Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Sembunyikan Pekara Ini dari Perempuan



lelaki sembunyikan sesuatu
Assalamualikum

Alhamdulilah kerana dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucaplah syukur. Dari semalam acik check inbox page acik di Mohd Izahar Sabtu ramai yang inbox yang bertanyakan mereka tak faham dengan sikap lelaki inilah, itulah . Dan mereka mahu acik keluarkan sedikit rahsia lelaki. Oleh apa yang acik taip ini adalah idea sendiri berdasarkan pemerhatian dari orang sekeliling dan orang lebih pakar ( pemerhatian dari kakak-kakak acik)

1. Lelaki itu ada ketikanya egonya tinggi dan rendah 

 Lelaki paling tak suka kamu membanding lelaki lain di depannya. Tergugat kelelakiannya, kerana dia hanya ingin dia jadi lelaki terbaik di matanya. Lelaki egonya akan rendah apabila ketika mood sedang baik, buatlah dia "happy" maka ketika itu dia akan lebih memahami.

2. Lelaki itu kuat cemburu

Jangan kata perempuan sahaja mempunyai sifat cemburu yang tinggi, tetapi begitu juga sebenarnya lelaki ,2 X 5 sahaja tetapi yang membezakannya adalah lelaki terkadang hanya memendamkan di dalam hati sahaja dan buat tak tahu sahaja dan tiba-tiba tak ada mood. 

3. Lelaki suka dirinya di hargai dan di puji. 

Ahh asyik kata perempuan saja perlukan perhatian dan pujian, lelaki juga memerlukannya. Dia juga ingin nampak hebat di mata kamu, kadang kalanya dia akan lebih terbuka mencerita kisah menarik dalam hidupnya untuk menyatakan dia juga hebat seperti lelaki lain.

4. Lelaki itu Kasar dan Ganas  

Jangan terkejut kalau dia lagi marah, meja pun boleh terbalik, kerusi kayu boleh di belah dua,  dan kadang dia dengan sengaja meletakkan (menghempas)  barang dengan keras, kerana dia ingin kau tahu bahawa dia lagi punya masalah  atau ada yang tidak disukainya. Jangan balas kekasarannya dengan kemarahan tapi tetap saja dgn lembut dan tenangkannya. Bila moodnya dah stabil tanyakan baik-baik in sha Allah dia akan menceritakan.

 5.Lelaki terkadang merajuknya lebih teruk dari perempuan 

 Ketika kamu dengannya janganlah cuba-cuba dirimu sibuk dengna hanset, I pad , i phone kamu tu . Kerana dia akan sangat tersinggung kerana merasa diabaikan.Saat dia makan, jangan biar makan sorang-sorang walaupun kamu masih kenyang.Kerana dia akan merasa sangat sendiri. Ishh lelaki kalau merajuk teruk ( kata akak acik ) hahaha
 6.Lelaki itu Setia dan Pencinta Terbaik 

Ada sesetengah lelaki dia akan mencintai seseorang itu seadanya, kalau dia dah  sayangtak kiralah kamu bagaimana dia pastinya akan terima kamu dan jadikan kamu seorang yang halal dalam hidup kamu. Lelaki yang serious itu tidak akan biarkan dirimu terlepas dari orang lain. Jika cukup wang dan cukup kemudahan, pasti akan melamarmu.


Inilah hanya sekadar pendapat sahaja, setiap manusia ada pelbagai ragam dan pelbagai sifatnya tersendiri. Pada acik ini adalah sekadarnya sahaja atau basic sifat lelaki. Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Hanya untuk kamu tahu itupun dah memadai.

Catat Ulasan

40 Ulasan

memmetlenggeng berkata…
80% mungkin lelaki macam ni, tapi ada juga yang lain dari yang lain...
Unknown berkata…
Semua item diatas idah setuju... :D
Tiada bantahan.. hehehe... wel done Acik..!
sobri yaacob berkata…
ya saya lelaki pun..x paham dgn sikap lelaki yg lain..
means smua org sikat berbeza ada lebih ada kurang..
nice entry acik .. :P
shazillahsani.com berkata…
wahhh...terbaik..bagus tips nie..^^
ABC Smart School berkata…
Itu perkara umum tentang lelaki, tapi tak semua sama
Unknown berkata…
suka yg last tu acik
sweet je...
aah kan tgk perangai hb kengkdg mood ok kengkdg xde mood
tp bila dia hepi, suka sakat kita
isi tabung nuffnang sini-inti
Tanpa Nama berkata…
adakalanya sukar nak membaca apa yg ada dlm minda mereka ...
Khir Khalid berkata…
Alhamdulillah.. sy rasa yg no 6 tu mmg bnyk ada pada saya huhu.. T kasih diatas perkongsian Acik.. :D
Fatin Wawa berkata…
dulu saya igtkan saya sudah betol2 kenal seseorg itu sehingga tiba2 dia berubah dgn mendadak.. kdg2 mmg ssh nak faham apa yg ada dlm fikiran mereka.ditanya salah kalau tak tanya tak tahu. nice sharing acik. :)
YanaKhai berkata…
xsemua yg acik ckp ni ada pada lelaki yg sy kenal.. hihi.. tq for sharing acik :) good info.
Nurfara Hani berkata…
lelaki kuat cemburu.. betol sangat2 tu..
Asha Lya berkata…
setuju..kebanyakkan lelaki memang bersifat mcm tu
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..wah good sharing ni..apa yang penting saling bertolak ansur dan saling hormat menghormati..berusaha untuk memahami..2 latar belakang berbeza..cara didikan..segalanya berbeza..duduk dibawah satu bmbung..memerlukan masa untuk serasi..jadi..imam dn makmum mesti seia sekata agar saf tidak renggang..
MyCherita berkata…
btl tu bro..lain padang lain belangnya.. :-)
BinMuhammad berkata…
Jika semuanya dah dalam genggaman tiada apa lah lagi yang menariknya. Mengenali seseorang itu adalah masa yang paling menyeronokkan dan mencabar.
MY@R berkata…
Pemerhatian yang baik..dari www.tepakku.com
Cik Tieka berkata…
sifat2 yg Acik sebutkan memang betullah!! hahaha.. kadang2 susah jgk nak faham perangai org lelaki. memang kena sabar lah..asal jgn cabar ego dorang,, x pasal2 kakiku dibibirmu..=_=
Tanpa Nama berkata…
suka entri ini..walau dah lama berkahwin,kita tak kenal siapa pasangan kita sebenarnya..dapat lebih info tentang lelaki melalui entri acik..tqvm..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

wahh.. bagus entry nie.. wanita kena belajar mengenali sikap lelaki....

mselim3
paridah berkata…
hanya lelaki mengenali sikap lelaki, yg perempuan tu ambillah perhatian...
Gee Lion berkata…
Dah macam Mr.Arrogant.. Wau wau wauuuuuuu...
kuchalana berkata…
gua hanya mampu tersenyum..sebab adakalanya ia berlakau keatas diri gua
Unknown berkata…
yg nombor 5 tu sangat setuju. hehe

Jejari Menaip berkata…
masing2 ad character sendirikan..hihih..btw nice sharing
Blog Santai berkata…
wah ada header baru acik..lebih kemas..coz tak makan space banyak!!! nway rasanya memang betul kot!!! Tak jauh beza sebenarnya!!!!
lynmunir berkata…
Agak-agak Acik termasuk tak dalam kategori yang Acik tuliskan ni.....kikikik
( Jangan marah. Ngusik jer ).
Tanpa Nama berkata…
"Lelaki terkadang merajuknya lebih teruk dari perempuan", yang tu buat saya nak tergelak sikit. tapi mmng ade pun lelaki yg macamtu. diorng pun nak rasa disayangi :)
Aku pengembara berkata…
Lelaki itu setia dan pencinta terbaikkkk... Waahhhh.. :D
Lieya Von Jay berkata…
semua nya yg kat atas tu setuju sangat-sangat :) rasa nya ada agi yang acik tertinggal
. Lelaki tak faham bahasa kiasan .. ^_^ nak cakap kena straight to the point .. tak payah dok buat ayat2 cover . Depa takkan faham pon ..
Shahrul Yusof berkata…
Sikap lelaki ini berubah apabila usianya berubah. Ada yang lebih baik seiring dengan kematangan usianya. Ada juga yang lebih teruk walaupun usia sudah meningkat. Ia semuanya bergantung pada tiap individu.
Mizz Aiza berkata…
sangat bersetuju dengan artikel acik ini.. hampir semua ciri-ciri di atas ada pada lelaki yang akak pernah kenal..
Nadia Johari berkata…
memang sifat laki macam tu..semuanyer betul..semuanyer ape yang nad kenal laki-laki sebelum ni..hahaa..yang sekarang pun sama..
zareliqa afiqa berkata…
owhh cmtu.. habis cmne nak tau laki tu jujur ke tidak? hehe
Tanpa Nama berkata…
Akak setuju sgt,tmbah yg no lima tu...hehehe....
Unknown berkata…
Ye..setia dan pencinta terbaik..
Tetamu Istimewa berkata…
Ada kekurangan dan kelebihan seseorang tu.
Affy Afiqah berkata…
ciri2 yang ada juga pada perempuan...sebenarnya lelaki dan perempuan ni kekurangannya untuk dilengkapi dan kelebihannya untuk dihargai...kalau ada tolerance between each other...insyaAllah everything is going to be fine...kalau selisih faham tu normal laa...ika dengan tunang pun ada je salah faham...tp masing2 ingat sendiri laa...laki dan perempuan tu ada kurang dan ada lebihnya....terima seadanya... :)
Tunsha Ayunie berkata…
hahahha sangat betul...
hasben Sha sendiri !!