Assalamualaikum
Alhamdulilah akhirnya dapat jua update blog kesayangan acik ini, beberapa yang hari sangat sibuk dengan pelbagai pekara yang tak dapat di elakkan dan tak sempat nak update blog. Beberapa hari ini acik bekerja di Kuala Lumpur seperti biasa sebagai pengaca majlis.
Acik ini suka melihat orang yang berada di sekeliling tetapi bukanlah untuk mencari salah orang sahaja tetapi lebih untuk muhasabah diri untuk baiki diri ini yang banyak kelemahan. Pada hari sabtu petang acik pergi ke Suria KLCC ada event di sana dan pada hari ahadnya pula acik berada di Pavillion untuk event yang sama.
Sepanjang acik berada di sana, hati ini terasa sangat kecewa melihat gelagat remaja islam kita. Antara lelaki dan perempuan tanpa ada sempadan dan segan silu bercumbu di tempat awam, berpelukkan sama ada bertudung mahupun tidak. Seolah-olah bila pergi ke tempat yang mahal ini rasa ekslusif dan boleh buat apa sahaja yang dia suka buat.
Rasa kesal, tetapi hari ini acik lebih ingin membahaskan tentang perempuan yang bertudung sekarang lebih berani merokok di tempat umum. Di mana-mana dapat lihat sama ada di kawasan merokok dan tempat terbuka sekarang ini kita dapat lihat perempuan semakin berani menunjukkan bahawa mereka jua mempunyai hak yang sama dengan lelaki untuk merokok di mana sahaja. Dulu sembunyi-sembunyi untuk merokok, kini ? kalau boleh nak tunjukkan kepada semua orang. Hati ini paling kecewa adalah perempuan yang bertudung semakin ramai juga memberanikan diri menghisap rokok di tempat awam.
Paling kesal acik lihat sepasang kekasih duduk berdua-duaan
dan si jejaka menghulurkan api pada perempuan yang bertudung yang mahu hisap rokok. Maknanya si lelaki itu membenarkan si gadis itu menghisap rokok dan anggap pekara ini menjadi biasa. Ya Allah, apa nak jadi ?
Rokok membahayakan kesihatan. Semua akan setuju dengan statement ini. Cuma, apa yang perlu difikirkan ialah kenapa. Sebagai perempuan perlulah menjaga etika dan adap menunjukkan kesopanan seorang wanita. Merokok tidak mendapat apa-apa manfaat kepada perokok malah mendapat malapetaka adalah.
“Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa’: 29)
“Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)
Sebelum ini juga acik pernah buat entri Faktor-Faktor Perempuan Hisap Rokok dan acik pernah juga membuat entri berkenaan dengan perempuan yang merokok boleh menyebabkan keguguran. Semoga jadi iktibar kepada kita semua, acik bukanlah penghukum tetapi yang mengatakan memberikan tanggapan yang buruk . Tetapi hanya seorang blogger yang ingin memberikan teguran kepada kamu semua, jika tidak secara depan-depan maka melalui penulisan ini. Segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangan ini datangnya dari diri sendiri.
25 Ulasan
zaman sekarang ni segalanya mungkin acik,bertudung menghisap rokok itu taklah seteruk bertudung tp berpelukan dgn pasangan kekasih di khalayak ramai....yg ini lebi kerap kita tgk di depan mata...nauzubillah moga dijaukan drpd seluru keluarga dn umat islam keseluruannya dr sifat yg tiada rasa malu ini....
tak kira laa lelaki or perempuan, ika tetap tak faham...