Assalamualaikum
Selamat bercuti kepada semua, bagaimana hari ini ? harapkan dalam kedaaan baik-baik sahaja. Ketika keseorang buatkan acik banyak berfikir dan melihat sekian alam. Terfikir kalaulah kita hanyut dan hampir lemas di bawa arus air sungai . Tetapi kita tak buat apa-apa untuk selamatkan diri dan biarkan kita lemas dan tengelam. Hanya redha dan berkata " alah inilah takdir aku " itulah yang sering terjadi kepada kita yang berserah dan menunggu penhujung hidup.
Sebab itu banyak pekara yang Allah sembunyikan kepada kita, untuk kita lebih berusaha dan sentiasa mahu berubah. Pernah ada yang tanya pada Acik kenapa Allah tak tunjukkan masa depan kita ?
Cuba fikir betul-betul, jika Allah tunjukkan masa depan , bagaimana kehidupan kita, kematian dan sebagainya. Bukankah kita akan jadi manusia yang semakin malas dan terus akan berserah kerana itulah masa depan kita. Sedangkan Allah selalu beri peluang kedua, ketiga mahupun keratus kali. Takdir hidup kita memang telah Allah tetapkan tetapi kita mampu mengubahkan jika kita berusaha.
Si miskin tidak akan selamanya jadi miskin , mesti akan ada "turning point" untuk dia melakukan perubahan. Si kaya jika dia terus leka dan selalu dalam keadaan selesa ,kebarangkalian untuk miskin itu tidak mustahil. Itulah hidup kita yang bagaikan roda ,kadang kala di atas dan kadang kala di bawah.
Dalam hidup ini kita banyak salahkan takdir dan seolah-olah salah Allah atas apa yang berlaku. Sedangkan kita tak pernah mahu muhasabah dan lihat apa yang kita lakukan. Kita mudah untuk tuding jari kepada orang lain, tetapi kita begitu payah untuk mengakui kesalahan kita.Adilkah kita ?
Dalam satu hadis ada menyebut 6 pekara yang Allah sembunyikan daripada kita :
Umar R.A. berkata :
Allah SWT menyembunyikan enam perkara dalam enam perkara iaitu :1- Allah SWT menyembunyikan keredhaanNya pada mereka yang taat kepada Nya.2- Allah SWT menyembunyikan murka Nya pada mereka yang melakukan kemaksiatan kepada Nya.3- Allah SWT menyembunyikan malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan.4- Allah SWT menyembunyikan Para Wali yang diutuskan dikalangan manusia.5- Allah SWT menyembunyikan masa dan tarikh tibanya kematian dalam umur manusia.6- Allah SWT menyembunyikan amalan sunat yang diterimaNya dalam amalan sunat lima waktu.Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 183.
Sebenar banyak lagi yang Allah sembunyikan dari kita, untuk kita jalani hidup ini dengan baik seperti soal jodoh dan pertemuan, soal hari kiamat dan sebagainya.Begitu sayangnya Allah dengan kita ? sedangkan kita ? nak solat pun payah. Nikmat yang Allah beri kadang kala kita sia-siakan. Fikir-fikirlah, hari ini mungkin kita mampu ketawa, riang ria dan bahagia, hari esok siapa yang tahu ?
Jika
Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya
tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah
banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah
hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal
mereka sudah tidak berfungsi lagi.
Yang pasti Allah
merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik,
merancang dengan baik, berusaha yang terbaik serta bersyukur dan
bersabar dengan ketentuannya.
Akhir kata dari acik , renungi diri kita , peluang sudah tersedia hanya kita yang mahu atau tidak sahaja, Mungkinkah ada hari esok untuk kita ?
25 Ulasan
Bagus entri ni....sedang merenung ke dalam diri....ada juga hal2 yg akak pasrah@redho tanpa usaha....
mesti ada sebab dan munasababnya
jangan salahkan takdir tapi kita kena usaha ubah takdir
Regards,
-Strider-
(Rujuk perkembangan terkini kes Adiputra dan isteri seorang ahli perniagaan. Hahaha)
Cantik la page baru Achik ni. Kemas dan ringkas. Load time pun lebih pantas berbanding design page yang lama.