Ticker

6/recent/ticker-posts

Kepada Remaja Yang ingin Kawin Muda Kamu Perlu Ambil Peduli Tentang Hal Ini


Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka Allah ucapkan syukur atas segala nikmat yang di berikan. Semalam banyak pula yang bertanyakan tentang soal rumah tangga, soal kawin muda dan soal suami isteri .Sesungguhnya acik pun belum lagi bernikah dan belum ada pengalaman tentang itu. 

Sekarang ini ramai yang remaja yang mahu kawin muda, ada yang acik jumpa berkata " dari buat banyak dosa baik kawin. Bagus dah tu niatnya untuk kawin.  Kawin adalah salah satu penyelesaian bagi anak muda sekarang yang lebih mengutamakan "couple" kalau dah benar-benar suka teruskan saja . 

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Sejak dulu lagi ,zaman tok nenek kita kawin muda, bahagia sahaja. Setia hingga hujung nyawa. Dan sekarang trend itu kembali lagi dan dulu hangat tentang kes remaja 16 tahun berkahwin dengan remaja perempuan 14 tahun dan khabarnya kini telah bercerai talak 3. Mungkin tiada jodoh mereka berdua, kita doa yang baik-baik sahaja .

Kawin ini memang nampak senang dan seronok tapi untuk berkahwin ini juga kamu perlu ada ilmu  dan tak boleh semberono sahaja.  Sebelum kawin kamu perlu tahu bagaimana tanggungjawab sebagai seorang lelaki (suami), tanggungjawab perempuan (isteri) dan sebagainya.

Tetapi kamu perlu bertimbangkan isu ini juga : 

Pertama sekali ada soal kewangan.

Memang tak salah nak kawin muda tapi perlu di ambil kita soal ini, memang rezeki Allah yang beri tetapi kita juga perlu ada usaha untuk mencari pekerjaan untuk sara anak dara orang. Tak akan nak mengharapkan duit PTPTN sahaja, duit ibu bapa ? 

dan banyak lagi pekara yang erlu di fikirkan.Semalam acik sempat bertanya kepada seorang ustaz kenalan acik berkaitan dengan isu ini  .Situasi ini selalu terjadi kepada pelajar sekarang. 

Situasi pertama

Seorang pemuda (pelajar) yang mahu berkahwin, sudah mempunyai pasangan, tetapi belum mempunyai kerjaya yang tetap atau masih belajar.

 Ustaz : Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut masih di tahap harus semata-mata. Jadi, kalau satu pihak mahu menggalakkan dia berkahwin muda , maka hukumnya harus. Kalau satu pihak mahu melarang dan menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus. Pada saya, pendapat kedua lebih baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.

Stuasi Kedua 

 Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.


Ustaz : Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut adalah wajib. Bukan lagi harus mahupun sunat. Ini kerana, dia berada dalam keadaan melazimi maksiat atau zina, dengan asbab dia menangguhkan perkahwinan. Kalau satu pihak mahu melarang dan mencegah dia dari berkahwin muda, maka itu salah sama sekali. Seharusnya, semua pihak mendorong beliau supaya dapat berkahwin walaupun masih muda. Pendapat saya, golongan yang berada dalam situasi  kedua adalah wajib berkahwin.
Memang akan ada yang katakan bahawa mereka tak masih mentah tak mahir tentang soal perkahwinan. Tetapi adakah mahu mereka terus terjerumus di lembah maksiat ??

Ustaz menambah lagi untuk para remaja di luar sana perlu juga mengetahui tentang fasa-fasa perkahwinan untuk mereka yang kawin muda. 

1-5 Tahun ( Fasa Sesuaikan Diri)

Dalam fasa ini kamu akan cuba sesuaikan diri dan memahami perangai masing-masing, yelah biasanya duduk sorang-sorang sekarang dah berdua 

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1)
Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2)
Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.

Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3)
Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.

Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. Amin

Alamak panjang lebar pula menaip, ini atas permintaan dari pembaca blog acik , insyaALLAH soalan-soalan kamu akan di jawab dan di perbincangakan dan meminta nasihat mereka lebih pakar. In sha ALLAH .




Catat Ulasan

49 Ulasan

Niesa berkata…
kdg2 org anggap kawin ni mudah..tp sebaliknya mmg byk cabaran dan liku2 yg perlu dilalui kan? Semoga kita sentiasa diberi kemudahan,kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan sekarang dan juga masa harapan.. :)
Misya berkata…
Setuju dengan entry ini. Ramai muda-mudi sekarang baru nak mula kehidupan, hanya kahwin dia fokusnya! Benda lain yang lebih penting tak masuk pun dalam list. Hmmm...
Shahrul Yusof berkata…
Tahun pertama hingga kelima adalah tahun-tahun yang sukar dunia perkahwinan. Pada saat inilah, perhubungan antara pasangan akan diuji dalam pelbagai bentuk.
MyCherita berkata…
pada pendapat saya..ibu bapa sebenar nya kene memainkan peranan, mereka rase nya lebih mengetahui tahap kelayakan sesorang itu untuk berumahtangga dan mampu memikul tanggungjawab..
Unknown berkata…
betul tuh,.. memang mula2 kahwin di uji...tapi dah lama2 insyallah senang..*mak yg cakap..hehe*
Unknown berkata…
assalammualaikum.. zara ttarik ngan entry acik ni. sikit sbyk zara kgsikn pndpt zara d sni. zara dan suami tgolong antara remaja yg kawin muda. tp bkn la masa usia kmi belasan tahun.. umur zara 22 tahun dan suami 25 tahun masa kawin. zara setuju ngan pndpt acik kat entry ni. pada zara paling penting ilmu agama, kita mdirikn rumah tgga jg untk mbimbing antara satu sama lain, myebarkn agama . tunggak utama adalah suami dan pyokong ny adalah si isteri. perkahwinann itu mmg indah andai kita bijak memainkn peranan kita. perkahwinan bkn ntuk kseronokan, tp ntuk kebahagian yg di redhai ^^
Byk tggjwb perlu di pikul sama ada suami ataupun isteri bila melangkah ke alam pkahwinan, tggjwb itu bkn beban tp itu lah kemanisan dlm rumah tgga. andai sekadar luahan mulut " Ya, saya sudah bersedia ntuk berkahwin". mulut mudah mlahirkn kata2 manis tapi d dada kosong mgenai ilmu rumah tgga, nahuzubillah.. umpama mendayung sampan xtau tujuan..sesat lah di tgh lautan.
sekadar pendapat dari seorang blogger remaja & seoarng isteri kepada seorg hamba Allah swt *mohdhafiezy ^^ semoga selamat mjalankn tugas yg di amanahkn kini brada di JB.. insyallah, amin.
Aimacomel berkata…
Kawin.. hurm susahnya nak jawab. Tapi bila kawin lambat, rasa terkilan pulak sbb tak kwin awal2 dulu. Aduhaiiii, xtau nak komen pe pasal ni tau.
Adriannasyaz berkata…
Singgh acik..sya x tau nk komen apa..hehe
Tanpa Nama berkata…
akak melihat 10 thn itu sbg penentu sama ada serasi atau berpisah . sama ada perasan ke tak , kebanyakan artis yg bercerai atau berlaku pergolakan pada usia perkahwinan jejak 10 thn . begitu juga yg berlaku disekeliling akak lah ...
Unknown berkata…
Biasanya 5 tahun pertama yakni tempoh penyesuaian adalah fasa yang paling mencabar... jika telah melepasi fasa itu... insyaallah fasa seterusnya boleh dilalui dengan lebih mudah...

Tapi tempoh 5-10 tahun tu pun perlu hati2 kerana ramai yang ambil mudah dan tidak menghargai pasangan... so terjadilah perpisahan...
mmg betul setiap 5 tahun kita akan diuji...
akak dah melaluinya,nie nak masuk ke tahun 15
insyaallah setiap ujian yg diberi ada rahmatnya,yg penting kita
perlu berdoa mohon pada allah swt yg terbaik darinya
Atien berkata…
Owh,ye ke da bercerai talak 3..baru tahu ni.
Semua yg acik tulis memang ada betulnya.kawen bkn nak seronok2 je,yg penting yg nak kawen tu mesti ada ilmu kan.
Alhamdulillah akak kawen nak masuk 13 tahun da,walaupun x bercinta dgn en,suami.memang akak kawen muda masa tu baru masuk 19 tahun..huhu..
Azlan Strider berkata…
saya sebenarnya tidak membantah orang nak kawin muda nie tapi bagi aku apa yang ko cakap itu betul..persediaan untuk mendirikan rumah tangga itu perlu dan ia bukan hanya kewangan semata-mata tapi meliputi pelbagai aspek..berkhawin laa ketika anda sudah bersedia dan bukan kerana sudah sampai masanya...

Regards,
-Strider-
paridah berkata…
berkahwin pabila jodoh dh sampai..kdg jodohnya ringan...kadang berat sedikit lambat pula. perkahwinan adalah permulaan kehiddupan sebenar...
Tanpa Nama berkata…
salam acik...baru dpt tgk blog acik melalui lappy...cantik,bersih,kemas...

akak dh buat entri baru..nanti akak dtg blk baca entri acik nih....
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..best entry acik...moga golongan muda terutamanya lebih bijak dan matang serta waras dalam membuat keputusan..terutama dalam soal perkahwinan..kerana segalanya akan ditanya di akhirat kelak..tiada satu pun yang mampu didustakan..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

In sya Allah..setiap jodoh itu Allah sertakan dgn rezekinya sekali....betul tu perlu ada ilmu dlm berumahtangga utk kebahagiaan dunia dn akhirat.....
Mizz Aiza berkata…
nak kahwin perlu lengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga dan ilmu agama.. kerana di dalam perkahwinan itu pasti banyak ujian yang perlu ditempuhi..
Fatin Wawa berkata…
amiinn.. semoga kita dikurniakan keluarga yg bahagia hingga ke syurga..
Tanpa Nama berkata…
bukan senang nak kawen muda. persiapan, tanggungjawab dan ilmu tu kena ada.
jie susanos berkata…
jgn kawen kerana nafsu dah la..yg lelaki baik ada kerjaya dulu..
Adilah Asari berkata…
insyaAllah.. yaya ingat lagi ayat dari seorang penceramah wanita "apabila Allah temukan kamu dengan jodohmu maka Allah tahu yang kamu sudah bersedia dan begitulah sebaliknya."
insyaAllah..
tarmizi berkata…
risau gak nak kawin ni acik banyak tanggungjawab...
Nik Ainaa berkata…
YUP. BETUL TU. SETUJU SANGAT2. ENTRY YANG BAGUS.
Tanpa Nama berkata…
penuhkan ilmu di dada sebelum melangkah ke alam perkahwinan..
Vee berkata…
Haaaaaaaaaaaai Acik! Lama tak singgah, dah berwajah baru blog ni ek :) Nice, kemas and lebih ceria :D Hehe. Btw, bagi Vee kan, marriage totally not suitable for those at the age of below 20. Masa tu bukannya dah matang sangat, masih lagi terbawa2 dengan nafsu punya. Confirm. Daaann, orang ckp kalau nak kawin ilmu agama tu penting dan harus kukuh; so why not masa single ni kuatkan ilmu agama so that dapat hindarkan diri maksiat? Tak gitu? Hehe. Just an opinion :)
Scripters berkata…
Tapi Fasa2 yg diberi di bawah tu ada betulnya... tapi jika tidak solat dan bersyukur, berapa banyak pun rezeki pasti tidak mencukupi.
Blog Santai berkata…
To me kahwin at the young age ni banyak cabaran especially at their age (11-17)..itukan waktu kita sepatutnya bersekolah and menimba ilmu untuk masa depan..Zaman kita adalah sangat berbeza dengan zaman ibu dan nenek kita, so apa yang dia orang lalui not really applicable sekarang...Mungkin itu dah jodoh mereka dan dah sampai masa kot..tapi kalau dibagi pilihan kita pasti tak akan lepaskan alam persekolahan..that is the best moment..kita kena ikut fitrah manusia...bila untuk menjadi kanak-kanak, bila masa untuk jadi remaja dan bila masa untuk dewasa..
Unknown berkata…
Salam acik....berkahwin memang sesuatu yang membahgiakan bila 2 pasangan dapat bersama tapi bila dah kawin,tanggungjawab mesti diutamakan...kena bertolak ansur dan berkerjasama :) xmacam bercinta,xda komitmen sangat...
norhasnizakhalid berkata…
setuju dengan apa yang acik katakan, anak-anak muda mana yang mahu berkahwin muda harus ada pakej itu semua dalam mengemudi rumahtangga sehingga ke syurga... :)
BinMuhammad berkata…
Pandangan yang bernas. Menjadi panduan terbaik untuk para remaja dan ibu bapa.
Semoga acik bertemu jodohnya...amiin ;)
Mayang Sari berkata…
artikel yang amat bagus.. mcm saya baru nak masuk 7 tahun berkahwin.. mmg baaanyak dugaan ye. yg penting sabar, faham dan sama2 sentiasa beri sokongngan dlm apa jua segi...insyaAllah..yg sukar jadi mudah... :)
tq for sharing ye..
Mormor berkata…
betul , ape acik kata . memang ramai remaja sebaya deeya sibuk nak kawin awal , walhal ekonomi tak stabil lagi . andd tx acik sebab share fasa2 perkahwinan tuu . deeya baru tahu xD
mysha berkata…
Salam kenal yer acik...

Suka entry yang berguna mcm nih.. Bukan senang nak bina rumah tangga.. DAh bina nak kene maintain lagi.. Ujian masa da kawen lain.. Harap2 remaja kat luar tu fikirla masak2 sebelum buat keputusan..

sobri yaacob berkata…
setuju acik.perkongsian yg bagus..
ya tahun pertma samapi ke tahun 5 memang
agak genting sikit di situ lah perluanya persefahaman dan tolak ansur..
ewah komen mcmorg dah kawin :)
licha berkata…
apa2 pon, kena kuatkan semangat dan bukan kahwin sebab nafsu je.
lelaki kena cukup matang dan tau tanggungjawab. :)
Zaza Iman berkata…
kahwin nak tp xtemui calon lagi.. bila baca entri acik ni..terfikir..... ;)
Tanpa Nama berkata…
betul tu x salah nak kahwin muda kalu dah tertulis jodoh kitakan, tapi kena fikir2kan juga pro & cons nyer & adakah kita sudah bersedia!
IMA SALSUZAIMA berkata…
good sharing achik.. fasa2 tu ada betulnya..bila baca, buat ima rasa lega..
Affy Afiqah berkata…
pada ika basic dia is agama dan tanggungjawab...abah ika selalu pesan...hal kawin bukan hal main2...dan ya...memang bukan hal main2...tanggungjawabnya sangat besar....jujur...ika juga sedang dalam proses ke arah berkahwin muda....dan bila dah bertunang....sedar yang banyak sangat tanggungjawab yang perlu dipikul kelak....bersedia atau tidak...cukup ilmu atau tidak...kewangan dan sebagainya..banyak yang perlu difikirkan..ingat kawin ni nak seronok je? tak...it is more than that.... :)
~cik atin~ berkata…
sangatlah stuju. kawen bukan bende maen. tersangat banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum jejak masuk gerbang dunia perkahwinan
Bunda_nora berkata…
Bunda singgah, jalan2 hujung minggu...
Jejari Menaip berkata…
perkongsian yg baik acik..:D
Khir Khalid berkata…
Tanggungjawab perkahwinan amat besar & berat. bukan sekadar boleh dipandang ringan terutamanya buat kaum lelaki.. t kasih diatas perkongsian Acik.. :)
Maria Firdz berkata…
kahwin tu sangat indah jika tahu rahsianya... :)
Tetamu Istimewa berkata…
Jodoh itu di tangan Tuhan. Jadi, kalau dah sampai apa boleh kita buat kan. Oleh itu, kita perlulah bersedia sentiasa.
Unknown berkata…
Boleh jadi panduan utk adik ipar saya ni..
Wafi Remli berkata…
Segalanya rahsia Allah