credit to :. feltville |
Assalamualaikum
Muka ini mampu melemparkan senyuman ketika menaip entri ini walaupum dalam keaddan sakit, keadaan demam semakin teruk . Sebenarnya tentang isu ini dah lama acik hajat untuk terbitkan hanya belum masa yang sesuai , dan acik rasa inilah masa yang sesuai untuk berkongsi cerita.
Acik banyak sertai kem-kem motivasi sebagai facilitator dan terlibat dengan program diluar mahupun di uitm sendiri. Soalan cepu emas di tanya pada acik " dah ada girlfriend ? "
Dengan selamba dan yakin kata takde, dan mereka tanya lagi, " pernah couple ?"
Dengan selamba dan yakin berkata : pernah !! Tapi itu masa mula-mula mengenal erti kehidupan cinta ( zaman sekolah.)
Kadang kala bila seseorang itu tak "couple" di anggap "loser" dan "lonely person".Tetapi sebenarnya mereka silap seharusnya yang tak "couple" itu patut berkata : Aku bersyukur kerana sehingga kini aku tak "couple" . Kenapa ? jadi mari tahu jawapannya.
1. Jimat Duit
Kenapa acik kata jimat duit ? sebabnya kalau kamu "couple" mesti kamu kena belanja awek makan, membeli belah mahupun tengok wayang. Pernah suatu ketika tu, acik di ajak seorang kawan untuk temankan dia "berdating" dengan begitu lurusnya ikut sahaja sebab alasan yang di beri munasabah sebab si awek tak mahu keluar berdua. Semua perbelanjaan si awek itu kawan acik yang tanggung, bila nak balik itu kawan mengeluh,,
Kawan : ishh duit aku tinggalkan sikit, macam mane aku nak survive sampai akhir bulan nie"
Acik : la mana duit yang mak kau baru transfer ?
Kawan : tadi tulah yang aku belanja semua itu..
Dalam hati berkata, alhamdulilah aku tak "couple "
2. Tak perlu belajar menipu dan menipu
Kenapa ? kadang kala si lelaki mahu lepak dengan kawan-kawannya , tetapi aweknya jenis yang "terlalu caring" semua benda nak tahu. Bila awek dia telefon.Katanya Weiii tolong angkat.. kata aku kat tandas... aku sakit perut... Realitinya sedang melepak tengok bola.
situasi ke dua : esok ada event dan perbentangan penting nie
Si Awek : awak sibuk tak ? saya ada masalah nie
Si Pakwe : ehh tak lah, saya tak sibuk pun.
Berlarutan hingga 4-5 jam.. dari kisah sedih ke kisah cinta dan sayang menyayang cinta di kenang.
Dalam hati sekali lagi, alhamdulilah aku tak dapat "girlfriend" seperti ini dan aku tak payah nak menipu.
3. Kurangkan dosa
Opss bab ini mungkin ada terasa, yelah kalau nak pergi kelas kena pergi sama-sama ,naik motor sekali siap peluk-peluk. Pergi lepak tasik, berdua-duan siap letakkan kepala di bahunya untuk meluahkan rasa kesedihan apa yang berlaku. Pimpin tangan untuk menunjukkan kasih sayang yang terpakri bertahun-tahun.
Dalam hati kata, mungkin ini hikmah kepada Allah belum berikan jodoh untukku.
4.Tak perlu "hubby , daddy & mama, mami " di laman sosial.
Kadang pening kalau lihat orang hangat bercinta, semuanya ingin di luahkan untuk beritahu bahawa aku sedang bercinta weii!! tolong baca dan ingat. Hubby, mami wendulah sama hubby. Rasa rindulah dan cinta di lafazkan walaupun 1 minit tadi jumpa. Berkomen-komen berdua-dua dan upload gambar berpeluk caption " doakan kami bahagia hingga ke akhir hayat"
5. Boleh jadi diri sendiri.
Acik bermonolog sendirian : Aku boleh jadi diri aku sendiri, makan apa yang aku suka, pergi tempat yang aku suka, buat apa yang aku suka dan aku tak perlu berubah kerana orang lain yang hanya untuk nampak baik di depannya.
6. Tak perlu Seksa Rohani Dan Jasmani
Kenapa acik cakap macam gitu ? sebabnya bila bercinta ini , kadang di tinggalkan , di kecewakan dan di permainkan perasaan kita, macam apa yang terjadi pada acik dulu-dulu., hilang mood, tak keluar bilik sebab "frust menongeng" . Mata ini tak tahan asyik nak mengalir untuk sesuatu yang lagha. Anggota badan mahu bergerak mahu pergi solat sebab sedang kecewa semua di tinggalkan, paling kesian hati sebab dia terpaksa hadapi semua perasaan yang acik rasa .
7. Bebas seperti burung berterbangan.
Cewah biasanya bila "single" nie orang selalu kata dia "lonely person" . Hari ini acik sangkal sepenuhnya kerana bila bosan acik boleh buat apa yang acik suka, boleh update blog, boleh main game, dengar nasyid terutama kumpulan rabbani dan buat apa sahaja yang acik suka. Yeah !!
8. Tak perlu kecewakan ibu bapa
Kecewakan ibu bapa ? kenapa ? sebabnya anak-anak pastinya siarkan di facebook, instagram berduan dengan kekasih pujaan hati, beli makanan mahal-mahal sedang si ayah dan ibu berlapar untuk pastikan kamu cukup makan. Kadang kala di cemuh kerana kelakuan anaknya yang telah di lakukan di luar pengetahuan ibu bapanya.
Ini antaranya sahaja dan sekadarnya, minta maaf kalau ada yang terasa , entri ini hanya untuk diri sendiri sahaja tiada kaitan dengan yang lain sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia. Ini peringatan untuk diri ini supaya tidak hanyuk kerana cinta dan terjerumus kembali kepada pekara lagha. Ada yang terasa hati ?
Alhamdulilah maknanya hati kamu berfungsi dengan baik sekali. Pada acik utamakan keluarga dahulu, kerana merekalah yang paling berjasa dalam hidup kita seperti apa yang kak +Namia Cinta nasihatkan pada acik. Islam melengkapi segenap hidup kita, ikutilah dan in sha ALLAH akan di permudahkan.
28 Ulasan
sejuk hati dok dengar kata gitu
anyway akak dulu time belajar pun tak pernah ada bf
sebab akak ada prinsip tersendiri
walau selalu kena kutuk sebab keluar seseorang
lantaklahkan...janji bahagia =)
apapun acik, bagus attitude gitu
stay positive ye
kot nak jadi anak ipar akak bagitahulah ye
hehe =)
kak lea setuju point kat atas.kak lea pun selalu 'psiko' adik pompuan yang rasa rendah diri sebab masih belum berpunya.kak lea selalu cakap kat dia segala point yang positif kalau menjadi 'single'.lagipun dia masih muda,busy praktikal doktor kat hospital.kena fokus mana yang penting dulu dlm hidup :)
pasni kawin awal la,,, amacam?
Anyway, best perkongsian 'acik' ni..
pokonya kita sendiri yang perlu control segala perbuatan kita... kita yang perlu mencorakkan perhubungan bagaimana yang kita nak :D
Bercouple boleh sebab memang kita Manusia diciptakan tuk bercouple.. Tapi ada had lajunya juga (batas)
Bukannya bila dah couple dapat lesen pengan itu ini or kawal semua benda nak arah beli yang suka. Bukankah couple selepas kahwin itu lebih indah.. dapat bonus pahala lagi. ^_^
Buang masa je kalau org yg kita couple tu akhirnya bkn jodo kita....
ika mungkin tak boleh menyinggah macam biasa, sangat busy, apa pun, ika doakan acik berjaya dan terus gigih dalam berblogging...semoga sentiasa dalam perlindungan Allah, insyaAllah... :)