Assalamualikum
Ya Allah kuat hatikan hati ini dan tabahkan hati ini, dugaan demi dugaan yang hadir membuatkan senyuman menjadi senyuman yang hambar. Takpelah itu dugaanku dan aku yakin aku mampu hadapinya. Ah berbalik ke tajuk utama acik nak kongsikan kepada kamu semua. Ramai yang berbalah dengan mengatakan bahawa lelaki tak setia dan selalu curang , ada perempuan lain di luar. Yang lelaki pula mengatakan bahawa perempuan pula sering curang dan tak setia.
Jika berbalah sampai kiamat pun tak habis juga . Setia itu selalu di sama ertikan dengan jujur dan amanah dalam soal perasaan terhadap pasangan. Setia itu juga selalunya subjektif dan di taksirkan mengikut kefahaman masing-masing. Adakah aku sudah cukup setia jika di bandingkan dengan mereka ?
Pernah itu ada yang mengadu: "aku setia dengan dia hampir 12 Tahun tetapi akhirnya dia khianati kesetian yang aku berikan, patutkah aku setia ?
Tahukan kamu sebenarnya kesetian seorang perempuan di uji ketika lelaki yang mereka sayangi itu tiada apa-apa. Di situlah letaknya kesetiaan seorang perempuan, adakah itu masih terima lelaki tersebut ataupun melepaskannya dia pergi ?
Tahkala dia mempunyai duit yang bergunung, kesetiaannya itu setinggi langit. Tetapi bila lelaki itu tidak ada apa-apa, kesetiannya mula pudar dan berarah untuk lelaki yang lain. Bagimana itu ?
Dulunya semua kata janji dan sayang di ungkapkan, setia hingga hujung nyawa katanya. Tetapi di saat lelaki itu memerlukan seseorang yang di sisi si dia hilang entah kemana.
Lelaki pula kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai
segalanya. Dia mempunyai rumah yang besar, kereta yang mewah, harta yang banyak. Di situ dia akan di uji di mana adakah harta yang dia ada itu membuatkan kesetiaannya semakin pudar ?
Mulalah mencari perempuan muda untuk menjadikan ke 2, 3, dan 4 ? fikir-fikirlah.
Kita hidup ini memang mempunyai pilihan tersendiri tetapi jika kita salah pilih, jangan menyesal dan kecewa dengan keputusan yang kita ambil. Kesetiaan itu tak mampu di beli dengan wang ringgit dan tak mampu di huraikan untuk merawat luka di hati. Maka dengan itu hargailah dan setia kepada seseorang yang selalu ada dengan kamu dan menjaga kamu hingga ke akhir hayat.
28 Ulasan
orang perempuan ni memang setia tau acik,org lelaki je bila diuji dgn kesenangan,mudah lupa diri..hehe
p/s jadi ke on segmen esok...?
Regards,
-Strider-
tapi kalau tinggalkan sebab lelaki tu takde apa-apa, takde harta dan sebagainya, ika takkan tinggalkan sebab tu, pada ika harta benda ni semua bukan segalanya dalam hidup :)
Rasanya x salah nak setia asalkan tidak melampaui batas. Sampai dah kena pijak dan kena tipu pun masih nak setia. Tu namanya kurang bijak. Betul tak?