Ticker

6/recent/ticker-posts

Jodoh Kekadang Datang Melalui Jalan Yang Tidak Diduga Selalunya Dekat Tetapi Tak Perasan



Jodoh dari ALLAH

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah, dan ucapkanlah syukur atas nikmatnya yang tak terhingga. Dalam hidup kita di uji dengan pelbagai dugaan, lagi-lagi sekarang ini semakin terasa apabila semua barang naik, lagi-lagi mereka yang mahu kawin tentu sekali kos akan meningkat. Untuk meredakan kekusutan yang melanda , hari ini acik nak kongsikan tentang satu pekara.

Jodoh itu memang rahsia Allah, semua orang tahu dan pastinya semua orang mahukan yang terbaik untuk jodohnnya. Semestinya mahukan yang solelah, solehah ,cantik, handsome, baik budi pekerti dan sebagainya.. Kalau di tanyakan kepada setiap manusia di muka bumi mesti dia ada ciri-ciri tertentu yang dia mahukan tentang pasangan yang di inginkan,walau tak banyak ,sedikitlah.  Kalau di catit satu-satu mesti semuanya mahu dapat kita ketahui. 

Kita selalu katakan pada kawan-kawan dan ahli keluarga mahupun sesiapa sahaja : 

Kalau ada siapa-siapa yang sesuai kau kenalkan dengan saya, mane tahu kalau berjodoh. Aku dah lama membujang nie

Kita selalu "expect" jodoh kita yang terlalu tinggi, dengan gayanya mahupun rupa parasnya. Edisi mencari kita teruskan , dari dunia nyata hinggalah ke dunia alam siber, tapi masih tak ketemui lagi. Puas juga mencari dan baru tahu susah jugak nak cari calon bakal isteri/bakal suami nie kan. 

Kita terus mencari hingga akan tiba satu hari kita akan buntu, tapi dalam segenap hidup kita, pernah tak kita perhalusi untuk melihat orang yang  berada sekeliling kita? ada yang yang selalu ambil kisah tentang kita ? selalu ada untuk kita tiba ada masalah ? yang selalu bagi kita semangat ? ada tak ? 

Kalau kamu perempuan tentulah dia lelaki dan kalau kamu lelaki dan tentulah dia kawan perempuan yang kamu rapat. Ada tak ? 

kadang kala kita terlalu merenung terlalu jauh sangat , mencari hingga ke hujung benua sedangkan yang depan mata itu kita tidak nampak. Jodoh kekadang datang melalui jalan yang tidak diduga. Selalunya dekat tetapi tidak perasan. 

Kadang itu orang sekeliling kita juga boleh jadi jodoh kita, mula-mula  bertembung masa nak pergi kedai mak cik bedah.. lepas itu berkenalan dan lama-lama terus kawin.

Cuba lihat orang sekeliling kamu, lihat satu persatu, kadang dia suka kamu dalam diam tetapi malu untuk meluahkan mungkin kerana kamu padanya sempurna dan tak layak untuknya. 

Hargailah orang yang selalu ada untuk kamu, jika tiba masa kamu abaikan dia, jangan bersedih jika dia menjauhkan diri dari kamu. Hakikatnya jodoh apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama dan telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka  serapat  dan sejauh apapun mereka, sebanyak apapun rintangan yang menghalangi, sebesar apapun beza diantara mereka dan sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya.

Walaupun mereka tidak pernah komunikasi sebelumnya, walaupun mereka sama sekali tidak pernah membayangkan sebelumnya  dan walaupun mereka tidak pernah saling bertegur sapa…Pasti !!!!!!!!!
 
Pasti tetap saja mereka akan bersatu seakan ada magnet yang menarik mereka akan ada hal yang datang untuk menyatukan mereka berdua akan ada suatu kejadian yang membuat mereka saling mendekat dan akhirnya bersatu 

Paling penting jangan pernah penat untuk berdoa dan berusaha kepadaNya. 


“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)


Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,

“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.

Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap ‘sabar’ dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Semoga ia memberi manfaat kepada kamu semua acik menaip hanya sekadarnya selebihnya adalah usaha kamu. 


Baca Entri Yang Berkaitan : 

>>>>>>>Aku Bukan Jodoh Yang Baik Untuk Dia 
>>>>>>>Allah Tak Pernah Merampas Sesiapa Yang Kita Sayang Tetapi Allah Gantikan Lebih Baik
>>>>>>>Bersyukur Kerana Sehingga Kini Aku Tak Bercinta (Couple)
>>>>>>Kenapa Dia Bukan Jodoh Untukku ?
>>>>>>Kepada Remaja Yang ingin Kawin Muda Kamu Perlu Ambil Peduli Tentang Hal Ini

Catat Ulasan

37 Ulasan

Asha Lya berkata…
jodoh ada d mana2..tak kira dekat atau pun jauh ;)
Dzureen Darwis berkata…
Bercinta lama-lama tapi kahwin dengan orang yang dikenali secara tak sengaja dan terus kahwin tak sampai setahun kenal. Jodoh tu hehe
Aku pengembara berkata…
Suka entry nie Acik.. Saya share dekat page saya https://www.facebook.com/BloggerMate ye..
Unknown berkata…
Assalam Acik... ^^

Kalau dh jodoh memang takkan ke mana, bagai minyak dan air lama-lama bercantum juga...semua ketentuan Allah SWT... ^^
Shahrul Yusof berkata…
Yup, saya setuju dengan entri Acik ni. Dahulu, saya dan isteri saya berkenalan di jalan yang tidak disangka-sangka. Kami berkenalan di dalam Myspace. Haha. Punya retro. Sekarang ni Myspace ni pun dah lama tak dengar khabar beritanya.
ma ❥ berkata…
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186) - Sentiasa berdoa untuk jodoh kita..
Maria Firdz berkata…
bila meletakkan sst yg terlalu tinggi cirinya, mmg kita tak nmpk intan di depan mata... sebaliknya mencari kaca yg yg tajam jauh di mata... hehe.. boleh pakai ke madah ni... sendiri reka..
Unknown berkata…
setuju acik..akak pun hanya berkenalan dgn suami 3 bulan sahaja, lepas tu terus dia lamar..masa tu x kenal sgt hati budinya..tapi akak percaya pada jodoh..alhamdulillah rumahtangga kami pun dah cecah 7 thn..harap ikatan ini akan berkekalan.
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. dah banyak kali orang kenalkan akak dengan seseorang, namun semuanya tak pernah menjadi kerana tiada jodoh antara akak dan si dia..
Unknown berkata…
Teringat masa pertama kali bertemu cik tunang. Org lain yg dicari orang lain pula yang jumpa. Moga kekal ke akhir hayat. Aaminn
Fatin Wawa berkata…
setuju.. :) kdg2 kita merenung terlalu jauh sedangkan org yg dekat ada. Tapi apakan daya org yg dekat tu hanya dianggap kwn baik. :)
norhasnizakhalid berkata…
setuju dengan acik, sebok cari yang jauh seberang laut, yang depan mata tak nampak.... eh acik, artikel ni macam ada kena mengena je dgn acik ni.. hihihihi......

Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
Kuman seberang lautan nampak gajah didepan mata tak nampak...kahkahkah...
sobri yaacob berkata…
itulah acik..jodoh kita x tau dimana.. cari jauh2..rupanya di sebelah.. jodoh oh jodoh :)
sobri yaacob berkata…
tambah komen..lawa header blog baru acik..nice!!
Atien berkata…
Saya bercinta 9 tahun,tapi jodoh saya dgn org lain yg tdk saya kenali.alhamdulillah hampir 13 thn. Berumahtangga.
Dkna Abza berkata…
Percayalah jodoh telah ditetapkan oleh allah swt.. :)
LadyBird berkata…
jodoh ni kite x pernah tahu bagaimana kite akan diketemukan.. akak lady berjumpa dengan suami akak hanya kerana gambar dan sebuah kamera.. :D.. x siapa jangka.. minat yang sama menemukan kami.. :D
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

memang benar entry nie.. bukankah jodoh,rezeki,pertemuan dan jodoh itu adalah urusan Allah, tetapi kita sebagai hamba dianjurkan agar berusaha ikhtiar... nice entry . Terbaik achik.

mselim3
kuchalana berkata…
gua sokong tu..sbb gua pun melalui perkara ini..ia datang tanpa diduga dan kini sudah ada seorang cahaya mata
Unknown berkata…
Assalamulaikum. .terima kasih atas entry ini...sekurang kurangnyer membangkitkan kembali semangat sya utk tros berusaha mencari jdoh saya
Unknown berkata…
Assalamulaikum. .terima kasih atas entry ini...sekurang kurangnyer membangkitkan kembali semangat sya utk tros berusaha mencari jdoh saya
licha berkata…
licha suka jugak dengan cerita cinta yg tak disangka-sangka. contohnya irma hasmie :)
macam tu nampak lebih indah. betul lah kata orang, perempuan yg baik akan dpt lelaki yang baik jugak.
Unknown berkata…
nice entry acik.. :) jodoh itu ketentuan Tuhan, kita terus berdoa dan berusaha, In Sha Allah.:)
Gee Lion berkata…
saya rasa sangat sedih bila baca entri ni.. (': entahlah tak tahu kenapa..
Blog Santai berkata…
In Shaa Allah Jodoh kita dah ditentukan di Loh Mahfuz kan..Cuma mungkin belum jumpa aje..entah-entah ada dalam Blog ni..HMmmm!!
Tanpa Nama berkata…
Jodoh ... tidak semudah yg kita fikir dan tulis ... segalanya urusan Allah .
Unknown berkata…
lawa view baru blog,, ase lebih jelas,, sbb tulisan besar,,, apa-apa pom truskan dgn entry yg bermanfaat,,, =)
BinMuhammad berkata…
Berusaha, berdoa dan tawakal... Terimalah dengan redha...
Jodoh ketentuan Allah...kita hanya mampu merancang, yg pastinya...itulah yg terbaik buat kita.
Khir Khalid berkata…
Mmg kdg2 semut di seberang laut boleh nampak, tp gajah di depan mata x perasan.. Kalau dah jodoh pasti akan bertemu jua.. in shaa Allah..
Tanpa Nama berkata…
Soal hati memang susah utk dimengerti,yg dekat dtg mengejar tp yg jauh juga dingat dn dirindui....apapun biarlah Allah yg menentukannya...
Aimacomel berkata…
Kalau berbicara soal jodoh, rasanya terlalu berat utk diperkatakan. Tak tahu kenapa.
Tanpa Nama berkata…
sudah tersurat percintaan akak melalui talian henpon saja acik..dari sabah ke johor,akhirnya di satukan..
Nik Ainaa berkata…
teringat pula seorang ustaz pernah cakap. Jodoh kita biasanya orang2 terdekat kita aje. sama ada jiran sebelah menyebelah atau jiran sekampung, teman sepejabat, teman kolej atau sepupu sepapat. jarang kita berjodoh dengn org jauh. bukinya... abang sulung saya sendiri berjodoh dengan orang belakang rumah kami ni. hehe
Unknown berkata…
Tidak disangka dan tak pernah menyangka.. kalau diingatkan balik kisah lampau.. perancangan Allah tu sgt sweet..
Tetamu Istimewa berkata…
Saya suka dengan pemilihan tajuk entri acik. Unik.
Affy Afiqah berkata…
dr. fadhilah kamsah pun ada cakap lebih kurang macam ni, jodoh kita tu kebiasaannya yang dekat dengan kita, tak jauh :)
cuma kadang2 kita terlalu inginkan yang sempurna..sampai kita tak nampak ada yang depan mata