Assalamualaikum
Dalam hidup ini kita di uji dengan pelbagai cabaran yang kadang kala di luar batas pemikiran kita. Yang selalu menjadi isu adakah aku mampu untuk hadapinya ? Kenapa aku di uji sebergini ?
Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran ,jiwa menjadi gelora, umpama badan ini hilang semangat untuk kembali. Tetapi kita silap rupanya dugaan yang mendatang itu membuatkan kita lebih tabah dan kuat semangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Mungkin diri ini tidak merasai dan melalui sebagaimana seperti seorang rakan kenalan acik di mana sehari lagi hari perkahwinan tetapi di uji dimana bakal pengantin meninggal dunia. Dia kemurungan dan tertekan, sehingga satu ketika dia rasa menyerah. Tetapi alhamdulilah hasil dorongan rakan-rakan dan keluarga dia terima ianya sebagai ujian dari Allah.
Kata-kata rakan acik yang acik tak akan lupakan
"memang sukar untuk aku menerima apa yang berlaku, tetapi siapalah aku untuk menghalang dan menidakkan kekuasaanNya. Mungkin ada hikmah yang tak pernah aku jangka berlaku dalam hidup aku. Aku rasa diri aku di uji dengan berat sekali tetapi aku lupa bahawa ada orang lain di uji lebih berat dari aku seperti kematian kedua ibu bapa mereka sejak kecil lagi dan macam-macam lagi."
Ketika kemuncak kejayaan dalam dunia sukan tiba-tiba kemalangan yang menimpa dan pelbagai lagi yang kadang kala di luar jangkaan kita. Kita selalu merungut bila di uji, kita selalu mengalah saat Allah menghantarkan secebis dugaan.
Dan kita lupa diri saat Allah berikan nikmat dalam hidup kita, kita tak pernah mengangkat sepuluh tangan kita untuk merafakkan kesyukuran, tetapi bila musibah mendatang kita terus menyalahkan pada maha pencipta. Kesusahan dan kepayahan hidup itu adalah ujian dari Allah. Kekayaan dan kenikmatan itu juga merupakan ujian dari Allah. Banyak hal yang terjadi dalam hidup ini, dulunya aku sendiri selalu meruntun dalam hati, kenapa aku harus hadapi segala ini ?
”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]
Dan kini aku sendiri telah mendapatkan jawapan yang setelah lama aku cari. Betullah orang kata guru terbaik dalam hidup kita adalah pengalaman. Ianya tiada tolak ganti dan tak dapat di beli. Dulunya siapa yang kenal aku iaitu acik seorang yang pendiam, pernah di hina, di caci dan tak mahu siapa pun mendekat tetapi Allah itu Maha adil di berikan nikmat yang di mana tanpa aku sedarinya ia mengubah hidupku sehingga aku berada apa yang aku sekarang ini. Air mata yang selama ini mengalir memberi aku pengertian untuk terus hidup.
Ketika kamu sedang putus harapan kerana hidup di uji dengan pelbagai perasan dan cabaran, renungilah dirimu bahawa ada orang lain yang sedang di uji dengan penuh kehebatan dugaannya.
”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
Dari
ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada
setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya.
Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka
terhadap ujian serta dugaannya.
Ujian yang diberikan juga
adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan
secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3]
Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan
kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan
semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia,
menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang
datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu
‘Alahi Wassalam bersabda;’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai
pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila
mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab
itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan
memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya
kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai
hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]
Aku sedar dari apa yang terjadi dalam hidup ini, ianya ada hikmah walaupun lambat di ketahui dan kadang kala hanya kita yang tak mahu mengakui hikmahnya. Yang kini apabila aku di uji , aku mampu tersenyum kerana Allah masih sayang dan ingat padaku. Terima Kasih Ya Allah.
26 Ulasan
Berat sungguh dugaan rakan acik tu. Al-Fatihah utk arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman. Betul tu, setiap insan diuji dgn pelbagai cara dan terpulang kepada kita bagaimana utk hadapinya. Sy juga penah kehilangan tunang tersayang dan sy sgt faham perasaan rakan acik tu. Moga beliau terus tabah utk meneruskan hidup di alam fana ni. Ada hikmah yg tersembunyi disebalik kejadian ini. Sampaikan salam takziah pada rakan acik ye..
p/s: maaf, terpanjang pulak komen =)
Terima kasih... tersentuh mselim3 surah al-baqarah 286.. Allah memberi dugaan sesuai dengan kemampuan hambaNya menghadapi sesuatu dugaan itu..kekadang kita tidak sabar menghadapi dugaan itu..
mselim3
Kita tak tahu bila kita akan ada di bawah, bila juga kita akan naik ke atas.
Apa pon yang berlaku teruslah ke hadapan.
Hurm.. kawan acik kuat, sebab tu dia terpilih menghadapi ujian ini.
Kalau seperti saya, mungkin saja tak mampu..