Ticker

6/recent/ticker-posts

Sangat Kesal Apabila Segelintir Perempuan Bertudung Semakin Berani Merokok Di Tempat Awam

 perempuan hisap rokok

Assalamualaikum

Alhamdulilah akhirnya dapat jua update blog kesayangan acik ini, beberapa yang hari sangat sibuk dengan pelbagai pekara yang tak dapat di elakkan dan tak sempat nak update blog. Beberapa hari ini acik bekerja di Kuala Lumpur seperti biasa sebagai pengaca majlis. 

Acik ini suka melihat orang yang berada di sekeliling tetapi bukanlah untuk mencari salah orang sahaja tetapi lebih untuk muhasabah diri untuk baiki diri ini yang banyak kelemahan. Pada hari sabtu petang acik pergi ke Suria KLCC ada event di sana dan pada hari ahadnya pula acik berada di Pavillion untuk event yang sama. 

Sepanjang acik berada di sana, hati ini terasa sangat kecewa melihat gelagat remaja islam kita. Antara lelaki dan perempuan tanpa ada sempadan dan segan silu bercumbu di tempat awam, berpelukkan sama ada bertudung mahupun tidak. Seolah-olah bila pergi ke tempat yang mahal ini rasa ekslusif dan boleh buat apa sahaja yang dia suka buat. 

Rasa kesal, tetapi hari ini acik lebih ingin membahaskan tentang perempuan yang bertudung sekarang lebih berani merokok di tempat umum. Di mana-mana dapat lihat sama ada di kawasan merokok dan tempat terbuka sekarang ini kita dapat lihat perempuan semakin berani menunjukkan bahawa mereka jua mempunyai hak yang sama dengan lelaki untuk merokok di mana sahaja. Dulu sembunyi-sembunyi untuk merokok, kini ? kalau boleh nak tunjukkan kepada semua orang. Hati ini paling kecewa adalah perempuan yang bertudung semakin ramai juga memberanikan diri menghisap rokok di tempat awam.

Paling kesal acik lihat sepasang kekasih duduk berdua-duaan

dan si jejaka menghulurkan api pada perempuan yang bertudung yang mahu hisap rokok. Maknanya si lelaki itu membenarkan si gadis itu menghisap rokok dan anggap pekara ini menjadi biasa.  Ya Allah, apa nak jadi ? 


Rokok membahayakan kesihatan. Semua akan setuju dengan statement ini. Cuma, apa yang perlu difikirkan ialah kenapa. Sebagai perempuan perlulah menjaga etika dan adap menunjukkan kesopanan seorang wanita. Merokok tidak mendapat apa-apa manfaat kepada perokok malah mendapat malapetaka adalah.

“Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa’: 29)

“Jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)

Sebelum ini juga acik pernah buat entri Faktor-Faktor Perempuan Hisap Rokok  dan acik pernah juga membuat entri berkenaan dengan perempuan yang merokok boleh menyebabkan keguguran. Semoga jadi iktibar kepada kita semua, acik bukanlah penghukum tetapi yang mengatakan memberikan tanggapan yang buruk . Tetapi hanya seorang blogger yang ingin memberikan teguran kepada kamu semua, jika tidak secara depan-depan maka melalui penulisan ini. Segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangan ini datangnya dari diri sendiri.



Catat Ulasan

25 Ulasan

MalizaMah berkata…
aduhai..... huuuuuuu
Tanpa Nama berkata…
sheila sebagai seorang perempuan, bila tengok keadaan macam tu rasa macam nak marah ada, sedih pun ada. hmm, apa yang bestnya hisap rokok tu pun sheila tak tau. zaman sekarang ni macam-macam yang dah berlaku.
Atien berkata…
Dunia semakin tua
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..patut la acik takde ..bz rupa2nya

zaman sekarang ni segalanya mungkin acik,bertudung menghisap rokok itu taklah seteruk bertudung tp berpelukan dgn pasangan kekasih di khalayak ramai....yg ini lebi kerap kita tgk di depan mata...nauzubillah moga dijaukan drpd seluru keluarga dn umat islam keseluruannya dr sifat yg tiada rasa malu ini....
Tanpa Nama berkata…
*akak punya butten H@h selalu merajuk...heehe
Tanpa Nama berkata…
hmm...takut juga akak dgr..
Tanpa Nama berkata…
Acik...buat la segmen tu sementara acik ada kelapangan masa ni...akak ok je...in sya Allah...
Unknown berkata…
macam-2 la sekarang ni..:)
Shahrul Yusof berkata…
Merokok ni adalah lambang kejantanan lelaki. Jika perempuan pula yang menghisap rokok tu, sudah menjadi lambang apa pula? Ishy, isyh.
budakbandunglaici berkata…
BBL pun baru balik dari kl. Geleng kepala tengok budak zaman sekarang
Vee berkata…
Tak blh comment, sbb Vee lain agama :D Heheee. Nanti timbul isu lak, mcm tak cun je lain agama sebut ttg agama lain. Kekeke. Apa pun, kita doakan je lah ehh :) Manusia tak dpt, tp Tuhan dpt ;)
Maria Firdz berkata…
huhu... buruk je tgk kan... hmm... tak tahu ka nk kata pe.. bila malu sudah gtu itulah rupanye..
Affy Afiqah berkata…
hmmm tak tahu laa nak cakap, di campus ika pun ramai golongan perempuan macam ni, ika pun tak faham kenapa perlu merokok...
tak kira laa lelaki or perempuan, ika tetap tak faham...
Khir Khalid berkata…
Mmg betul Acik.. mmg ada dikalangan mereka seolah2 berbangga dgn perlakuan tersebut.. "rebel" lah sgt kononnya..
Cik Itah berkata…
semakin berani buat hal..
licha berkata…
tak cool lah kalau mcm ni.
ma ❥ berkata…
akibat perasaan malu dah semakin hilang dalam diri cam ni la jadinya
Tetamu Istimewa berkata…
Inilah penyakit sosial yang dibimbangkan akan merosak generasi muda.
org tak syg nyawa sendiri dan org lain je yg ada hati nk merokok.
Mizz Aiza berkata…
apa nak jadi dengan dunia sekarang.. pernah juga akak jumpa gadis bertudung merokok ketika pergi ke plaza low yatt KL.. kita doakan semoga mereka berubah menjadi lebih baik dan meninggalkan tabiat buruk itu..
Azwar Syuhada berkata…
Dunia dah akhir zamann...
Unknown berkata…
MasyaALLAH..apa nak jadi la..semoga di jauhkan dengan benda mcm ne..beringat-ingtlah kaum hawa
lynmunir berkata…
Sebenarnya tiada beza merokok dengan memakai tudung dengan merokok tanpa memakai tudung. Tapi apa pulak yang kita nak lebelkan dengan mak cik, makcik atau nenek kita yang menghisap rokok di rumah ? Bagi saya pilihan di tangan sendiri dan sendiri mau ingatlah.