Ticker

6/recent/ticker-posts

Sakit Jantung Di Kalangan Remaja (Di Usia Muda) Semakin Membimbangkan

Sakit jantung di kalangan remaja

Assalamualaikum


Minta maaf sangat kepada yang  blogger yang bertandang ke blog acik, dah masuk minggu ke 2 sekarang ini sangat sibuk dengan pelbagai pekara yang tak dapat di elakkan. Bukannya menyombong tetapi memang banyak pekara yang perlu di selesaikan , sekarang nie perlu dalam produksi untuk berita TV, kena "cover stroy" news dan pelbagai lagi. Hari ini acik ingin menyampaikan sesuatu yang agak serius berkenaan sakit jantung. Ini penulisan yang acik tulis untuk tugasan acik untuk berita berkenaan sakit jantung di kalangan remaja semakin membimbangkan.

Dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung. Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan tinggi kolesterol dan kurang bersenam adalah menjadi faktor utama selain faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.

Penyakit jantung kini menjadi kebimbangan utama di kalangan pakar kardiologi negara, apabila pembunuh utama di dunia itu didapati menular di kalangan rakyat Malaysia. Ini dibuktikan apabila hasil tinjauan merekodkan Malaysia sebagai negara yang mencatat jumlah pesakit tertinggi di Asia Tenggara.

Pada masa ini juga, semakin ramai rakyat Malaysia yang masih muda yang berada dalam lingkungan umur 40 hingga 60 sering mengalami serangan jantung, suatu keadaan lebih awal daripada rakyat di negara-negara Barat.

Banyak orang menyangka serangan jantung hanya menyerang orang tua sahaja, walhal disebabkan perkembangan arus dunia, gaya hidup dan corak pemakanan yang berubah, keadaan tidak sebegitu lagi. Sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda, malah ada kes yang menunjukkan orang yang berusia semuda 18 tahun juga tidak terkecuali daripada diserang penyakit yang sama.

Corak pemakanan yang tidak seimbang dan lebih gemar kepada makanan segera menyebabkan remaja mudah terkena kepada penyakit jantung. Kebanyakan pesakit mempunyai gaya hidup yang tidak baik termasuk aktif merokok. Pesakit juga tidak tahu bahawa mereka menghidap sakit jantung sehinggalah pemeriksaan dibuat.Ada juga pesakit menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda.
 

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.
 
Lakukan pemeriksaan kesihatan jika terdapat simptom-simptom jika seseorang itu diserang sakit jantung, antaranya ialah:

  • Rasa tidak selesa pada dada. Pesakit seolah-olah merasakan ada sesuatu yang menekan.
  • Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang mencekik.
  • Rasa lenguh pada lengan terutama ketika bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti, bagaimanapun rasa lenguh ini akan hilang apabila pesakit berehat
  • Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada
  • Pedih perut iaitu seperti ada angin atau menghidap gastrik.
  • Kepala berpusing Badan lemah serta berpeluh sejuk.

Kita p
erlu mengubah gaya hidup seperti mengawal berat badan, menjaga makanan dan melakukan senaman untuk menghindari dari diserang penyakit jantung.Lebih baik mencegah dari terkena.


Catat Ulasan

42 Ulasan

mselim3 berkata…
Assalammualaikum..achik,

terima kasih achik entry nie.. sekurang2 mselim3 kena beringat gak.. dan amalkan tips2 gaya hidup sihat.. thanks./

mselim3
Asha Lya berkata…
memg btl corak pemakanan sgt pntg..tak kira usia muda pun blh kna penyakit
Affy Afiqah berkata…
pemakanan pun kena jaga, kurangkan makan makanan berlemak, amalkan gaya hidup sihat, sekali sekala lakukan senaman ringat at least 2 kali dalam seminggu...

sakit ni macam2 boleh datang, kena jaga diri baik2 :)
Atien berkata…
Betul tu,mcm2 nak makan..tau sedap je..sama mcm kencing manis,budak kecik pun da ada yg menghidap kencing manis ni..tanya diri sendiri sebenarnya
Pemakanan, rehat dan faktor persekitaran,,,
salam blogging.....semoga anda siaht selalu.
hazwan hairy berkata…
tmbh2 yg hisap rokok lg lah..haha..kena cheak slalu
risiko tinggi pada yg ada penyakit darah tinggi dan
kwnnya cholestrol pasti ada...
rajin buat checkup ECG utk jantung...
insyaallah sihat selalu
Cik Itah berkata…
pemakanan kena jaga..jangan main hantam ja makan itu ini..:)
sitirohaida berkata…
masa kecil akak adalah seorang dari pesakit jantung...hohio...takmo ingat
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Terimaksih,dlm bizi tu sempat juga berkongsi ilmu di sini...memang menakutkanlah acik,kwn2 akak ada yg suami diorg br berusia 40 dh meninggal akibat serangan jantung..ramai plak tu,mcm bermusim je...bila tanya meninggal sbb apa,mesti serangan jantung...kebykan akak dgr dr kalangan lelaki lah acik...maybe stress di tmpt kerja jugak kot....
adarain berkata…
Setakat ni, ALHAMDULILLAH tak ada sakit jantung cuma kena berjaga-jaga je..
Montana berkata…
moga dijauhkan...amin
Tanpa Nama berkata…
bahaya ni...
Aully bukan berkata…
Memang sekarang gak muda atau Tua ,penyakit jantung gak lagi memakan korban yang tua ,yang mudapun juga ,tapi muda itu bukan berarti di bawah umur 15 tahn...
Unknown berkata…
This makes me scared, reading the symptoms makes me feel like I have a few of them D:
Maria Firdz berkata…
sebab jenis makan tak hingat kn.. lagi pun org muda jrg pikir bab2 kesihatan ni... mkn tak jaga, tapi sibuk amlkn suplement.... mencegah lbih baik dari mengubati..
fragmenbiru berkata…
Abak kalau bab makanan main hentam jer....adoyai... kena bhtai2..nafsu2....
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu Acik.. beberapa minggu yg lalu, baru shj seorang kawan sy meninggal akibat serangan jantung.. muda lagi dia.. innalillah..
Unknown berkata…
faktor makanan semasa juga salah satu penyebab berlakunya sakit jantung di usia yang muda...tgk la makanan sekarang..mengarut..tapi, laku je..
Blog Santai berkata…
Its scarykan acik..coz ramai yang still young dah kena heart attack ..my friend pun ada. nampak macam sihat tapi tak..that's why they called it silent killer...
Mormor berkata…
deeya ada simptom nih :'/
Tanpa Nama berkata…
singgah sini kakak...
BinMuhammad berkata…
Gaya hidup dan pemakanan menjadi punca utama...
Jagalah kesihatan diri...

p/s: Acik pun nampak semakin sihat...hehe
Mizz Aiza berkata…
terima kasih di atas perkongsian ini acik.. perlu jaga pemakanan dan bersenam secara tetap untuk kesihatan yang optimum.. akak pun dah kurang bersenam sekarang ni..
sobri yaacob berkata…
terima kasih atas pkongsian..acik :)
Tanpa Nama berkata…
tulah yg penting kena amalkan gaya & cara hidup yg sihat, masalahnyer bercakap x sama dgn nak melaksana ,,,acener !
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum achik..sihat??betul la achik..sekarang ni penyakit nak menginap ditubuh kita tak kira usia..asal mana kita terleka dan alpa sedikit menjaga kesihatan..maka semakin mudahlah kita diserang penyakit..moga kita sentiasa menghargai nikmat kesihatan yang Allah kurniakan..amin :)
aswadz berkata…
antara sakit jantung ngan serangan jantung, serangan jantung lagi membimbangkan sbb ia nyer dtg ngan tiba2 dan boleh membawa maut terus.
Unknown berkata…
Assalamualaikum Acik…. :D
K Idah datang jalan-jalan BW… selamat berkenalan…

K idah pun pun kena jaga pemakanan sebabnya ada keturunan yang high cholestrol... jaga punya jaga tu selalunya bedal jer jugak... hehehe...

Done Follow #3707 <-- cantik plak no tu..:D
semoga kita dihindari dari penyakit itu..banyak berdoa.
shazillahsani.com berkata…
kadang-kadang kita tidak sedar corak permakanan kita sebenarnya membahayakan kesihatan
Tanpa Nama berkata…
semoga saya terus sihat ...
Tetamu Istimewa berkata…
Sekarang ni bukan sahaja sakit jantung, darah tinggi pun dah ada yang hidap dalam kalangan anak muda.
Nina Mads berkata…
info yg bagus.. sekurang2nya remaja skrg dan org muda menjaga jantung dr usia muda. nanti xla melarat
Syazana Zainn berkata…
org malaysia byk makan makann yg berlemak huhu
Unknown berkata…
suplemen untuk jantung..
http://kongsivitaminsemulajadi.blogspot.com/2013/07/berkongsi-tentang-serangan-sakit.html
penaberkala berkata…
kadang-kadang, kalau sakit kat dada takut jugak
ye lah, penyakit camni tak nampak di mata
Balqis berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Balqis berkata…
memang betul byk org muda skrang de Penyakit,even saya yg bru umur 17 dh disahkan de darah tinggi dan kencing manis..bile dh de wktu muda2 risiko dpt mcm2 penyakit lg tinggi.ni semua sb x jge pemakanan n mlss bersenam,ditambah pla lg ni penyakit keluarga.jd jgelah diri sebelum terlambat..saya menyesal tp xpe sye reda..
Unknown berkata…
hai sya selalu menalami sakit dada dibaian tena dan kiri saya serin sesak nafas bila berjalan dan bermain. Bila dada sakit tanan saya akan lenguh hingga ke bahu .perut saya sakit sudah makan ubat antiaksid tetapi tak ada kesan adakah itu pertanda sakit jantung sya perempuan berumur 18