Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah yang di pinjamkan sementara untuk kita. Ucapkanlah syukur kepadaNya atas nikmat yang tak terhingga ini. Kalau kita dapat perhatikan isu perempuan tak menutup aurat menjadi persoalan yang hebat dan akan di debatkan di mana sahaja sama ada di dunia realiti mahupun dunia maya. Perempuan perlu menjaga aurat mereka dengan sewajarnya untuk menjadikan dia wanita yang menjaga maruah diri dan solehah, itu sangat betul, tidak di nafikan.
Tetapi di sebalik kita tempeliak kepada orang lain, kita juga perlu merenungi setiap segenap ruang dalam hidup kita. Adakah kita menjaganya juga ?
Kalau lelaki pakai seluar pendek ,nampak seperti biasa, seolah-olah tiada masalah. Ayat yang biasa
Ala bukan apa-apa pun kalau pakai seluar pendekBukan luak pun kalau aku pakai seluar pendekIni biasalah bro trend sekarangsiapa nak tengok broseluar panjang panas la bro, tak selesa
Aurat lelaki selalu di pandang remeh oleh sesetengah individu berbanding aurat perempuan , kenapa ? Jika terlihat ada wanita yang memakai tudung singkat, kecil, pakai legging, pakai skirt,
dan bermacam-macam lagi, akan terdengarlah ramai kaum lelaki yang akan
bising-bising menyalahkan, mengherdik, mencaci dan sebagainya. Biasanya kata mereka adalah untuk menyedarkan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ISLAM.
Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa kamu juga diperhatikan kaum wanita??
Keprihatinan tersebut sangatlah positif sebagai umat ISLAM, tetapi sedarkan sahabat sekalian bahawa kamu juga diperhatikan kaum wanita??
Acik sebagai seorang lelaki juga
malu apabila ditegur bahawa lelaki lagi ramai yang tidak menutup aurat,
tetapi kenapa tiada yang bising-bising dan ambil tindakan???
Bukanlah apa, kita sebagai lelaki perlu juga menjaganya, aurat seorang lelaki. Kan lebih elok kalau keluar tu pakai seluar panjang ataupun yang seluar bawah lutut tu. Tak susah lelaki nak tutup aurat.
Kalau
perempuan pula jangan pula bila tengok lelaki janji muka
handsome dan badan berketak-ketak. Tak juga ambil peduli tentang
pemakaian seorang lelaki itu. Yelah kalau tengok pemain bola atau lelaki
yang keluar ke bandar atau pasaraya pakai seluar pendek itu nampak
seperti cool. adakah itu di namakan cool ?
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam
Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup
auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau
perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam
maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan :
(1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya.
Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya
dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh
badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab
Mabhas Sitr Al Aurah).
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2011/09/aku-masuk-neraka-keranamu.html?search=aurat+lelaki#uds-search-resultsHadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).
Lelaki dalam menjaga aurat itu tidak sepayah perempuan, jadi jagalah. Sama-sama kita membaiki diri dalam apa jua alasannya. Acik menaip ini juga untuk mengingatkan diri ini yang kadang kala alpa, moga kita mendapat keberkatan dari Allah. amin , wasalam.
29 Ulasan
perkara seluar pendek nie... mmg lelaki sering pandang ringgan kan..
mselim3
boleh nak pakai tapi biar bawah lutut :)
Bila tang lelaki ramai yang ambil mudah jer kan... :)