Assalamualaikum
Setiap manusia inginkan merasa keindahan dalam bercinta, mencintai orang yang sangat kita cintai dan memiliki cinta tersebut. Tetapi sayangnya selalu terjadi, kita mencintai seseorang itu tetapi dia tidak mencintai kita. Cinta itu bertepuk sebelah tangan ?
Itulah saat yang paling sangat menyakitkan ,tak kira sesiapa sahaja, cinta yang sekian lama terbina tetapi terputus di tengah jalan dan cinta tak di balas. Ramai yang bertanya dengan acik bagaimana untuk mengatasi cinta mengatasi dan menangani jika berlaku cinta bertepuk sebelah tangan.Acik memang tak sokong kamu "couple" tapi untuk memberi semangat kamu yang telanjur mencintai dan sakit hati.
Pertama : Tidak merasai pekara yang sama
Percaya bahawa dia tidak merasai apa yang kamu rasa, kerana dia tidak mencintai kamu sebagaimana kamu mencinta dia. Jadi ambillah tauladan apa yang berlaku untuk kamu behenti mencinta dia agar hati kamu tidak akan terlalu sakit.
Kedua : Bersikap positif
Memang sakit jika cinta di tolak dan bertepuk sebelah tangan, positif bahawa dia bukan lelaki/ perempuan yang baik untuk kamu. Jangan biarkan perasaan kecewa itu membelenggu kamu sehinggakan kamu hilang arah dan "frust" menonggeng hanya kerana dia seseorang kamu rosakkan hidup kamu.
Ketiga :Belajar untuk menerima penolakkan
Dalam hidup ini tidak semua pekara yang mesti kita dapatkan apa yang kita suka, jadi jika ia berlaku kepada kamu belajarlah dan ambil iktibar bahawa kadang kala setiap pekara yang kita suka dan cintai itu tak semesti harus memilik. Cukuplah kita dapat merasai walaupun ia tidak terbalas, setiap manusia ada pilihan mereka tersendiri. Jadi belajarlah untuk menerimanya dan redha.
Keempat : Ambil masa untuk diri kamu
Memang benar melupakan seseorang yang pernah kita cinta itu bukan senang . Ambillah masa untuk kamu tenangkan diri kamu mahupun cubalah menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan ahli keluarga untuk merasakan diri kamu juga ada yang sayang.
Kelima : Fokus apa yang akan datang.
Tak akan sebab cinta tak terbalas bermakna kamu loser ? "come on" bangun !! dan sedar ,fokus apa yang lebih penting dalam hidup kamu berbanding dengan memikirkan soal remeh temeh seperti itu. Lihat sekeliling ada tidak orang yang selalu mengambil berat tentang kamu? Jika ada hargailah
Keenam : Jangan mengingati dia
Satu pekara penting, jangan memikir dia dan mengingatinya dalam percakapan seharian-harian kamu. Memang tak semudah itu tetapi cubalah dan berusaha kerana soal hati memang agak "complicated"
Ketujuh : Berdoa kepada Allah
Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)
Sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah bahawa pulihkan hati kamu dan jumpalah seseorang yang lebih baik dari dia.
Kelapan : Sebenarnya dia orang yang rugi
Percayalah bahawa dia sebenarnya orang yang rugi kerana menolak orang yang menyayangi dia dan untuk apa menangis untuk seseorang yang tak hargai kamu ? tanyalah pada diri kamu ? kenapa perlu bersedih untuk dia ? sedangkan dia tak pernah memikirkan kamu ?
Kesembilan : Sibukkan diri
Sibukkanlah diri kamu dengan pekara yang kamu suka seperti hobi kamu dan aktiviti harian kamu,. Jangan terlalu memikirkannya. Ia dapat mengalih perhatiaan kamu dari dia.
Kesepuluh : Jangan terus menyalah diri kamu
Jangan rasa dia adalah yang terbaik dan kamu adalah "loser" , malu untuk berjumpa dengan orang lain. Seharusnya kamu harus bangga kerana kamu bersikap jujur dan berani memberitahu perasaan kamu. Jadi seharusnya lebih semangat untuk mencari bakal isteri/suami dan tidak memikirkan tentang "couple".
Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia
dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang
memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)
Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)
Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)
Acik hanya menaip sekadarnya, memang sakit jika cinta kita di tolak dan tak hargai. Tetapi untuk apa kamu terlalu lama bersedih ? sedangkan Allah telahpun sediakan seseorang untuk kamu. Cuma belum kamu temui dan masa yang belum sesuai untuk kamu bertemu dengan seseorang itu. Dia tak pernah kecewa kita hanya kadang kala kita yang terlalu mengharapkan lebih tetapi usaha kita tidak seperti apa yang kita harapkan.
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri
mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36
“Cintailah
apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai
itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti.
Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia
akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)
Jangan membuang masa bersedih hanya kerana sesorang itu sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian. Kita harus perlu sentiasa teguh di atas Perintah Allah . Dan acik minta maaf kerana tak sempat nak blogwalking kerana sekarang acik dalam misi dan kekangan masa, jika ada masa nanti pasti acik akan datang ke blog kamu.
35 Ulasan
entah apa title dia...hehe
betul tu, yang penting postif
bukan semua yang kita nak, boleh dapat
tak gitu =)
Regards,
-Strider-
betul tu bila diserang cinta kita mudah lupa
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com
ehe..syukur akak tak pernah bertepuk sblh tangan..
tapi..apap apa pun kembalilah pada Allah..mungkin belom sampai jodohnya...dan Allah temukan org yg salah untuk temukan kita dengan yang betol betol jodoh kita..mg yg belom bertemu jodoh akan bertemu thn ini...amin