Assalamualaikum
Minta maaf sangat kepada yang blogger yang bertandang ke blog acik, dah masuk minggu ke 2 sekarang ini sangat sibuk dengan pelbagai pekara yang tak dapat di elakkan. Bukannya menyombong tetapi memang banyak pekara yang perlu di selesaikan , sekarang nie perlu dalam produksi untuk berita TV, kena "cover stroy" news dan pelbagai lagi. Hari ini acik ingin menyampaikan sesuatu yang agak serius berkenaan sakit jantung. Ini penulisan yang acik tulis untuk tugasan acik untuk berita berkenaan sakit jantung di kalangan remaja semakin membimbangkan.
Dianggarkan
setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati
berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan
tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah menjadi faktor utama selain faktor
salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.
Penyakit jantung kini
menjadi kebimbangan utama di kalangan pakar kardiologi negara, apabila pembunuh
utama di dunia itu didapati menular di kalangan rakyat Malaysia. Ini dibuktikan apabila hasil tinjauan merekodkan
Malaysia sebagai negara yang mencatat jumlah pesakit tertinggi di Asia
Tenggara.
Pada masa ini juga, semakin ramai rakyat Malaysia yang masih muda
yang berada dalam lingkungan umur 40 hingga 60 sering mengalami serangan
jantung, suatu keadaan lebih awal daripada rakyat di negara-negara Barat.
Banyak orang menyangka serangan jantung
hanya menyerang orang tua sahaja, walhal disebabkan perkembangan arus dunia,
gaya hidup dan corak pemakanan yang berubah, keadaan tidak sebegitu lagi. Sejak
akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda, malah ada kes
yang menunjukkan orang yang berusia semuda 18 tahun juga tidak terkecuali daripada
diserang penyakit yang sama.
Corak pemakanan yang tidak seimbang dan lebih gemar kepada
makanan segera menyebabkan remaja mudah terkena kepada penyakit jantung. Kebanyakan
pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit
juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan
dibuat.Ada juga pesakit
menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia
sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda.
Menurut statistik
Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan
gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung
yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.
Lakukan pemeriksaan
kesihatan jika terdapat simptom-simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung,
antaranya ialah:
- Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
- Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
- Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
- Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
- Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
- Kepala berpusing Badan lemah serta berpeluh sejuk.
Kita perlu mengubah gaya hidup seperti mengawal berat badan, menjaga makanan dan melakukan senaman untuk menghindari dari diserang penyakit jantung.Lebih baik mencegah dari terkena.
42 Ulasan
terima kasih achik entry nie.. sekurang2 mselim3 kena beringat gak.. dan amalkan tips2 gaya hidup sihat.. thanks./
mselim3
sakit ni macam2 boleh datang, kena jaga diri baik2 :)
kwnnya cholestrol pasti ada...
rajin buat checkup ECG utk jantung...
insyaallah sihat selalu
Terimaksih,dlm bizi tu sempat juga berkongsi ilmu di sini...memang menakutkanlah acik,kwn2 akak ada yg suami diorg br berusia 40 dh meninggal akibat serangan jantung..ramai plak tu,mcm bermusim je...bila tanya meninggal sbb apa,mesti serangan jantung...kebykan akak dgr dr kalangan lelaki lah acik...maybe stress di tmpt kerja jugak kot....
Jagalah kesihatan diri...
p/s: Acik pun nampak semakin sihat...hehe
K Idah datang jalan-jalan BW… selamat berkenalan…
K idah pun pun kena jaga pemakanan sebabnya ada keturunan yang high cholestrol... jaga punya jaga tu selalunya bedal jer jugak... hehehe...
Done Follow #3707 <-- cantik plak no tu..:D
http://kongsivitaminsemulajadi.blogspot.com/2013/07/berkongsi-tentang-serangan-sakit.html
ye lah, penyakit camni tak nampak di mata