sangat sangat kepada kedua ibu bapaku.
25 Ulasan
New Entri: Happy Dan Tamat
Sampai hati tu...pempiuan tu pun satu..nak juga lelaki yg mcm tu...tkde syurga utk lelaki tu,mcmana dia nak dpt syurga dr lelaki derhaka tu kalau mereka menjadi suami isteri nanti....
hargailah ibu tu masa dia masih ada, jangan menyesal di kemudian hari,
semoga Allah beri keinsafan kepada anak makcik tu