Ticker

6/recent/ticker-posts

Belajarlah Bersangka Baik Terhadap Setiap Ujian Dan Musibah Yang Mendatang


bersangka baik

Asslamualaikum


Alhamdulilah semangat membuak-buak untuk buat persiapan untuk peperiksaaan akhir yang pertama iaitu media law. Jadi sedang semangat ini acik ingin kongsikan juga kepada kamu semua. Tentang satu hal ini iaitu sentiasa bersikap positif dalam apa jua yang berlaku.

Kita sering ungkapkan bila masalah menimbul
" Apalah nasib malang aku hari ini, apalah sial betul aku hari ini ,Bila jumpa kau jer nasib aku jadi malang "
Itulah ayat-ayat kita yang sering di pertuturkan, setiap ujian dan musibah yang Allah hadirkan pasti ada maknanya serta hikmah yang di luar jangkaan kita. Pernah dengar perkataan husnuzon ? 

Husnuzon bermaksud bersangka baik dalam setiap pekara. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia.

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

bersangka baik

 Kita memang tak lari akan uji dan terus di uji . hari ini duit hilanglah, hati kita di sakitilah, jatuh tanggalah, jatuh hati lah dan sebagainya.

Memang sakit jika di renungi satu persatu tetapi apabila kamu merenung di sudut yang paling dalam pastinya kamu akan temui keindahannya tersembunyi rapi. 
Jadilah orang yang selalu berprasangka baik kepada Allah, dan berusahalah selalu untuk melihat dan mencari sisi baik dari setiap kejadian yang menimpa kita.
Seburuk atau sepahit apapun kejadian itu, yakinlah pasti Allah akan selalu meliputi hati kita dengan ketenangan dan kedamaian, kerana....

"Sesaat setelah satu kesulitan akan disusul oleh dua kemudahan..."
Tahu tak kamu ujian dan musibah yang Allah turunkan itu tanda rindunya terhadap kita ? 
Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan satu hadiah istimewa, limited edition melalui malaikat Jibril yang isinya ialah ujian.

'Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.'-hadis Qudsi
Marilah kita cuba mengubah persepsi dan cara kita yang selama ini lebih menyalahkan takdir dan orang lain. Berkatalah " apa yang terjadi kepada aku ini adalah ujian Allah dan dia sedang merancang sesuatu yang baik untukku".

Sebenarnya segala yang telah dan sedang terjadi dalam hidup kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Janganlah ditanya-tanya kenapa kita tercampak dalam situasi begitu atau begini. Allah letak kita di situ kerana Dia Maha Tahu bahawa kita boleh mengatasi ujian tersebut.
Setiap pekara yang terjadi, itu merupakan kafarah untuk dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan. Jadi lihatlah diri dan dari sisi kebaikan setiap apa yang berlaku. Bukankah hati kita akan lebih tenang dan akan lebih ikhlas menerima sesuatu yang terjadi walaupun kejutan itu besar sekali.  
 
Antara kelebihan bersangka baik adalah 
  1. Mengelakkan manusia dan ummah daripada berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’. 
  2. membersihkan hati dari titik-titik hitam dan mencegah perkara-perkara mungkar dari terus bersarang di hati kita, 
  3. Mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.
  4. Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik sahaja. Sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia

Catat Ulasan

40 Ulasan

Atien berkata…
Perkongsian yg baik.:)insha allah sentiasa husnuzon
MalizaMah berkata…
boleh beritahu leeza siapa yg tolong tukar templete ni. heeeeeeee mcm nk minta khidmatnya.
kuchalana berkata…
selalu bersangka baik itu agak susah untuk kita lakukan..sebab dalam diri kita begitu banyak sifat2 negatif
Unknown berkata…
nice sharing... cantik nye header
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik,.perkongsian berilmu..yup..bersangka baik padaAllah..latih dan didik hati kita husnuzon..sentiasa...
Nice header acik..fresh..blog acik kemas..akk berusaha nak buat border sidebar fail ..bila tengok blog acik..akak bersemangat nak try lagi nih..
Long Cham berkata…
kadang2 kita xleh 100% bersangka baik kena gak ada syak baru la selamat memang dari pengalaman mcm tu
MalizaMah berkata…
masih guna blogspot or wordpress?
Tanpa Nama berkata…
terima kasih kerana memberi peringatan . Header baru lah . Ramai blogger tukar templete nak masuk thn baru nih .
adarain berkata…
Itulah kadang susah sangat nak bersangka baik macam saya tapi tetap cuba ke arah seperti yang entri.

anywy, template dah bertukar wajah..simple dan cool.
Mizz Aiza berkata…
peringatan yang baik untuk akak.. bersangka baik sesama manusia dan dengan Allah juga.. terima kasih acik..
norhasnizakhalid berkata…
yer, harus bersangka baik kerana apa saja yang berlaku ada hikmahnya.. redha saja..

acik, blog dan template makin power!!.... hihi
Fatin Wawa berkata…
betul tu.. bila kita bersangka baik dpt mengelakkan situasi drpd menjadi semakin buruk..
nae nematoda berkata…
sentiasa berhusnuzon, in sha Allah automatik hati kita sentiasa tenang :)
Khir Khalid berkata…
In shaa Allah.. bersangka baik akan membuatkan hati kita lebih lapang & hidup kita pasti akan mendapat perlindunganNya.. t kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini Acik.. :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

terima kasih achik.. insaallah ...bersangka baik..hati menjadi tenang dan tenteram..

mselim3
PCL berkata…
Tak pernah dengar/guna perkataan Husnuzon itu..tetapi bersangka baik selalu menjadi amalan dan dioraktikkan dalam kehidupan. Alhamdulillah..perkongsian baik. T.kasih Acik.
paridah berkata…
pasrah n redha justeru ujian hidup berterusan selagi hidup...cantik serban baru nk sambut tahun baru...
Tanpa Nama berkata…
cantik header baru acik..
Unknown berkata…
thanks for sharing and thanks jugak kerana mengingatkan.. :)
Vee berkata…
Cantik header!! :D Btw, thanks for the info. Kadangkala ujian dtg untuk membawa kita kpd "sesuatu" , that's what I always keep in mind :) ^^
Unknown berkata…
thanks for sharing...... peringatan untuk diri sendiri... :)
Blog Santai berkata…
Betul acik..kita manusia memang cepat membuat conclusion kan...dan selalunya yang negative not the positive one!!! Semoga kita ubah diri menjadi seorang yang positif, bersangka baik dengan semua!!!
Cik Tieka berkata…
tapi kan Acik,benda ni memang kena latih pd diri kita dulu..sbb , bukan mudah kita nak bsabar & bprasangka baik dgn musibah yg berlaku.. papun, thanx tuk peringatan yaa..kdg2 kita ne mudah sangat lupa..bagus jgk ada yg mengingatkan.. :)
Unknown berkata…
Cam ustaz citer, kalau kita kawen awal org ingat sbb dah terlanjur atau miang atau tak pikir panjang, kalau kawen lambat org ingat kita jual mahal sgt. Macam2
Cik Itah berkata…
pentingnya untuk kita bersangka baik apapun all the best acik..semoga dapat menjawab dengan mudah semua soalan exam ..aminn
Nik Ainaa berkata…
dekat sk... memang ini yang diamalkan dgn kawan2. apa2 terjadi... pakat rmai2 ckp dengan kawan2 'husnuzon....' ustaz memng ajar siap2 suruh husnuzon. lebih gunakan husnuzon sbgai peringatan. org perempuan... you know... huhu mengumpat memng xboleh lari. so bagus untk amalkan husnuzon dgn rakan2. saling memperingati. ada mmburukkn skit rakan2 terus tegur husnuzon....

btw blog anda direview :) http://nikainaa.blogspot.com/2013/12/review-mereka-yang-awesome-part-1.html
Shahrul Yusof berkata…
Sekarang ni, saya sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, sedang terpukul akibat kenaikan kos sara hidup yang melampau. Tapi, saya pandang dari sudut positif. Dari kesusahan ini, ia setidak-tidaknya mengajar saya untuk menjadi kuat jika mahu terus hidup. Selain itu juga, ia mengajar saya untuk menjadi peka terhadap kesusahan yang dialami oleh golongan yang senasib dengan saya.
sitirohaida berkata…
itu yang terbaik...
Unknown berkata…
Alwiz Think +ve... antara petua awet muda juga... :D

Gud Luck in your study kay... :)

mila berkata…
acik...setuju sgt.kdg2 sy pon mcm tu..ble tgk org len lebih.kdg2 terdetik kenapa aku x mcm dorg..huhuhu..jahilnye rasa
BinMuhammad berkata…
Belajar dan amalkan...itulah yg terbaik.

p/s: font utk komen dan di side bar kalau boleh biarlah sama saiz dgn entri, besau sgt le dan akan nampak lagi kemas. Makin chubby acik... :)
Maria Firdz berkata…
insha Allah... berbaik sgka dgn Allah satu ketenangan...
licha berkata…
setuju sgt tu. skrg ni pakai konsep pikir je positif, kalau tak nak jangan pikir terus.
abaikan je lah.. huhu
Unknown berkata…
perkongsian yg baik :)
Unknown berkata…
terima kasih atas perkongsian anda :)
Tanpa Nama berkata…
Seperti yg berlaku pd akak br ni....mula2 rasa sedi juga tp bila difikirkan blk,cpt2 akak beristighfar..perancangan Allah lebih baik.....
Unknown berkata…
Bersyukur kerana diberikan pelbagai dugaan yg mematangkan..
Tetamu Istimewa berkata…
Moga ujian itu dapat mematangkan diri kita dan mencari jalan penyelesaian.
Affy Afiqah berkata…
sangat setuju....bersangka baik laa...walau pahit macam mana pun, sangka baik pada Allah...insyaAllah pasti ada hikmah...setiap ujian dan dugaan tu mematangkan kita, so bersyukur...sebab mungkin ramai lagi yang tak mampu nak survive bila hadapi masalah...
husnuzon terima kasih
baru ada kesempatan membaca di sini