Ticker

6/recent/ticker-posts

Dirimu Sebenar Adalah Apa Yang kamu Lakukan Saat Tiada Orang Melihatmu


Assalamualaikum

Sebelum itu minta maaf kerana baru sempat untuk terbitkan entri baru, kerana sedang mengumpul kekuatan diri ini. Entahlah terfikir untuk behenti untuk menulis di blog ini untuk jangka waktu mungkin lama. Entahlah tapi sebelum itu acik mahu berkongsikan satu pekara yang mungkin orang tak pernah ambil peduli.

Dalam kehidupan kita di ajar untuk buat baik kepada mereka yang memerlukan. Mak selalu pesan bahawa janganlah menunjuk-nunjuk dalam apa yang kita lakukan kebaikan. Tetapi apa yang sedih sekarang ini, jika mahu buat baik, jika mahu berikan sesuatu mesti akan di khabarkan satu dunia  Kebaikan? Siapa yang tak bangga bila buat kebaikan kan? Memanglah bagus untuk menyebarkan dan membuat kebaikan tapi perlu ke canang kepada semua orang apa yang kita buat tu ?

Meh acik bagi contoh, contoh malam semalam buat solat hajat dan membaca 2 muka al quran. Lepas tu jumpa dengan rakan-rakan cakap " alhamdulilah aku tiap-tiap hari solat hajat dan baca al quran , baguskan aku? " aku pun update status di laman sosial untuk beritahu apa yang kita buat.

Kalau ada orang ramai masa tersebutlah bantu orang untuk tarik perhatian orang bahawa katakan "ishh baiknya budak itu ". Bila orang datang rumah, ketika itu sibuklah nak membaca al quran dengan yang kuat untuk beritahu "aku sedang baca Al quran nie " sedangkan kebiasaannya tak pernah pun. 

Okeylah, memang bagus kita buat semua itu. Tapi perlu ke beritahu begitu? Untuk apa tu? Supaya orang pandang kita tinggi? Supaya orang pandang kita 'aah la, waraknya dia ni. bagusnya dia ni!'. Begitukah? 

Acik rasa semua boleh fikir , paling risau adalah jadinya riak dalam diri kita. Riya' dan Sum'ah. Riya' adalah lawan dari ikhlas, menampakkan ibadah dengan niat mencari pandangan manusia, sehingga pelakunya akan dipuji, dan dia mengharapkan pujian dan pengagungan dan takut kehilangan hal itu. Sum'ah adalah beramal agar didengar orang. Sedangkan ujub merupakan sahabat riya'. Ibnu Taimiyah menerangkan perbezaan keduanya. Riya adalah perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub adalah perbuatan syirik dengan sebab diri sendiri. Adapun perbezaan antara riya' dan sum'ah menurut Al-Hafizh, yaitu riya' merupakan adanya amal yang diperlihatkan seperti solah, sedangkan sum'ah merupakan amalan yang diperdengarkan seperti membaca, memberi nasihat, atau zikir. Menceritakan amalnya (dengan maksud agar didengar) juga termasuk sum’ah. Nabi bersabda, 'Yang paling aku atas kalian adalah syirik kecil. Mereka bertanya, 'wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, Riak. (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Baghawi) Rasulullah juga bersabda:
Mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khawatirkan terhadap kamu daripada Al-Masih Ad-Dajjal.  Para sahabat menjawab, Baiklah, wahai Rasulullah. Beliau pun bersabda, Syirik tersembunyi, yaitu ketika seseorang berdiri solah, dia perindah solahnya karena tahu ada orang lain yang memperhatikannya.  (Riwayat Imam Ahmad).
Janganlah kita begitu, yang paling baik adalah dirimu sebenar adalah apa yang kamu lakukan saat tiada orang melihatnya. Tak perlu menunjuk-nunjuk tak perlu bagitahu, biarlah jadi rahsia antara kita dengan Allah. Jika kita berikan sesuatu itu tak perlu buat hebahan, biarlah orang tahu kebaikan kita tak perlu kita ceritakan.

Acik menaip ini untuk memberi peringatan diri ini yang banyak kelemahan dan sentiasa muhasabah diri. Semoga kita mendapat manfaat bersaama. Wasalam.

Catat Ulasan

32 Ulasan

Unknown berkata…
Tajuk yg sgt brmakna. Dengan tajuk sahaja sudah boleh membuatkan kita berfikir...dimanakah kita ketika diajukan soalan mcm nih. Gud entry acik!
tarmizi berkata…
Sekarang mizi dah faham maksud acik. Kita selalu menunjuk-nunjuk kalau boleh kita nak semua lebih baik dari orang. Tapi hakikatnya kita banyak kelemahan...
Vee berkata…
Diam2.. Biar Tuhan saja yg tau :)
Unknown berkata…
salam betul tu acik....kebaikan kita baik disimpan :)
Unknown berkata…
kekadang perka cam tu x disengajakan keluar dari mulot..mgkn dia nk tjk contoh baik dari diri dia,,cuma tersalah tafsir tambah lagi nada bahasa ketika itu sedikit rak kot...apa pun kalau buat baik tu baik diam2 saja...
Kechek Buzz berkata…
hmmm... tulah, selalu benda macam ni la kita terlepas pandang... nice entry acik.. ^_^
shinobi_haziq berkata…
gempak bro...!!bru terfkir...
nora razalli berkata…
kita update done solat meaning kita done riak also :)
tu rasa mcm ermmmm..tik tau mg nk cakap mcm mna org2 lagu tu
bukankah kita disruh sorokan amalam kebaikan supaya tak timbul keriakkan di dada ..ermm ..wallahualam .
Syuhada Nasya berkata…
sue ada kawan kolej yang mcm ni. setiap sstatus dea kat fb semua nya riak2 belaka ! haihh
Maria Firdz berkata…
Dakwah ialah mengajak org buat baik, bukan mempamerkan apa kebaikan yg kita buat..
norhasnizakhalid berkata…
ye acik, apapun yang kita buat apatah lagi melibatkan hubungan kita dengan Allah, tak perlu diupdate dan dihebahkan. Cukuplah hanya itu antara kita, bukannya mendapat pujian manusia, malah cacian. Biarlah kita simpan, pendam mohon petunjuk terbaik dariNya.

Mama doakan acik lebih tenang, fikir sebaiknya, jangan berhenti menulis acik.. mama pernah rasa apa acik rasa. Pernah nak berhenti menulis. Tapi, memikirkan... penulisan ini tidak akan mati, ianya kekal selagi mana orang yang membaca memanafaatkannya. Entri acik banyak buat mama tersedar... :) Terima kasih... mama peminat setia blog ini, sayang kalau acik terus berhenti..
Fatin Wawa berkata…
setuju dgn sis maria.. kalau terlampau menunjuk apa kebaikkan yg kita buat nanti dah jadi riak plk. Wahh.. bunyi mcm lama je nak berehat, diharap acik akan terus dpt berkongsi entri2 yg bermanfaat buat semua disini. :)
Atien berkata…
Setuju sangat2
Unknown berkata…
sejujurnya tersentuh dengan entry acik ni.. nice sharing acik..:)
paridah berkata…
assalam acik seringkali kita melihat status yg kita anggap masuk bakul angkat sendiri ya...tapi kita fikir positif saja mungkin saranannya mengajak kita melakukan amal serupa...moga acik akan terus blogging menyampaikan info berguna walau sebaris ayat.
Tanpa Nama berkata…
hanya allah saja yang tahu apa yang kita lakukan. teruskan menulis acik.
Tanpa Nama berkata…
hanya allah saja yang tahu apa yang kita lakukan. teruskan menulis acik.
Fiza Aizzawa berkata…
Allah maha mengetahui.. perkara baik seronok untuk dijaja.. nakkan pujian.. elok2 dapat pahala terus timbul riak dlm diri.. dosa pula yang kita dapat.. mohon dijauhkan...
ummiross berkata…
Syaitan memang sering bermain dengan hati dan perasaan, moga Allah melindungi hati kita dari rasa riak dan sombong. Kalau berkongsi amalan yang baik-baik pun, moga ia menjadi motivasi.
Farid Laham berkata…
wah ada ayat tersembunyi la hehe
Unknown berkata…
perbuatan ikhlas xperlu pujian dan perhatian kan acik ? biar Allah sahaja tau amalam baik kita, xperlu nak harap pandangan orang..
Unknown berkata…
good share Acik.. :) diri ini sgt complicated.. kejap ok kejap x ok bila bersendirian..
Unknown berkata…
Apa pun yang kita lakukan... pokoknya pada niat... dan juga keikhlasan...
Kadang2 kita lakukan perkara baik... tak beri tahu orang pun... tapi orang nampak... pun kadang2 jadi bahan umpatan... allahualam..
Unknown berkata…
Betul tu apa bro kongsikan... aq setuju.. tak perlu laa kita nak bangga sangat dengan apa yang kita buat "kebaikan" kalau niat nak tunjuk diri tu baik hurm sia2 laaa bukan pahala yang dapat tambah lagi dosa adalah.. riak n sombong.
Karen Monica berkata…
diam diam sahaja..biar tuhan sahaja yang nampak semua kebaikan kita.
Khir Khalid berkata…
Setuju dgn kenyataan Acik ni.. mmg betul. Kelebihan yg bertujuan semata2 utk dipertontonkan membuatkan kita lebih bnyk kelemahan dari kebaikan.. semoga menjadi renungan yg baik buat kita semua. T kasih Acik diatas perkongsian yg bermanfaat ini..
fragmenbiru berkata…
Haah.. bila kita sndirian,syaitan la pneman.. truji keimanan.. Allahu Akbar.. brmuhasabah diri...
Unknown berkata…
betul tu, kalau kita terlalu menunjuk-nunjuk nanti timbul pula riak dlm diri..jdi buat sesuatu tu biar la ikhlas..moga dijauhkan la semua ni..:) nice sharing
Lynn Damya berkata…
Salam, betul sy setuju...mmg xdinafikan, rasa nak update segala bagai kebaikan yg kita buat tu mmg ada, mmg nak rasa bangga setelah dipuji2, but then, ia masih boleh dikawal...sbb sy mmg pasti Tuhan tahu apa kita buat dan Dialah yg memberi ganjaran yg boleh diguna utk akhirat..bukan rakan2 di alam maya dan realiti yg memuji2...muhasabah diri saya juga, terima kasih :)
cikmudahimawary berkata…
terima kasih acik , bagi info yang tak terfikir dan kena mengena dgn smua org tak disangkal lg ..
Tanpa Nama berkata…
samalah juga menderma tapi sibuk nak snap gambar dan jumlah yg di derma..semua kebaikan perlukah di war²..kita inginkan diri menjadi sebutan atau pun mahu keredhaan Allah..?muhasabah diri kathy..