Ticker

6/recent/ticker-posts

Tangisan Air Mata Ibu Kerana Si Tanggang Moden



Assalamualaikum 

Setiap hari memang akan sibuk dengan pelbagai pekara yang perlu di selesaikan .Hari ni baru balik dari U FM Malaysia , frequency 101.30 fm , kamu boleh dengarkan memang berbeda bersama DJ yang sempoi iaitu Sharifah Shahorah dan Jiimmy Shanley. 

Balik dari itu terus berjumpa dengan Syafiq kerana kami janji nak berbuka bersama hari ini. Bila tiba puasa ini teringin pula nak makan macam-macam dan kebetulan Syafiq tawarkan nak belanja Chicken chop di salah sebuah kedai nie. Sambil tu ambillah pesanan kami dan kami duduk menunggu. 

Acik pula asyik sibuk memerhatikan seorang mak cik masuk ke dalam kedai, berbaju kurung sambil membawa dua beg plastik yang besar. Di dalam plastik itu kelihatan jelas pelbagai jenis kerepek dan keropok. Mak Cik itu datang ke meja ke meja untuk tawarkan kerepek.

Mak Cik : Adik nak beli kerepek ? dua RM 10 saje , mak cik dari persatuan ibu tunggal.

Dan tiba mak cik ini pergi ke sebuah meja makan di yang terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang sibuk makan. Acik perhatikan sahaja gerak geri mak cik ini, kenapa tiba-tiba mak cik terpaku melihat seorang remaja lelaki nie.

Mak Cik : Ehh man , ko buat apa kat sini ?kau kata ada kelas malam ? 
Remaja Perempuan : Ehh yang awak kenal ke dia nie ? 
Remaja lelaki : ermm ( hanya berdiam diri ) 
Mak Cik : Man ko tak kenal mak kau sendiri ? 
Remaja Perempuan : Apa !!! ini mak awak ?? awak kata mak awak ada butik lah, apa Spa lah !! apa semua nie ? 
Mak Cik : Kau siapa ? sebab kau anak aku dah pandai menipu aku !!!
Remaja Perempuan : Ehh perempuan tua jangan kau nak pegang-pegang aku , jijik aku tengok ko
Mak Cik : Kurang ajar !!! 
Remaja Lelaki : Mak!! jangan berani nak tampar dia , mak orang miskin mana mak tahu semua nie, mak man malu mak !! , hidup kita miskin !! susah !!

 ( dia tolak mak dia dan bawa awek kurang ajar dia tu pergi ) 

Acik yang ada di situ terpaku dan tergamam, orang di kedai semua booo bila remaja lelaki tu keluar dari kedai. Ramai yang membantu mak cik tu dan menenangkan keadaan mak cik yang menangis teresak-esak. Acik sangat simpati dengan mak cik tu, sampai hati anaknya menipu untuk kepentingan diri sendiri , kecewa betul acik. Mak susah payah cari duit untuk sara keluarga, anak sedap berfoya-foya di luar dengan perempuan.

Pesanan ini untuk diri ini juga dan kamu semua, jangan jadi seperti ini. Malu sebab mak miskin ? kitalah sepatutnya mengubah nasib mereka bukan kita buat mereka susah. Jangan kita jadi tanggang di zaman moden ini. Acik selalu terfikir ingatkan cerita seperti ini hanya ada di drama dan filem sahaja rupanya ada juga kisah nyata yang kita tak tahu dalam hidup ini. Ini adalah kisah sebenar apa yang berlaku di depan mata acik. Ayat yang tak akan acik lupakan ayat dari makcik tu " aku cuba jadi mak yang baik, tapi dia malu ada mak macam aku, apa salah aku ? 

Ya Allah semoga hati anak mak cik ini di berikan hidayah dan minta maaf dengan mak yang telah bersusah payah cari rezeki.  Ya Allah jauhkan aku dari sifat tersebut, Aku sangat sangat kepada kedua ibu bapaku.

Catat Ulasan

25 Ulasan

Adam Faiz berkata…
Amin,kesian mak cik tu
New Entri: Happy Dan Tamat
Tanpa Nama berkata…
Ya Allah.. teruknya dia buat mak dia macamtu... :( mmng patut kena boo dgn org ramai. tk sangka makin lama makin ramai anak2 yg malu gelar ibu dia sbgai mak. semiskin-miskin keluarga pun, at least mereka try utk cari rezeki utk anak2 jugak..
Tanpa Nama berkata…
Astaghfirulllahalazim.....ya Allah...jauhkan diri akak dn seluruh keturunan akak dr jd si tanggang ni....

Sampai hati tu...pempiuan tu pun satu..nak juga lelaki yg mcm tu...tkde syurga utk lelaki tu,mcmana dia nak dpt syurga dr lelaki derhaka tu kalau mereka menjadi suami isteri nanti....
Tanpa Nama berkata…
Oppsss...lupa plak...dgn rasa rendah dirinya,akak nak bgtau acik,akak dh update entry...hehe
Unknown berkata…
moga dijauhkan lah..Aminn
Blog Santai berkata…
Ini cerita betul ke acik..dah macam kisah si Tanggang pulak...hmmm...
Tanpa Nama berkata…
moga2 dijauhkan dari segala keburukan ... jenguk2 sini http://jmbelog.blogspot.com/2013/11/jom-jalan2-ke-blog_13.html
Mizz Aiza berkata…
masya-Allah.. akak ingatkan adegan begitu hanya dalam drama saja.. ternyata ianya benar-benar berlaku.. kasihan mak cik itu mempunyai anak sebegitu.. semoga anaknya segera memohon keampunan kepada ibunya.. terima kasih kerana acik mengingatkan akak..
Hajar Shikin berkata…
ingat kan dlm drama je ad yang mcm ni..realiti pn ad? mintak dijauhkan jadi ank yg mcm tu
Tanpa Nama berkata…
bagusnya lah klu org kat situ sanggup ajar remaja lelaki tu atau sekurang-kurangnya paksa dia meminta maaf pada ibunya ...
Khir Khalid berkata…
Astagfirullah...X cium bau syurga anak yg seperti itu.. perkongsian yg penuh iktibar.. T kasih..
Affy Afiqah berkata…
sedihnya baca :'(
hargailah ibu tu masa dia masih ada, jangan menyesal di kemudian hari,
semoga Allah beri keinsafan kepada anak makcik tu
Aku pengembara berkata…
Sampai macam tu sekali.. Kitalah yg mengubah nasib orang tua bak kata Acik...
Adriannasyaz berkata…
Awek bleh dicari..tapi mak takde pengganti dah..sayangilah ibu anda :)
Cik Itah berkata…
astaghfirullah..bole pulak dia macam tu.. sedih terasa :(
Adhie berkata…
Astaghfirullahalazim...ada gak wujud manusia macam ni....
Shahrul Yusof berkata…
Makcik-makcik jual keropok ni selalu aku jumpa time aku kerja kilang kat Shah Alam dulu. Niat nak tolong beli pun rasa serba salah bila duit kat poket pun cukup-cukup untuk isi minyak moto.
mila berkata…
x sangka benda ni berlaku dpn mata acik sendiri..maknanya benda2 ni masih wujud di dunia ni..ya Allah sedihnye jika aku yg berada di tmpt makcik tu..Betapa angkuhnya betina tu..Sekali tuhan tarik nikmat baru dia tahu..X bau syurga la jantan tu buat mak dia mcm tu...Ya Allah..Semoga anak aku membesar dgn didikan agama secukupnye dan ak mampu mendidik anak aku agar menjadi insan yg reti bersyukur..Ya Allah
Ainim Rashihah berkata…
Astaghfirullahalazim... macam tak caya yang saya baca cerita dari rakan sendiri. Saya doakan semoga makcik tu kuat dan tabah. Semoga anak lelaki makcik tu akan taubat dan kembali berbakti buat ibunya
Tanpa Nama berkata…
sedihnyer... mohon dijauhkan dari anak2 kita semua yer
kuchalana berkata…
semoga perkara mcm ni tak berlaku kepada ahli keluarga kita
Unknown berkata…
Memang begitu budak2 sekarang.. semuanya agungkan kekayaan dan tidak mengasihani ibu bapa
Maria Firdz berkata…
Astaghfirullah... Klu sy ditempat tu.. Huhu... X thu nk kata apa... Dlm x sedar lihat anakd drhaka dpn mata...