Ticker

6/recent/ticker-posts

Menjadi Wanita Di Hormati Itu Lebih Baik Dari Menjadi Wanita Sangat Di Minati Oleh Kaum Lelaki


felixia yeap berhijap

Assalamualaikum

Wanita adalah pelengkap kepada lelaki yang menjadikan dunia ini lebih aman jika berpaksikan dengan ad din (agama) . Pastinya lelaki akan sunyi hidup tanpa seorang wanita, lelaki akan kesepian kerana rusuknya hilang entah kemana. Pada zaman jahiliah kaum wanita telah menjadi mangsa penindasan yang tidak berperikemanusiaan, mereka tidak diberi hak dan layanan yang sepatutnya di dalam masyarakat, bahkan masyarakat telah menafikan hak-hak dan peranan yang harus dimainkan oleh kaum wanita.Kaum wanita merupakan golongan manusia di pandang hina. Mereka boleh dijual beli seperti binatang ternakan dan diperdagangkan kepada sesiapa sahaja yang mahu, malah mereka juga dianggap sebagai pusaka yang boleh diwarisi oleh pewaris yang berkenaan.

Orang-orang Arab ketika itu pun biasa mengubur anak-anak perempuan mereka hidup-hidup tanpa dosa dan kesalahan, hanya karena ia seorang wanita! Allah berfirman tentang mereka,

 “Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” (QS. An-Nahl [16]: 58)
Kemudian cahaya Islam pun terbit menerangi kegelapan itu dengan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, memerangi segala bentuk kezaliman dan menjamin setiap hak manusia tanpa terkecuali. Perhatikan Allah berfirman tentang bagaimana seharusnya memperlakukan kaum wanita dalam ayat berikut
 “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An Nisa [4]: 19)


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga sering mengingatkan dengan sabda-sabdanya agar umat Islam menghargai dan memuliakan kaum wanita. Di antara sabdanya:
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk berbuat baik kepada para wanita.” (HR Muslim: 3729)
Tapi yang acik pelik wanita sekarang ingin kembali ke zaman yang dahulu, mereka yang tidak menghargai nikmat yang telah di berikan kepada mereka. Dengan kecantikkan dan tubuh badan yang menawan di gunakan untuk memikat kaum adam dan di jadikan sebagai tempat dia mencari kepuasan hidup di dunia.

Sekarang pula, pelbagai cara kaum wanita lakukan untuk mencari populariti untuk di kenali ramai kerana kecantikan yang dia ada, dengan baju yang seksi, dengan lemah lembut suaranya untuk memikat siapa yang memandang dan mendengarnya. Adakah itu matlamat utama seorang wanita di ciptakan ? 

Tentu sekali tidak, islam menjaga dan memuliakan wanita dan acik juga menghormati wanita terutama mereka yang terpenting dalam hidup ini seperti mak, kakak dan sebagainya.

Sekarang pula trend remaja masa kini mendedahkan apa yang ada, biar orang tahu "akulah makluk tuhan paling seksi". Padahal kecantikan abadi itu harus di simpan dan di jaga biarlah pada yang halal bagimu sahaja. Adakah menjadi kebanggamu apabila semua lelaki melirik matanya memandang kamu ? Adakah menjadi kebanggaan apabila semua lelaki memuja dan memuji mu ? 

Pada acik menjadi seorang wanita yang di hormati itu adalah lebih baik berbanding menjadi seorang wanita yang sangat di minati oleh anak Adam

Menjadi wanita di hormati itu lebih baik kerana lelaki akan menghormatimu dan lebih menghargaimu. Jika dia ingin dekat denganmu dia akan menjaga jarak dengan kamu, mereka akan menjaga adap dengan kamu. Tiada perkataan kasar yang akan di keluarkan. Kamu tidak akan di pandang ghairah tetapi lebih menghormati sebagai seorang muslimah. 

 Terkesan apabila seorang wanita bukan islam di wawacara di rancangan assalamualaikum di TV Al Hijrah. 

Pengacara : Mengapa kamu berhijab ? 

felixia yeap  : sebabnya saya rasa selamat dan lebih di hormati.

Mungkin bila kamu google nama Filixia yeap kini telah menjadi trend di mana-mana . Dari seorang yang seksi menjadi lebih selesa berhijab dan menutup aurat.Bagaimana ia boleh berlaku ? 

Hebat sekali kuasa Allah sekali di kuatkan hati seseorang itu untuk dekat dengan islam maka bertuahlah seseorang itu mendapat hidayah Allah.Kita doakan beliau agar dekat dengan islam dan di beri hidayah untuk terus bersama islam. Hidayah Allah itu perlu di cari juga bukan hanya di tunggu. 

"saya mahu bertudung labuh tapi..."

"saya mahu bertudung labuh suatu hari nanti.."

"suka sangat tengok orang bertudung labuh tapi saya..."

Abdullah bin umar r.a berkata, "jika kamu berada di waktu petang, maka jangan ditunggunya waktu pagi, dan jika kamu berada diwaktu pagi, maka jangan ditunggu dtgnya waktu petang, serta gunakanlah waktu sihatmu sebelum dtg waktu sakitmu, dan masa hidupmu sebelum kematian menjemputmu..."

Moga kita menjadi sebahgian dari kalangan mereka yang mensyukuri nikmat bukannya kufur terhadap nikmat yang telah di berikan. Bersama kita membaiki diri ke arah yang lebih baik.

Catat Ulasan

34 Ulasan

MyCherita berkata…
moga entri ini memberi kesedaran kepada mereka yang masih belum insaf.. amin..
Asha Lya berkata…
singah cne baca entri sambil klik2 :)
Lieya Von Jay berkata…
setuju sangat dengan entry acik ni ^_^
adkdayah berkata…
nice post ^_^ semoga yg membca dapt manfaat drinya ^^
Mizz Aiza berkata…
sangat menginsafkan bila membaca artikel acik ini.. benar itu, lebih baik menjadi wanita yang dihormati, bukannya diminati..
Unknown berkata…
sangat best entry ini..tq... mmg betol jdlah wanita yg dihormati bkn digilai atau diminati...
Zaza Iman berkata…
betul dan bagus entri acik ini..mengingatkan diri ini juga.. :) sangat bermanfaat
sitirohaida berkata…
sungguh bermanfaat entry nie acik...thanks for sharing...
Khir Khalid berkata…
Mmg betul sgt tu Acik.. wanita disukai lelaki ni agak susah sbb suka itu bercorak yg komersil.. belum tentu atas dasar hormat & kasih sayang. Lebih baik menjadi wanita yg dihormati, in shaa Allah, akan disayangi Allah swt & sekelian insan.. t kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini.
BinMuhammad berkata…
Diminati hanya seketika tapi dihormati sampai selepas mati pun diingati....
Semoga kisah ini dapat menjadi tauladan dan iktibar.
manissa berkata…
semoga kita sama3 dapat berubah ke arah lebih baik amin
Kimi Jamai berkata…
Lama dah xmai blog acik ni.. Dah berwajah baru rupanya.. :)
memmetlenggeng berkata…
lelaki yang hormat wanita akan dihormati seisi dunia..
bicara mak dara berkata…
semoga orang kita sendiri dapat berubah ke arah kebaikan seperti apa yg sedang dilakukan oleh Filixia itu.. Kalau orang luar boleh buat.. kenapa kita tidak boleh.. insyaa allah... dengan izin allah..
Shahrul Yusof berkata…
Untuk kaum hawa, penghormatan kerana menjaga maruah adalah jauh lebih penting daripada membiarkan tubuh menjadi tatapan umum.
terima kasih atas perkongsian
Tanpa Nama berkata…
salam acik. .
in sya ALLAH. .
Unknown berkata…
mensyukuri apa yg diberikan..disamping menjaga pemberianNya
Unknown berkata…
entri abg acik , hehe. semoga menjadi panduan perempuan di luar sana :)
Fatihah Azanan berkata…
Tiey selalu follow fb n blog Felixia Yep ni. She is non muslim, chinese tp suka pakai tudung dan sekarang cuba untuk memahami tentang Islam. Kita doa kan semoga beliau diberikan hidayah dengan melafaz kalimah Syahadah. Insha'Allah.
sobri yaacob berkata…
nice sharing acik..terkedu juga tgok video ramakan filixia ..lembut tutur bicara.. means walaupun dia bkan muslim..tapi dia pun rasa slamat bila mngenakan hisap..isu skrang yg muslim / muslimah pulak yg terlebih!! :)
Fatin Wawa berkata…
cara dia bertudung memang lebih bagus dari kebanyakkan muslim yg lain, labuh dan menutupi dada.. bukanlah bertudung sekadar melepas batok ditangga.. semoga dia diberi hidayah oleh Allah kearah nur Islam.. amiinn..
Gee Lion berkata…
terima kasih acik, entri yg sangat berkesan menusuk ke jiwa saya.. (':
Blog Santai berkata…
Exactly acik..wish me to be one of them!!!
fragmenbiru berkata…
Allahu Rabbi... paling penting Allah Redha,,..
Unknown berkata…
Terima kasih Acik. perkongsian yg sgt, meaningful. :)
Unknown berkata…
ramai org yg x begitu supportive..org yg pakai tudung ni dianggap kene PERFECT.. x bleh buat salah langsung.. buat salah sikit kena maki.. kene caci.. mcm2 kena... kalau rasa diri x bleh jd tulang belakang untk perubahan seseorang.. jangan jadi batu penghalang untk org berubah ke arah kebaikan..
shazillahsani.com berkata…
perkongsian yang menarik..semoga kita dapat berubah untuk menjadi yang lebih baik..^^
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah..entri yang gempak.
Tetamu Istimewa berkata…
Hebat entri ni. Punya aura sendiri. Ya, yang penting niat seseorang itu bertudung hanya kerana Allah SWT. Suka tajuk entri ni.
Affy Afiqah berkata…
semoga niat itu hanya kerana Allah swt, bukan untuk impress manusia :)
Dzureen Darwis berkata…
in shaa Allah apa yang Acik cuba sampaikan ini berjaya menarik lebih ramai kaum hawa untuk bertudung
Maria Firdz berkata…
setuju sgt... minat boleh hilang bila2 sbb atas satu2 sebab tapi hormat ni lahir dr hati..