Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Kamu Sudah Bersedia Jika Hari Kiamat Tiba ?

tanda kiamat
Assalamualaikum

Alhamdulilah bertemu juga di hari jumaat yang indah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Hari ini acik nak kongsi satu pekara yang di takutkan oleh umat manusia iaitu Hari kiamat , adakah kamu , adakah kamu sudah bersedia ?

Jika di tanya soalan pada diri ini juga masih lagi sedang membaiki diri ini. Mak selalu kata bumi semakin tua, jika kita lalai terus mengejar duniawi tidak seimbangkan dunia dan akhirat nanti di sana nanti kitalah orang yang rugi. Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali..

Kiamat menurut Agama Islam di tandai dengan beberapa petanda.Kita boleh baca novel sampai beribu-ribu muka surat, silalah luangkan masa untuk membaca entri pendek ini hanya kurang lebih 5 minit sahaja untuk membacanya.

Tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

4) Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah

5) Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8) Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Tanda Kiamat Yang Besar

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar-benarnya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan mesej mesra, promote dan baca yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir banyak kali. Sebab takut di katakan berlagak alim.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yang dimaksud dajjal yang bermata satu:ertinya hanya memikirkan duniawi daripda akhirat. Kerugian meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yang menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan merasa biasa aje.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang-kejang.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan shari-hari, ia stroke.
Terus dan terus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi-lagi syaitan pun mencegahnya.
 
Syaitan berbisik;

"SUdahlaaaaaah tak payah di sebarkan, tak penting pown, buang masa saja, tak mungkin akan di baca "..
 
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali.Nasihat ini juga untuk mengingat diri ini yang kadang kala sering lupa dan lalai.

Catat Ulasan

27 Ulasan

Cik Tieka berkata…
tanda2 kecil tu banyak sudah terjadi..tiada keraguan akan datangnya kiamat..mcm makin hampir terasa kedatangannya tu, sbb kita sndiri yg rasa" tanda2" tu sekarang...hmmmm
Asha Lya berkata…
kalau ditanya pasti jawapan belum bersedia..bila baca nie terasa diri ini teramat kerdil,masih naif..tanda2 kiamat kecil ini banyak suda berlaku..Wallhuallam hanya Allah yang maha mengetahui
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Maaf lama tak singga sini...terimaksih atas perkongsian ini acik...sememangnya akak tak bersedia utk menghadapi alam yg kekal abadi di sana nanti..masi byk yg kurang...

Da byk tanda2 kiamat ini berlaku...sgt berleluasa...sunggu menakutkan tapi kita masih lalai dn leka.....
memmetlenggeng berkata…
semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman dan berbahagia didunia dan akhirat
Aimacomel berkata…
Acik, saya banyak buat dosa. Apa yg perlu saya buat...
norhasnizakhalid berkata…
allahuakbar,,, segeralah kita bertaubat jika rasa diri itu berdosa....

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
Cik Itah berkata…
sejujurnya sy belum bersedia..terasa kerdil sungguh diri ini..belum cukup amalan buat bekalan di sana ..
Unknown berkata…
always ask ourselves.. kalau aku mati hari ni.. kalau kiamat adalah hari ni.. siapakah aku disisi Allah ketika ini..
PeRdU cINta berkata…
kiamat itu pasti berlaku..ianya menjadi rahsia Allah..namun tandanya kian terlihat..cuma cara mana kita memandang dan mentafsir itu sangat berbeza..melalui mata hati..atau pun deria mata..apa yang pasti jangan sesekali kita berpaling dengan kalimah syahadah juga lailahaillallah..kerana itu azimat berguna..selagi bernyawa..hiasi diri dengan akhlak dan amalan mulia..lillahitaala..
Long Cham berkata…
memang xkan pernah bersedia acik banyak kot dosa dri lahir sampai sekarang
Tanpa Nama berkata…
pasti akan berlalku..tidak terawal sesaat dan takkan terlewat sesaat..hanya kita dan DIA yg tahu cukupkah persediaan kita menghadapi hari tersebut.
Unknown berkata…
Ermm.. ngerinya tajuk N3 acik nie...
Tanda Kiamat Kecil rasanya semua item tu dah dipenuhi... tinggal Tanda Kiamat Besar je...
paridah berkata…
persediaannya yg sedikit menyusahkn hati walau berusaha menjadikannya sempurna...
Tanpa Nama berkata…
kiamat itu pasti , kematian juga pasti . Tapi yg lebih pasti , kematian kita akan berlaku bila2 masa saja . mungkin sekarang , mungkin nantinya . maka beribadahlah seolah2 kita akan mati sekarang supaya kita tak gentar dengan kiamat .
Unknown berkata…
fb kena hack laa acik...
Atien berkata…
Blum bersedia..masih perlu perbaiki diri
Gee Lion berkata…
Tanda-2 kiamat kecil tu semua dah berlaku... )':
Nadratul Syazwana berkata…
Rasanya memang dah akhir zaman tapi kenapa diri ni serius rasa tak bersedia lagi :(
Nik Ainaa berkata…
kalau ditanya memang sudah tentu belum sedia. diri ini belum cukup amalan untuk dibawa ke kubur. tapi..... semuanya sudah ditentukan Allah... sedia atau tidak. apabila sangkakala ditiup dan dajjal muncul.. kita perlu tempuh jua hari kiamat. Allahuakbar.......
Mizz Aiza berkata…
tanda-tanda kecil tu dah banyak yang muncul.. semoga kita semua tergolong di kalangan orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah..
DILA ELLA berkata…
kiamat itu pasti, jika ditanya sudah bersedia, jawapannya belum. sama-samalah kita perbaiki diri..
Khir Khalid berkata…
Allahuakbar... terima kasih diatas peringatan yg amat berguna ini. Mudah2an sentiasa menjadi renungan buat setiap insan...
Shahrul Yusof berkata…
Kita semua sedar bahawa kita hidup di akhir zaman, tapi hakikatnya, masih ramai lagi yang alpa dan leka dengan godaan dunia masa kini yang banyaknya mengutamakan sifat hedonism.
terima kasih akak pun masih mencari ilmu agama
utk bekalan disana dan masih belajar memperbaiki diri
yg serba kekurangan...
Unknown berkata…
Byk lagi yang belum bersedia.. kena mula berubah dari sekarang..
Tetamu Istimewa berkata…
Semoga kita semua sentiasa bersedia.
Affy Afiqah berkata…
yang pasti, belum betul2 bersedia...sebaiknya jika kita pertingkatkan ibadah...bukan meramal atau menetapkan tarikh tertentu kiamat :)
Sungguh, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Kuasa~~