Assalamualaikum
Sebelum itu minta maaf kerana baru sempat untuk terbitkan entri baru, kerana sedang mengumpul kekuatan diri ini. Entahlah terfikir untuk behenti untuk menulis di blog ini untuk jangka waktu mungkin lama. Entahlah tapi sebelum itu acik mahu berkongsikan satu pekara yang mungkin orang tak pernah ambil peduli.
Dalam kehidupan kita di ajar untuk buat baik kepada mereka yang memerlukan. Mak selalu pesan bahawa janganlah menunjuk-nunjuk dalam apa yang kita lakukan kebaikan. Tetapi apa yang sedih sekarang ini, jika mahu buat baik, jika mahu berikan sesuatu mesti akan di khabarkan satu dunia Kebaikan? Siapa yang tak bangga bila buat kebaikan kan? Memanglah bagus
untuk menyebarkan dan membuat kebaikan tapi perlu ke canang kepada semua orang apa yang kita buat tu ?
Meh acik bagi contoh, contoh malam semalam buat solat hajat dan membaca 2 muka al quran. Lepas tu jumpa dengan rakan-rakan cakap " alhamdulilah aku tiap-tiap hari solat hajat dan baca al quran , baguskan aku? " aku pun update status di laman sosial untuk beritahu apa yang kita buat.
Kalau ada orang ramai masa tersebutlah bantu orang untuk tarik perhatian orang bahawa katakan "ishh baiknya budak itu ". Bila orang datang rumah, ketika itu sibuklah nak membaca al quran dengan yang kuat untuk beritahu "aku sedang baca Al quran nie " sedangkan kebiasaannya tak pernah pun.
Okeylah, memang bagus kita buat semua itu. Tapi perlu ke beritahu begitu?
Untuk apa tu? Supaya orang pandang kita tinggi? Supaya orang pandang
kita 'aah la, waraknya dia ni. bagusnya dia ni!'. Begitukah?
Acik rasa semua boleh fikir , paling risau adalah jadinya riak dalam diri kita. Riya' dan Sum'ah. Riya'
adalah lawan dari ikhlas, menampakkan ibadah dengan niat mencari
pandangan manusia, sehingga pelakunya akan dipuji, dan dia mengharapkan
pujian dan pengagungan dan takut kehilangan hal itu. Sum'ah
adalah beramal agar didengar orang. Sedangkan ujub merupakan sahabat
riya'. Ibnu Taimiyah menerangkan perbezaan keduanya. Riya adalah
perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub adalah perbuatan
syirik dengan sebab diri sendiri. Adapun perbezaan antara riya' dan
sum'ah menurut Al-Hafizh, yaitu riya' merupakan adanya amal yang
diperlihatkan seperti solah, sedangkan sum'ah merupakan amalan yang
diperdengarkan seperti membaca, memberi nasihat, atau zikir.
Menceritakan amalnya (dengan maksud agar didengar) juga termasuk sum’ah.
Nabi bersabda, 'Yang paling aku atas kalian adalah syirik kecil. Mereka
bertanya, 'wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, Riak. (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Baghawi) Rasulullah juga bersabda:
Mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khawatirkan terhadap kamu daripada Al-Masih Ad-Dajjal. Para sahabat menjawab, Baiklah, wahai Rasulullah. Beliau pun bersabda, Syirik
tersembunyi, yaitu ketika seseorang berdiri solah, dia perindah
solahnya karena tahu ada orang lain yang memperhatikannya. (Riwayat Imam Ahmad).
Janganlah kita begitu, yang paling baik adalah dirimu sebenar adalah apa yang kamu lakukan saat tiada orang melihatnya. Tak perlu menunjuk-nunjuk tak perlu bagitahu, biarlah jadi rahsia antara kita dengan Allah. Jika kita berikan sesuatu itu tak perlu buat hebahan, biarlah orang tahu kebaikan kita tak perlu kita ceritakan.
Acik menaip ini untuk memberi peringatan diri ini yang banyak kelemahan dan sentiasa muhasabah diri. Semoga kita mendapat manfaat bersaama. Wasalam.
32 Ulasan
tu rasa mcm ermmmm..tik tau mg nk cakap mcm mna org2 lagu tu
bukankah kita disruh sorokan amalam kebaikan supaya tak timbul keriakkan di dada ..ermm ..wallahualam .
Mama doakan acik lebih tenang, fikir sebaiknya, jangan berhenti menulis acik.. mama pernah rasa apa acik rasa. Pernah nak berhenti menulis. Tapi, memikirkan... penulisan ini tidak akan mati, ianya kekal selagi mana orang yang membaca memanafaatkannya. Entri acik banyak buat mama tersedar... :) Terima kasih... mama peminat setia blog ini, sayang kalau acik terus berhenti..
Kadang2 kita lakukan perkara baik... tak beri tahu orang pun... tapi orang nampak... pun kadang2 jadi bahan umpatan... allahualam..