Assalamualaikum
Wanita adalah pelengkap kepada lelaki yang menjadikan dunia ini lebih aman jika berpaksikan dengan ad din (agama) . Pastinya lelaki akan sunyi hidup tanpa seorang wanita, lelaki akan kesepian kerana rusuknya hilang entah kemana. Pada zaman jahiliah kaum
wanita telah menjadi mangsa penindasan yang tidak
berperikemanusiaan, mereka tidak diberi hak dan layanan yang sepatutnya di
dalam masyarakat, bahkan masyarakat telah menafikan hak-hak dan peranan yang
harus dimainkan oleh kaum wanita.Kaum wanita merupakan
golongan manusia di pandang hina. Mereka boleh dijual beli
seperti binatang ternakan dan diperdagangkan kepada sesiapa sahaja yang mahu,
malah mereka juga dianggap sebagai pusaka yang boleh diwarisi oleh pewaris yang
berkenaan.
Orang-orang Arab ketika itu pun biasa mengubur anak-anak perempuan
mereka hidup-hidup tanpa dosa dan kesalahan, hanya karena ia seorang
wanita! Allah berfirman tentang mereka,
“Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” (QS. An-Nahl [16]: 58)
Kemudian cahaya Islam pun terbit menerangi kegelapan itu dengan risalah
yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, memerangi
segala bentuk kezaliman dan menjamin setiap hak manusia tanpa
terkecuali. Perhatikan Allah berfirman tentang bagaimana seharusnya
memperlakukan kaum wanita dalam ayat berikut
“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An Nisa [4]: 19)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga sering mengingatkan
dengan sabda-sabdanya agar umat Islam menghargai dan memuliakan kaum
wanita. Di antara sabdanya:
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada para wanita.” (HR Muslim: 3729)
Tapi yang acik pelik wanita sekarang ingin kembali ke zaman yang dahulu, mereka yang tidak menghargai nikmat yang telah di berikan kepada mereka. Dengan kecantikkan dan tubuh badan yang menawan di gunakan untuk memikat kaum adam dan di jadikan sebagai tempat dia mencari kepuasan hidup di dunia.
Sekarang pula, pelbagai cara kaum wanita lakukan untuk mencari populariti untuk di kenali ramai kerana kecantikan yang dia ada, dengan baju yang seksi, dengan lemah lembut suaranya untuk memikat siapa yang memandang dan mendengarnya. Adakah itu matlamat utama seorang wanita di ciptakan ?
Tentu sekali tidak, islam menjaga dan memuliakan wanita dan acik juga menghormati wanita terutama mereka yang terpenting dalam hidup ini seperti mak, kakak dan sebagainya.
Sekarang pula trend remaja masa kini mendedahkan apa yang ada, biar orang tahu "akulah makluk tuhan paling seksi". Padahal kecantikan abadi itu harus di simpan dan di jaga biarlah pada yang halal bagimu sahaja. Adakah menjadi kebanggamu apabila semua lelaki melirik matanya memandang kamu ? Adakah menjadi kebanggaan apabila semua lelaki memuja dan memuji mu ?
Pada acik menjadi seorang wanita yang di hormati itu adalah lebih baik berbanding menjadi seorang wanita yang sangat di minati oleh anak Adam.
Menjadi wanita di hormati itu lebih baik kerana lelaki akan menghormatimu dan lebih menghargaimu. Jika dia ingin dekat denganmu dia akan menjaga jarak dengan kamu, mereka akan menjaga adap dengan kamu. Tiada perkataan kasar yang akan di keluarkan. Kamu tidak akan di pandang ghairah tetapi lebih menghormati sebagai seorang muslimah.
Terkesan apabila seorang wanita bukan islam di wawacara di rancangan assalamualaikum di TV Al Hijrah.
Pengacara : Mengapa kamu berhijab ?
felixia yeap : sebabnya saya rasa selamat dan lebih di hormati.
Mungkin bila kamu google nama Filixia yeap kini telah menjadi trend di mana-mana . Dari seorang yang seksi menjadi lebih selesa berhijab dan menutup aurat.Bagaimana ia boleh berlaku ?
Hebat sekali kuasa Allah sekali di kuatkan hati seseorang itu untuk dekat dengan islam maka bertuahlah seseorang itu mendapat hidayah Allah.Kita doakan beliau agar dekat dengan islam dan di beri hidayah untuk terus bersama islam. Hidayah Allah itu perlu di cari juga bukan hanya di tunggu.
"saya mahu bertudung labuh tapi..."
"saya mahu bertudung labuh suatu hari nanti.."
"suka sangat tengok orang bertudung labuh tapi saya..."
Abdullah bin umar r.a berkata, "jika kamu berada di waktu petang, maka jangan ditunggunya waktu pagi, dan jika kamu berada diwaktu pagi, maka jangan ditunggu dtgnya waktu petang, serta gunakanlah waktu sihatmu sebelum dtg waktu sakitmu, dan masa hidupmu sebelum kematian menjemputmu..."
"saya mahu bertudung labuh suatu hari nanti.."
"suka sangat tengok orang bertudung labuh tapi saya..."
Abdullah bin umar r.a berkata, "jika kamu berada di waktu petang, maka jangan ditunggunya waktu pagi, dan jika kamu berada diwaktu pagi, maka jangan ditunggu dtgnya waktu petang, serta gunakanlah waktu sihatmu sebelum dtg waktu sakitmu, dan masa hidupmu sebelum kematian menjemputmu..."
Moga kita menjadi sebahgian dari kalangan mereka yang mensyukuri nikmat bukannya kufur terhadap nikmat yang telah di berikan. Bersama kita membaiki diri ke arah yang lebih baik.
34 Ulasan
Semoga kisah ini dapat menjadi tauladan dan iktibar.
in sya ALLAH. .