Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Dia Utusan Dari Allah Untukku ?



Assalamualaikum


Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini,masih terkejut apa yang berlaku sebentar tadi. Sewaktu pulang dari masjid tadi. Sedang bawa motor capuk ku, rasa tak sedap hati pula rasa nak toleh ke belakang. Terlihat seorang pak cik yang terjatuh di tepi longkang. Dengan segera berhentikan motor dan pergi ke pakcik tersebut.

Pakcik : alhamdulilah , terima kasih kerana membantu,
Acik: Ehh tak pe, kebetulan ternampak tadi, pak cik bawa kereta atau bawa motor ? boleh saya hantarkan.

Pak cik : Tak pe, saya kena pergi ke bangunan atas tu .
Acik :  Kalau macam tu, biar saya hantar.
Pak cik :  Ehh tak pe, tapi saya tengok awak ini muka ada masalah saje, boleh saya tahu 
Acik : ahh muka ada masalah ? 

Pak cik : saya tengok kamu ini , orangnya bersemangat dan suka beri kan nasihat kepada orang lain. Tapi bila ada masalah jangan pendam di hati, luahkan apa yang kamu rasa. Hati itu tak kuat untuk tanggung semua perasaan yang awak rasa.

Acik : Ehh macam mana pak cik tahu ? 
 Pak cik : ermm boleh bacakan saya maksud al fatihah ? 
 Acik : boleh pak cik 

Ayat 1: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

Ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

Ayat 3: “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ayat 4: “Yang menguasai hari pembalasan”

Ayat 5: “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

Ayat 6: “Tunjukilah kami jalan yang lurus”

Ayat 7: “aitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

 Pak cik : alhamdulilah kamu tahu maksud al fatihah tersebut, hayati dan mendalami maksudnya maka akan tahu kebesarnya.  Jika kamu rasa perjuangan kamu tiada yang menyokong yakinlah bahawa Allah selalu ada bersama orang yang berada di jalannya. Kuatkan hati untuk lalui setiap dugaan dan ujian yang di terima. Jangan pernah mengharapkan balasan untuk setiap apa yang kamu lakukan.

Acik : Ehh kenapa pak cik tahu banyak hal tentang saya ? 
Pak cik : Dia Maha mengetahui segalanya. Mengapa kamu putus asa ? sedangkan Allah sentiasa bersama kamu.

Ketika itu fikiran jauh berkelana entah kemana, banyak pekara di otak ini memikirkannya. Bila sedar, air mata mengalir tanpa di duga. Ya Allah kuatkan semangatku sepanjangan perjalanan yang aku lalui. 

Pak cik : kenapa kamu menangis ?
 Acik : entahlah pak cik terlalu banyak pekara yang buatkan hati ini jadi sedih, saya kena kuat walau apa pun caranya.

Pak cik : Bacalah MasyaAllah , La haula wala quwata illa billah

Acik :  Ehh ayat ini sama dengan roomate saya berikan pada saya . 

Pak cik : Apabila saya melihat muka kamu saya seolah-olah mendapat tahu apa yang kamu rasa dan lalui. Jangan menyerah , jangan pernah salahkan ibu bapa kamu apa yang terjadi. Mungkin itu sebab atau alasan untuk menjadikan kamu lebih tabah. Pak cik pergi dulu

Allahuarabi , lebih kuranglah perbualan kami berdua, sehingga kini acik memikirkannya , jadi terkedu jadinya, bagaimana pak cik tu tahu tentang acik ? sedangkan acik tak pernah kenal pak cik tersebut. Ini adalah apa yang berlaku hari ini, entah mengapa dan kenapa. Moga semua ini ada hikmah yang berlaku. Ya Allah kuatkanlah hatiku.
 

Catat Ulasan

39 Ulasan

Fatin Wawa berkata…
tak semua orang dapat merasa pengalaman seumpama ini.. :)
la haula wala quwata illa billah hila'lilyil azim
selalu akak baca ketika didlm kenderaan
isyaallah dilindungi...
thanks sharing
Azlan Strider berkata…
Mungkin pakcik itu merupakan utusan Allah untuk memberi acik kekuatan dalam menempuhi dugaan yang berlaku...acik boleh dikatakan beruntung sebab aku tak rasa benda nie terjadi kat semua orang...

Regards,
-Strider-
Rozita Ceritaita berkata…
alhamdulillah... diberi peluang sebegini besar untuk kuat.. tak ramai yang dapat acik.. hargainya..
MyCherita berkata…
MasyaAllah , La haula wala quwata illa billah
roslita thalib berkata…
semoga acik lebih kuat dan tabah. hanya orang2 yang terpilih sahaja dapat merasai pengalaman sebegini.
Miya Amira berkata…
subhanallah...
thanks ye acik...
lepas saya baca tinta acik nim baru sy ase lega...
memang berat sgt nak tanggung bebanan tu...
bknnya ape...sy ase berat sgt nak exam paper FAR...
mgkin xpikirkan Allah ada dengan kita...
n mungkin niat sy belajar tu salah...
n lepas saya baca luahan nim...
baru saya sedar n ase lega sgt..
mmg dalam hidup kita ni kita kena yakin Allah ada bersama kita...
thanks a lot ye acik...
Wafi Remli berkata…
Subhanallah, perkongsian yang amat hebat. Hampir menitis air mataku...
Jejari Menaip berkata…
subhanallah...mungkin satu pertolongan yg ALLAH bagi untuk acik..

boleh lawat:Renungan Jumaat
chihiromia berkata…
Bertabahlah dengan setiap apa yang terjadi dan senyum
Unknown berkata…
subhanaAllah, alhamdulillah.. terkesan dihati.. great sharing!
Dzureen Darwis berkata…
Mungkin Allah menghantar pakcik itu :)
Fi berkata…
Subhanallah .. Macam mana ye pakcik tu boleh tahu .. Allah datang membantu untuk kuatkan semangat :)
Unknown berkata…
ya allah , abg acik jangan mudah putus asa :D
Unknown berkata…
sungguh misteri kehadiran pakcik tu
segalanya dia tahu
kisah yg jarang terjadi..biasanya baca melalui kopi pes di fb
rupanya acik pernah melalui pengalaman ni...takdir yg terindah buat acik
mungkin juga dia utusan dariNya
hanya Dia yang maha Mengetahui
nenot berkata…
subhanallah..:)
BinMuhammad berkata…
Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Tidak perlu menyesali atau menyalahkan. Sesungguh Allah mengetahui apa yg terbaik buatmu.
Gee Lion berkata…
misterinyer pakcik tu acik.. mungkin ini apa yg dikatakan petunjuk dari Allah utk acik.. (:
PeRdU cINta berkata…
Pastinya punya makna tersirat yang terlalu indah dan istimewa..
Tanpa Nama berkata…
hebatnya pakcik tu boleh tahu isi hati orang. mungkin dia utusan dari Allah, bukan smua org dapat peluang macamtu, beruntunglah acik :)
sobri yaacob berkata…
subhanaallah.. mungkin itu utusan allah.. :)

bkan smua org mampu memdapat pluang bgitu acik..
Blog Santai berkata…
MasyaAllah , La haula wala quwata illa billah. Thanks acik..moga dia utusan dari Allah..nway don't ever give up k!!! Allah will always be with you!!!
Mizz Aiza berkata…
subhanallah.. mungkin benar pak cik itu utusan dari Allah.. untuk memberi petunjuk di atas permasalahan yang membelenggu pemikiran acik..
Tanpa Nama berkata…
subhanallah....rahsia yang hanya DIA Yang Tahu..
Melastik Bintang berkata…
Adakalanya kita sendiri tak sedar sesuatu hikmah yang berlaku.....
Engku Muzahadin berkata…
Kadang2 bantuan Allah dtng dlm cara yg tak disangka, mungkin Pak Cik tu perantara untk beri petunjuk ssuatu buat ACik...
Karen Monica berkata…
moga acik lebih kuat lepas ni, pasti ada hikmahnya bertemu dengan pakcik tu
fragmenbiru berkata…
Allahu Akbar 3X... Memang betul nasihat pak cik tu.. bersabar dan jangan pernah sesekali bputus harap darpada rahmat Alah.. Solat dan berdoalah..
norhasnizakhalid berkata…
Allah Maha Besar, segala Pujian hanya untukNya, ada hikmah semuanya itu berlaku.. semoga yang baik-baik saja untuk Acik,... :)
Lieya Von Jay berkata…
macam dalam mimpi pulak kan.. tapi semua ni realiti ... mesti ada hikmah di sebalik kejadian :)
Unknown berkata…
betul nasihat pakcik tu.. hanya pada Allah kita berserah & memohon pertolongan..
Tanpa Nama berkata…
setiap kejadian itu ada hikmahnya . Allah beri kita petunjuk dengan pelbagai cara . mungkin itu cara allah membantu acik . maka bersyukurlah dan fikir saja yang positif . ikutinya nasihatnya . sudah tentu banyak kebaikannya . jgn takutkan sesiapa atau pada apa jua sekiranya perjuangan itu dijalan Allah juga keranan Allah .
Khir Khalid berkata…
Subhanallah.. setiap yg baik yg dtg dari setiap makhluk samaada manusia atau sebagainya adalah dtgnya dari Allah swt.. semoga menjadi renungan yg baik buat kita semua.. T kasih Acik diatas perkongsian.. Allahuakbar..
Maria Firdz berkata…
Hmm... itulah macam2 cara Allah nak tegur kita... wajib bersyukur... :)
Nadia Johari berkata…
Subhanallah..pasti ade sebab mengapa pakcik tu tau semuanyer tentang acik.
Tanpa Nama berkata…
Setiap dr kita ada masalah hidup..moga acik tabah ye acik....
Unknown berkata…
mungkin ada hikmah disebaliknya acik..moga sntiasa tabah :)