Assalamualikum
Alhamdulilah kerana dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini ucaplah syukur. Dari semalam acik check inbox page acik di Mohd Izahar Sabtu ramai yang inbox yang bertanyakan mereka tak faham dengan sikap lelaki inilah, itulah . Dan mereka mahu acik keluarkan sedikit rahsia lelaki. Oleh apa yang acik taip ini adalah idea sendiri berdasarkan pemerhatian dari orang sekeliling dan orang lebih pakar ( pemerhatian dari kakak-kakak acik)
1. Lelaki itu ada ketikanya egonya tinggi dan rendah
Lelaki paling tak suka kamu membanding lelaki lain di depannya. Tergugat kelelakiannya, kerana dia hanya ingin dia jadi lelaki terbaik di matanya. Lelaki egonya akan rendah apabila ketika mood sedang baik, buatlah dia "happy" maka ketika itu dia akan lebih memahami.
2. Lelaki itu kuat cemburu
Jangan kata perempuan sahaja mempunyai sifat cemburu yang tinggi, tetapi begitu juga sebenarnya lelaki ,2 X 5 sahaja tetapi yang membezakannya adalah lelaki terkadang hanya memendamkan di dalam hati sahaja dan buat tak tahu sahaja dan tiba-tiba tak ada mood.
3. Lelaki suka dirinya di hargai dan di puji.
Ahh asyik kata perempuan saja perlukan perhatian dan pujian, lelaki juga memerlukannya. Dia juga ingin nampak hebat di mata kamu, kadang kalanya dia akan lebih terbuka mencerita kisah menarik dalam hidupnya untuk menyatakan dia juga hebat seperti lelaki lain.
4. Lelaki itu Kasar dan Ganas
4. Lelaki itu Kasar dan Ganas
Jangan terkejut kalau dia lagi marah, meja pun boleh terbalik, kerusi kayu boleh di belah dua, dan kadang dia dengan sengaja meletakkan (menghempas) barang dengan
keras, kerana dia ingin kau tahu bahawa dia lagi punya masalah atau ada
yang tidak disukainya. Jangan balas kekasarannya dengan kemarahan tapi
tetap saja dgn lembut dan tenangkannya. Bila moodnya dah stabil tanyakan
baik-baik in sha Allah dia akan menceritakan.
5.Lelaki terkadang merajuknya lebih teruk dari perempuan
5.Lelaki terkadang merajuknya lebih teruk dari perempuan
Ketika kamu dengannya janganlah cuba-cuba dirimu sibuk dengna hanset, I pad , i phone kamu tu . Kerana dia akan sangat tersinggung kerana merasa diabaikan.Saat dia makan, jangan biar makan sorang-sorang walaupun kamu masih kenyang.Kerana dia akan
merasa sangat sendiri. Ishh lelaki kalau merajuk teruk ( kata akak acik ) hahaha
6.Lelaki itu Setia dan Pencinta Terbaik
6.Lelaki itu Setia dan Pencinta Terbaik
Inilah hanya sekadar pendapat sahaja, setiap manusia ada pelbagai ragam dan pelbagai sifatnya tersendiri. Pada acik ini adalah sekadarnya sahaja atau basic sifat lelaki. Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Hanya untuk kamu tahu itupun dah memadai.
40 Ulasan
Tiada bantahan.. hehehe... wel done Acik..!
means smua org sikat berbeza ada lebih ada kurang..
nice entry acik .. :P
sweet je...
aah kan tgk perangai hb kengkdg mood ok kengkdg xde mood
tp bila dia hepi, suka sakat kita
isi tabung nuffnang sini-inti
wahh.. bagus entry nie.. wanita kena belajar mengenali sikap lelaki....
mselim3
( Jangan marah. Ngusik jer ).
. Lelaki tak faham bahasa kiasan .. ^_^ nak cakap kena straight to the point .. tak payah dok buat ayat2 cover . Depa takkan faham pon ..
hasben Sha sendiri !!