Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi bernyawa di muka bumi pinjaman Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Ramai yang bertanya dengan acik, adakah perlu jika kita tidak dalam kemampuan tapi mahu berkahwin dengan orang yang kita sayang ?
Hari ini acik nak buka sedikit rahsia yang tersimpan rapi di hati ini, biarlah ia menjadi pengajaran dalam hidup dan menjadi sebuah kenangan yang tidak akan di lupakan. Siang bertemankan malam, sang mentari bertemankan sang bulan, itulah ragam realiti kehidupan bahawa hidup kita ini berpasang-pasangan. Dalam dunia ini siapa pun pasti mahu bersama dengan orang yang pernah bertahta di hatinya. Tapi langit itu tak selalu cerah , hati itu tak selalu mampu bahagia.
Ketika seseorang itu jatuh cinta, ia sanggup buat apa sahaja yang mampu membahagiakan walaupun merampas kebahagian orang lain. Itulah manusia yang sering kala memikirkan hak mutlak dirinya sahaja. Tipulah jika hati ini tidak pernah terpaut pada seseorang wanita yang di idamkan menjadi mahkota hati yang halal. Begitu juga diriku, mencari peneman yang halal hingga ke hujung nyawa.
Sewaktu itu umurku baru 21 tahun, aku telah jatuh cinta pada seseorang yang selalu memberi harapan kepadaku. Aku letakkan dia sebagai bakal teman hidupku kelak. Aku sedang berusaha untuk menjadi lelaki yang baik untuk persiapanku nanti. Tapi ketika itu aku masih lagi belajar tak mampu menampung jika aku mahu berkahwin. Hatiku selalu berdoa bahawa temukanlah jodoh yang tepat untukku bersama dengan waktu yang sesuai.
Ketika itu, hati ini mula yakin bahawa dialah jodohku, dalam doaku tidak pernah lekang untuk mendoa kesejahteraannya. Aku bahagia kerana dapat kenal dengannya, tapi aku di kejutkan dengan berita bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan keluarganya. Lelaki tersebut adalah seorang ustaz, anak kenalan teman ayahnya.
Dia telah mengatakan kepada ayahnya bahawa dia sudah ada calon untuknya tetapi ayahnya tegas untuk menikahi mereka berdua.
Dengan hampa dia datang kepadaku, dia bertanya : Bagaimana hati kita ? tak pernah orang ambil kisah dan tak pernah orang peduli. Awak ada masa 2 bulan lagi untuk awak ambil keputusan. Kalau awak nak saya lari ikut awak pun saya sanggup sebab saya sayang awak.
Aku pernah di bawa berjumpa dengan bapanya : Bapanya bertanya denganku : adakah kau seorang ustaz yang mampu menjaga anakku di dunia dan akhirat
Acik : saya mencuba ke arah itu , saya sedang berusaha
Bapa : Kau dah ada pekerjaan dan duit untuk sara anak aku ?
Acik : saya masih kuliah pakcik.
Bapa : Hantaran anak pakcik yang di beri oleh Ustaz Itu RM 10000, adakah kau mampu beri sebanyak itu ?
Tapi aku hanya mampu berdiam seribu bahasa, hati ini sangat terluka dengan pekara tersebut.
Aku banyak memikir hal-hal di masa hadapan. Adakah aku sanggup untuk hadapi semua ini ? adakah aku mampu jaga anak orang ? bagaimana jika keluargaku tidak restu ? adakah aku sanggup kecewakan ibuku ?
Banyak soalan yang bermain di otak, sanggupku bawa anak orang lari dan biarkan dia mendapatkan cinta sejati dan buat hati ibu ayahnya sakit demi cinta yang tak pasti ini ?
Apa yang mampu aku pertuturkan adalah " kita percaya pada ketentuan Allah ,jika kita memang di takdirkan bersama pasti akan bersatu.
Seriously sedih sangat ketika itu, sebab dia seorang gadis yang baik. Dan akhirnya waktu yang di tunggu telah tiba dia menjadi milik orang lain.
Jika aku ikutkan hati dan nafsuku pasti aku bawa sahaja lari dia, tapi hidupku juga ada matlamat dan ada tujuannya. Tanggungjawabku kepada ibu bapa yang telah membesarkanku.
Dia dapatkan seorang lelaki yang lebih baik dariku, seorang ustaz yang dapat membimbing dia di dunia dan di akhirat. Soal perasaan itu mampu di pupuk dan di jaga. Aku percaya pada ketentuannya, pada takdir Allah. Bukan aku tak yakin pada diriku, tapi hantaran RM 10 Ribu adakah mampu aku sediakan sedangkan kuliah pun masih pakai duit PTPTN.
Kenapa dia bukan jodoh untukku ?
Kerana bukan dia yang telah tetapkan Allah untukku, walaupun hati ini sakit untuk menerima segalanya tetapi aku ikhlaskannya kerana janji Allah untuk setiap manusia yang hidup di dunia ini telah di tetapkan tentang hidupnya, matinya, jodohnya dan rezeki.
Acik kongsi ini bukanlah untuk meraih simpati tetapi pengajaran untuk semua, bukan semua cinta itu harus termiliki. Jangan terlalu ikut nafsu kamu, untuk bawa lari anak orang lepas tu ? Dia terabai ?
Allah pasti akan temukan dengan orang yang selayaknya bertepatan dengan keadaan dan masa. Allah itu tidak pernah mensia-sia hambanya. Hanya kita yang terlalu mengikut hati dan nafsu .
39 Ulasan
walaupun sejauh mana kita bercinta
kalau bukan jodoh kita nak buat mcm manakan,
akak dulu pun ada juga kenangan mcm tu...!
sedih dulu gembira kemudian...
Kisah lama buat pedoman dan terus melangkah kehadapan...
Memang percaturan dan ketentuanNya adalah yang terbaik buat hamba-hambaNya. Sabar,tawakal dan redha pada ketentuanNya adalah kunci ketenangan hati..siapalah kita kan achik .. hanyalah hambaNya yang kerdil kan..
mselim3
Acik, ada lagi ke Template error tu?.. mama puas cek, tak nampak pun.....
insya Allah kamu akan mendapat jodoh lebih baik dari yang kamu sangkakan. :)
Percaya bahawa perancangan Allah itulah yg terbaik.. :)
Acik tahu ke bagaimana kehidupan ex acik skrg?
Mungkin jodoh untuk acik ada di luar sana, yang lebih baik, yang keluarganya juga menerima kekurangan dan kelebihan acik seadanya...ika sedih bila cerita pasal hal2 macam ni, pasal jodoh, pasal keluarga, pasal restu, i just cant take it, for some personal reason, apa yang ika harapkan, semoga acik tabah...percaya laa, ramai lagi yang senasib dengan acik, even yang dah bertunang pun amsih ada masalah2 lain untuk bernikah ni....