Asslamualaikum
Alhamdulilah semangat membuak-buak untuk buat persiapan untuk peperiksaaan akhir yang pertama iaitu media law. Jadi sedang semangat ini acik ingin kongsikan juga kepada kamu semua. Tentang satu hal ini iaitu sentiasa bersikap positif dalam apa jua yang berlaku.
Kita sering ungkapkan bila masalah menimbul
" Apalah nasib malang aku hari ini, apalah sial betul aku hari ini ,Bila jumpa kau jer nasib aku jadi malang "
Itulah ayat-ayat kita yang sering di pertuturkan, setiap ujian dan musibah yang Allah hadirkan pasti ada maknanya serta hikmah yang di luar jangkaan kita. Pernah dengar perkataan husnuzon ?
Husnuzon
bermaksud bersangka baik dalam setiap pekara. Menganggap baik sesuatu
perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih
baik, mulia.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan
kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada
seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara
untuk meletakkannya di tempat yang baik.”
Kita memang tak lari akan uji dan terus di uji . hari ini duit hilanglah, hati kita di sakitilah, jatuh tanggalah, jatuh hati lah dan sebagainya.
Memang sakit jika di renungi satu persatu tetapi apabila kamu merenung di sudut yang paling dalam pastinya kamu akan temui keindahannya tersembunyi rapi.
Jadilah orang yang selalu berprasangka baik kepada Allah, dan berusahalah selalu untuk melihat dan mencari sisi baik dari setiap kejadian yang menimpa kita.
Seburuk atau sepahit apapun kejadian itu, yakinlah pasti Allah akan selalu meliputi hati kita dengan ketenangan dan kedamaian, kerana....
"Sesaat setelah satu kesulitan akan disusul oleh dua kemudahan..."
Tahu tak kamu ujian dan musibah yang Allah turunkan itu tanda rindunya terhadap kita ?
Ketika
Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan satu hadiah istimewa,
limited edition melalui malaikat Jibril yang isinya ialah ujian.
'Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.'-hadis Qudsi
Marilah kita cuba mengubah persepsi dan cara kita yang selama ini lebih menyalahkan takdir dan orang lain. Berkatalah " apa yang terjadi kepada aku ini adalah ujian Allah dan dia sedang merancang sesuatu yang baik untukku".
Sebenarnya segala yang telah dan sedang terjadi dalam hidup kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Janganlah ditanya-tanya kenapa kita tercampak dalam situasi begitu atau begini. Allah letak kita di situ kerana Dia Maha Tahu bahawa kita boleh mengatasi ujian tersebut.
Sebenarnya segala yang telah dan sedang terjadi dalam hidup kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Janganlah ditanya-tanya kenapa kita tercampak dalam situasi begitu atau begini. Allah letak kita di situ kerana Dia Maha Tahu bahawa kita boleh mengatasi ujian tersebut.
Setiap pekara yang terjadi, itu merupakan kafarah untuk dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan. Jadi lihatlah diri dan dari sisi kebaikan setiap apa yang berlaku. Bukankah hati kita akan lebih tenang dan akan lebih ikhlas menerima sesuatu yang terjadi walaupun kejutan itu besar sekali.
Antara kelebihan bersangka baik adalah
- Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’.
- membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita,
- Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.
- Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia
40 Ulasan
Nice header acik..fresh..blog acik kemas..akk berusaha nak buat border sidebar fail ..bila tengok blog acik..akak bersemangat nak try lagi nih..
anywy, template dah bertukar wajah..simple dan cool.
acik, blog dan template makin power!!.... hihi
terima kasih achik.. insaallah ...bersangka baik..hati menjadi tenang dan tenteram..
mselim3
btw blog anda direview :) http://nikainaa.blogspot.com/2013/12/review-mereka-yang-awesome-part-1.html
Gud Luck in your study kay... :)
p/s: font utk komen dan di side bar kalau boleh biarlah sama saiz dgn entri, besau sgt le dan akan nampak lagi kemas. Makin chubby acik... :)
abaikan je lah.. huhu
baru ada kesempatan membaca di sini