Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini dapat jemputan untuk review sebuah filem terbaru di pawagan iaitu Filem Police Story 2013. Pada mulanya sangat teruja dapat menonton cerita ini, yelah acik peminat setia Jakie Chan . Sebelum acik cerita panjang mari baca sedikit sinopsis cerita ini
Kisah bermula apabila seorang polis bernama Zhong Wen (Jackie Chan) yang sedang mencari anaknya Miaomiao (Jing Tian) yang lari dari rumah.Miao Miao, yang kini merupakan teman wanita pemilik kelab malam, Wu Jiang. Walau bagaimanapun,hubungan Zhong dan Miao tidak baik setelah kematian ibunya (isteri Zhong), yang membawa kepada perdebatan antara bapa dan anak perempuan. Kisah ini berlanjutan apabila pemilik bar, Wu Jiang (Liue Ye) menculik dan menjadikan para pengunjung bar sebagai tebusan untuk tujuan membebaskan seorang penjahat yang telah dipenjara selama bertahun-tahun. Ianya bertujuan untuk mencari tahu siapakah pembunuh sebenar kepada adik Wu Jiang ? Siapakah dia ?
Jeng jeng untuk ketahui kenalah tengok sendiri cerita ini, acik sangat teruja untuk melihat cerita ini, sampai mata tidak berkelip. Pada permulaan 20 minit pertama lebih banyak perbiacaraan dan perkenalan watak dalam cerita ini. Terlalu banyak teknik imbasan agar penonton memahami jalan cerita ini. Dari sudut "camera angle" ada sudut yang tak sesuai tetapi penggunaan "depth of field" yang cantik menampak teknologi yang di gunakan. Kisah ini lebih tertumpu di satu tempat sahaja iaitu Bar Wu. Segala yang berlaku adalah di dalam bar tersebut.
Cerita ini lain dari yang lain, kerana terlalu banyak percakapan bagi memberi kesinambungan setiap watak jadi agak bosan. Paling di tunggu adalah aksi Jakie Chan yang kelihatan tidak seperti dahulu lagi, tetapi kesungguhan Jakie Chan berlakon itu nampak hasilnya. Mungkin sebab faktor usia , jakie tidak sehangat dahulu .Lagak ngerinya juga nampak di kurangkan lebih kepada pencerita kisah hidup watak-watak pembantu.
Watak penjahatnya pula bagaikan seorang penjahat yang baru nak kenal dunia kejahatan. Terlalu banyak perbualan dan penjahat yang boleh di runding. Motif penjahat adalah untuk mencari tahu siapa pembunuh sebenar adiknya , selepas 5 tahun dia merantau di negara orang.
Tetapi apa pun set pengambaran yang cantik dan baik, begitu juga dari kesimbungan watak ke watak sangat baik sekali dan kita faham melihatnya. Pemilihan muzik yang sesuai untuk jalan cerita. Tapi mengecewakan dari apa yang acik harapkan, sebab kalau siapa pengikut police story 1,2,3,4 kamu pasti tertunggu-tunggu aksi mereka tetapi di cerita ini agak kurang.
Tetapi unsur kasih sayang seorang ayah dan anak sangat di tonjolkan, bagaimana hubungan anak yang salah faham terhadap tugas ayah seorang polis di cerita dengan teliti dan di penghujungnya Miao sangat menghormati ayah. Dan juga kasih sayang seorang abang yang ingin cari tahu kisah sebenar di sebalik kematian adiknya. Adakah adik Wu Jiang bunuh diri sebab kecewa putus cinta ? atau mengandung ?
Saksi di pawagan berhampiran dengan kamu, acik bagi 3 bintang cerita ini.
30 Ulasan
sbb ronin47 xbest sgt
wah dah tukar template baru. comey gak keh keh
mcm best je cter tu. ada masa nak tengok :D
wahh... achik punya review story nie best lah.. mselim3 dapat jangka jackie chan akan kurang buat lagak aksi macam dulu disebabkan faktor usia. Achik perasan tak dalam lagak ngeri "around the world in the 80 days" kan dah kurang lagak ngeri.. jackie chan. Lagak ngeri jackie biasanyer akan luka dan patah.. bila faktor usia, bila patah dan luka, lambat sembuh dan menyebabkan sesuatu filem itu lambat disiapkan.. kan!
mselim3
pls: peminat jackie chan gak...
BTW : nice templete terbaru ni bro..clean, nice and tidy.. i like..
Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog
Tiga bintang je ke acik....?hehe.....
p/s : header baru cantik! ^_^