Assalamualikum
Alhamdulilah dapat juga acik nak menaip lagi setelah 1 hari di studio TV untuk membuat latihan untuk berita nanti, persiapan dari teknikal mahupun persiapan dari berita yang mahu di sampai. Pernah tengok Belutin utama ? Berita awani ? RTM ? begitulah yang perlu kami lakukan. Ya Allah sangat tertekan.
Bila balik jer tadi pergi ke kedai untuk membeli makan untuk malam dan ternampak dengan seseorang yang acik kenal iaitu Rafik (bukan nama sebenar), ikut perbualan kami
Acik : Assalamualikum Rafik, ko kenapa nie nampak tak sehat jer ?
Rafik : walaikumusalam.. ooh acik, ermm biaselah cuaca keadaan tak baik ,tak berapa nak sehat sangat.Jemputlah duduk acik, boleh borak-borak dah lama kita tak jumpa.
Acik : Aaahlah kan, sekarang nie sangat sibuk untuk final projek dan production.
Rafik : ohh yeke , biaselah tu acik, aku pun macam tu jugak. Kejap ehh aku nak orfer makan. Ane bagi roti kosong satu, air suam satu.
Ane : okey bos
Acik : Wahh bagusnya order tu ker, diet ehh
Rafik : Ehh tak adalah acik , aku kena saving la.
Acik : Wahh bagusnya, biasalah dah hujung-hujung sem nie
Rafik : itulah makwe aku pula nak macam-macamlah pula tu kalau keluar.
Acik : ehh ?
Rafik : tak adalah maksud aku, aku jimat ini sebab nak saving untuk keluar dengna dia, yelah kalau pergi tengok wayang aku yang kena sponsor, makan lagi, dah tu tak mahu makan yang tempat yang cikai-cikai. dan tu nak shopping pula ,aku jugak kena keluar duit.
Acik : Ya ALLAH aku ingat saving kenapalah tadi, bukan ke itu satu pembaziran ke ?
Rafik : kalau dah sayang cik sanggup buat apa sahaja, itu namanya satu pelaburan untuk masa hadapan, untuk pikat perempuan nie kena berikan apa yang dia suka.dah 3 hari aku tak makan untuk keluar dengan dia.
Acik : macam tu pula ? misal kata hubungan korang berdua tak menjadi , terputus di tengah jalan , macam mane ?
Rafik : ishh tak akanlah, jangan doakan macam tu, ermm entahlah cik aku tak pernah terfikir pulak tentang tu, tapi dengan yang ini aku dah banyak abiskan duit dengan dia, bukan senang nak dapatkan yang nie acik. Ermm acik ada duit sikit tak , aku nak pinjam ?
Ermm buatkan acik berfikir panjang pula, ermm bila couple kena keluar duit yang banyak, itu baru couple, belum lagi tunang dan jadi isteri ?
Mungkin ini hikmahnya islam tidak membenarkan couple, kita jangan membazirkan untuk pekara yang lagha (sia-sia) lainlah dia bakal isteri kita ataupun untuk hantaran perkahwinan. Soalnya di sini bukan soal kedekut tetapi sayangnya duit yang ibu bapa berikan, duit PTPTN, duit MARA dan duit susah payah kita dapatkan itu di bazirkan untuk sesuatu yang belum tentu jadi milik kita.
La acik pun pernah hadapi masa zaman-zaman khilaf dulu (couple) masa zaman sekolah dulu. Ye tahu kalau dah sayang kat seseorang itu sanggup nak berikan apa sahaja yang dia mahukan. Didiklah wanita dengan ilmu dan konsep terima seadanya, bukan dengan wang ringgit dan kebendaan. Kan best bila duit yang di gunakan untuk berbelanja untuk pekara yang tak berfaedah itu di kumpul untuk sebagai hantaran perkahwinan. Bukankah lebih elok, kalau dah bersedia, terus kawin , duit pun dah ada.
Sekarang ini duit seperti air, laju keluar simpannya tidak, jadi fikir-fikirlah, hanya pergi hotel 5 bintang untuk makan MEE yang chef masak dengan harga RM 70 sepinggan ? tak berbaloi kot, kononnya untuk ikuti kemahuan kekasih hati.. alahai ruginya.
Sekali sekala nak belanja teman tapi mesra itu okeylah, kalau selalu tokey kedai pun boleh bankrupt
Sekali sekala nak belanja teman tapi mesra itu okeylah, kalau selalu tokey kedai pun boleh bankrupt
43 Ulasan
nak tergelak bca tajuk .
dpends la acik .
pepandai bawk dri ..hehe :)
p/s: itu semua bgantung kpada niat masing :)
Tk sepatutnya bersikap begitu,msh bljr n hrp duit ibubapa,biasiswa atau pinjaman,kalau dh kerjapun,elok utamakan ibu dulu br berkat hidup..eloklah acik tolong nasiatkan dia
p/s: klik sony time
Regards,
-Strider-
heee mcm yaya dolu2..cnte monyet la katekan..
sekrng dah dewasa tau daa...
mase couple ni xperlu la kot nk bhbis uet utk gf/bf sbb blum tntu org tu akn ke jnjang plmin dgn kite..len la lau da mmg jadi suami/istri...
berkasih di syg-sygkan...
esp zaman 'u'..ramai je awek2 keliling pinggang
pastu spons sana spons sini
tp x tahu betapa sukarnya org tua mencari duit
kena ade kesedaran
isi tabung nuffnang sini-pusat pungutan zakat