Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Tanda-Tanda Bahawa Dia Bukan Jodoh Yang Baik Untuk Kamu





Assalamualikum


Alhamdulilah dapat lagi kita bersua, ucapkanlah syukur kepadaNya kerana masih di beri nikmat yang tak terhingga untuk terus hidup di muka buminya. Setiap hari acik di hujani dengan persoalan cinta dan jodoh , pelbagai persoalan yang di tanyakan sehinggakan acik terkelu untuk menjawab semuanya. Jodoh itu memang rahsia Allah dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. 


Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini acik ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Daripada 10 tanda-tanda ini acik keluarkan berdasarkan pemerhatian acik terhadap orang sekeliling acik.


Tanda Pertama : Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu

lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.


Tanda Kedua : Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.


Tanda Ketiga : Dia tak pernah menhiraukan tentang kesihatanmu


Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu. 

Tanda Keempat : Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia ? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan berubahan.. 

Tanda Kelima : Dia tidak percaya dengan kamu

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan , tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

Tanda Keenam : Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita )

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga " . 

Tanda Ketujuh : Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh , buat ini tak berkenan di matanya.

Tanda Kelapan : Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa ," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna" 

Tanda Kesembilan : Tiada "chemistry "atau keserasian

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin ? 

Tanda Kesepuluh  : Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan kita perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa ? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan ? Jika hanya untuk couple ? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu ? itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Ini hanyalah pandangan acik sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika ke arah pekara yang baik in sha ALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah.Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia.. puncuk pangkalnya adalah diri kita sendiri.Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.
 

Catat Ulasan

49 Ulasan

Cik Itah berkata…
ada la pula 3-4 diantara 10 tandanya..tak apa la..sy redha ja...Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..
kita kena bersedia untuk sebarang kemungkinan ..
PCL berkata…
semua tanda2 yg disebutkan adalah amat penting untuk membawa ke arah kebahagaian yg diidamkan setiap pasangan. apa pon kita hanya merancang dan bila dah dapat ditangan , laluilah dengan harmoni, penuh kerjasama dan saling memahami.....dan seperkara pasti kena ingat jangan simpan 'bom jangka dalam rumah' ..ada kalanya ia boleh terpelantik bila2 masa..memusnahkan segala isi rumah.
Maria Firdz berkata…
berkongsi sedikit pengalaman... dari 10 yg acik senaraikan 1-8 tu mmg ada pada psgn sy sblum kahwin... tapi usaha, doa dan istikharah dan solat hajat berterusan, mmg ditakdirkan dia suami sy... Alhamdulillah... 1-8 yg wujud sblum khwin tu, dapat diwujudkan selepas berkahwin... apa yg penting ialah kerana apa kita bercinta dan berkahwin... jika semuanya kerana Allah, dan dia juga sygkn kita kerana Allah, insha-Allah pasti boleh wujud persefahaman dan keserasian...
Unknown berkata…
mcm nie kena tinggal cepat2... nanti diri sendiri yg sakit :')
Fiza Aizzawa berkata…
kdg2 kita redha wlpun 10 senarai tu mmg ada disebabkan kita terlalu cinta pd seseorang, sbb tu org ckp cinta itu buta dan igt jgn kita sorg jer yg gilakan dia, buruk padahnye nnt..
cEro berkata…
Bahaya ni...lepas ni ramai org akan lebih menilai pasangan.
Tp list macam ni bagus utk perbaiki diri dan perhubungan, kan?
PeRdU cINta berkata…
nice sharing achik..sedikit sebanyak boleh di jadikan panduan untuk kita semua..perubahan boleh berlaku..sebelum halal atau selepas suatu hubungan itu halal..cuma bagaimana kita mengendalikannya buka minda..berlapang dada..
Shahrul Yusof berkata…
Memahami psikologi manusia adalah penting dalam penilaian terhadap sikap dan perilaku individu yang berpotensi menjadi pasangan hidup kita.
mselim3 berkata…
Assalammualaikum..achik,

keserasian antara pasangan nie amat penting, kalau tiada keserasian dan sering bergaduh ... kekadang kena baca jugak bakal pasangan kita nie yer tak?..

mselim3
Tanpa Nama berkata…
perhubungan mmg perlu ada trust dan keserasian . klu dah berthn masih x bawa kita jumpa ahli keluarganya , lupakan jer la ...
Fatin Wawa berkata…
setuju dengan pendapat acik tu.. andai semacam tak serasi lebih elok fikir2kan..
reenapple berkata…
Gitu... apa2 pun DIA maha mengetahui. Kadang3 manusia yang diturunkan untuk kita kenal, hanyalh sementara sahaja sebab itu adalah ujian.
Khir Khalid berkata…
Jodoh adalah satu tanggungjawab yg perlu digalas sepanjang kehidupan.. mmg perlu perhatikan tanda2 agat tidak terbeban selamanya. Thanks sharing Acik..
Tanpa Nama berkata…
Kalau dh kawin bersikap mcm di atas tu lagi parah..kalau sblm hidup bersama,blh juga tinggal dn lupakan....
Mizz Aiza berkata…
sangat bersetuju dengan semua point di atas.. kerana ada sebahagiannya pernah akak alami..
Blog Santai berkata…
hati-hati pilih pasangan..semoga kita dapat yang terbaik..apa-apa pun semuanya rahsia Allah...
YanaKhai berkata…
Blh di katakan 9-10 ciri2 di atas ada pada si dia dlu... smpai skrg tiada kata maaf yg diungkap selepas kata perpisahan saya minta.. kerana dia rasa sy yg putuskan dan sy yg mnta maaf... ego seorang lelaki...hihihi
Ainim Rashihah berkata…
saya setuju dengan tanda-tanda ini. semoga saya akan berjumpa dengan lelaki yang betul2 ingin jadikan saya sebagai isterinya
Unknown berkata…
Is that means if I could overcome all of those things I would be the destined one? :P Thanks for sharing and I still thinking that Jodoh is what Allah already decide for us though, but it is not wrong to choose a supportive spouse wisely.
Montana berkata…
steady broo...atas perkongsian...sempoi2..terima kasih atas perkongsian di atas
Adriannasyaz berkata…
Mcm penah kena kat sya je semua ciri2 ni..huhu..harap2 sya dpt beejumpak dgn lelaki yg dpt bahagiakan sya nnti ^_^
Unknown berkata…
Masa dgn kekasih lama dulu, semua pernah kami alami..mmg tak ada jodoh pun, hehe..
BinMuhammad berkata…
Kekurangan dan kelemahan pasangan bukan bermakna anda perlu menolaknya terus. Bimbingan dan saling melengkapi itu akan membawa kpd ikatan yang lebih erat. Yag penting...dapatkan petunjuk dari Allah...
TelingaBulat berkata…
thanks acik for sharing..sume yg acik bgtau kne dgn keadaan tb.sedih jugak walaupn kite cube utk perbaiki tp btol la klu da allah kata dia bkn jodoh kita..xkemane pn
Unknown berkata…
6/10 .. now ain tau kedudukan hubungan ain skang ni.. :(
fragmenbiru berkata…
Betul tu... Abak tak da pengalaman tapi Abak tahu memamg susah untuk mncari pasangan..Hanya doalah yg mmapu stakat ini..
Nina Mads berkata…
masa bercinta dulu pernah la alami tp jodoh itu tetap ada tp bukan dgn org yg sepatutnya
Affy Afiqah berkata…
jadi buat laa pilihan yang sebaiknya kan acik....
kalau rasa pasangan tu memudaratkan kita...better lupakan jela...
Tetamu Istimewa berkata…
Satu diskusi tentang "jodoh" yang komunikatif. Sama-samalah kita jadi yang terbaik dan mengharapkan pasangan yang menjadi jodoh kita itu adalah yang terbaik dan sesuai dengan kita dan juanya.
Aqilah Akmal berkata…
Jodoh rahsia Allah, istikharah lah :)
Mrs NurulAsyraf berkata…
Tiada pasangan yang sempurna asalkan masing2 cube memperbaiki perhubungan dan ingin berubah itu yang paling penting :)
Thanks for sharing :)
Unknown berkata…
pandangan yang bagus bro acik. tak salah..
Unknown berkata…
kalau kita je usaha. sebelah pihak lagi diam dan terus diam. kita pun penat. the end, habis macam tu je relationship.
Unknown berkata…
assalamualaikum..sy nk mtk sdikit pndngn korang smua..sy n sidia rancang nk brtunang..tp dh brp kali kna postpone.adakah itu tnda dia bukan jdoh sy??tq.....
kalau sudah tau..kena bertindak segerra
Hana farhana berkata…
memang byk tanda2xx pada pakwer sayer drp 4 - 10.. tapy nak buat camner kalau itu jodoh saya, saya redha dan saya tahu Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. in syaa Allah..
Hana farhana berkata…
itu dye nak kitew berubah, pandangan kita harap jadah x berubah.. kita banyak sabar tapi dye x berubah langsung.. nak carik lelaki lain bukan senang.. kita ada perasaan malu jugak, bukan macam erigi mencari rimba..
Shiqin Sunshine berkata…
Uhuuu.. Ade yg baru kawen pon jd cmtu.... Huhu takut plak bila pk... Semoga dpt jodoh yg baik2 saje insyaAllah
Unknown berkata…
Jodoh pertemuan di tangan Allah.. kadang kadang... kita saling sayang saling memahami, tapi dia bukan jodoh kita ikatan kasih terputus jua... yang penting yakin dengan apa yang Allah tentukan untuk kita adalah yang terbaik..
NuissMa berkata…
sy x ade sesiapa untuk di comparekan dgn ciri2 di atas . i'm waiting for the right person that will come on the right time and in the right way :)
Am berkata…
haampir semua ada :) aq cadangkan.. kena curang
Unknown berkata…
dah terjebak x leh nak buat apa dah..redho je..semuga di beri hidayah...tapi setuju dengan entri achik ada beberapa diantara tu benar..
bagi yang belum kahwin tu !!! fikir habis2 ok bye

Siti Yang Menaip berkata…
rasanya kalau dah ada tanda yang first tu pun elok xyah teruskan la..
daripada makin lama makin seksa jiwa ahaha..
adkdayah berkata…
berguna tip ni..bole tengok la siapa yang x suka kita sebenarnya =)
AyyuHijabCollection berkata…
Maaf..tanda yg di atas tuer betul,kecuali yg kesepuluh..redha.ALLAH lebih tahu..
yaya cendana berkata…
tanda2nya ni ada masa yaya dgn ex..haahahhaa...
Unknown berkata…
agak sedih kalau dah bercinta tapi tak kawin. sebab tu la agama kita mengajar kita untuk bercinta lepas kawin
Unknown berkata…
Klo byk kli pospone tu awk dh kna ready utk brpish sbb bsenye bnda yg baik Allah akn prmdhkn