Assalamualaikum
Dalam kerancakan dunia siber ini menjadikan ramai para mengguna alam maya yang ingin di kenali dan menjadi popular. Tetapi ianya tidak berlaku bagi seorang insan ini yang lebih mengutamakan aktiviti sosial di samping menjadi blogger dalam memberi infomasi. Jika menyebut Khir Khalid mesti ramai yang mengenali dan mungkin juga kamu belum mengenali beliau ,jadi kepada yang belum mengenali mari kita ketahui sedikit latar belakang saudara Khir Khalid.Beliau merupakan pemenang bagi salah satu segmen acik untuk di review.
Khairul Anuar Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Khir Khalid
dilahirkan di Johor Bahru dan dibesarkan di daerah Pontian, Johor.
Mendapat pendidikan formal dan sekolah agama negeri Johor di daerah
Pontian sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang pemasaran di RIMA College, Johor Bahru.
Mengikuti kursus lanjutan The Chartered Institute of Marketing (C.I.M., U.K.) pada 1994 di Kuala Lumpur, seterusnya ditawarkan ke University of Wolverhampton, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan dengan Kepujian dalam bidang Pemasaran (BA Hons Marketing) pada tahun 1997.Mula berkerja dalam sektor pelaburan sebelum mendalami bidang keusahawanan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Queensland, Australia pada tahun 1999. Penglibatan awal bermula sebagai pengurus acara dan penulis naskhah (copywriter) untuk program-program sosial dan kemasyarakatan (event & promotion) sebelum berkecimpung sepenuhnya dalam aktiviti kesedaran sosial sebagai kerjaya.
Setelah menempuh banyak dugaan kehidupan dan kerjaya, beliau bertekad berkongsi pengalaman, pandangan serta menyumbang pendapat tentang isu kesedaran sosial melalui ceramah, penulisan blog, media dan program-program kemasyarakatan dengan sokongan kerjasama sektor awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) di Malaysia dan antarabangsa.
Mengikuti kursus lanjutan The Chartered Institute of Marketing (C.I.M., U.K.) pada 1994 di Kuala Lumpur, seterusnya ditawarkan ke University of Wolverhampton, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan dengan Kepujian dalam bidang Pemasaran (BA Hons Marketing) pada tahun 1997.Mula berkerja dalam sektor pelaburan sebelum mendalami bidang keusahawanan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Queensland, Australia pada tahun 1999. Penglibatan awal bermula sebagai pengurus acara dan penulis naskhah (copywriter) untuk program-program sosial dan kemasyarakatan (event & promotion) sebelum berkecimpung sepenuhnya dalam aktiviti kesedaran sosial sebagai kerjaya.
Setelah menempuh banyak dugaan kehidupan dan kerjaya, beliau bertekad berkongsi pengalaman, pandangan serta menyumbang pendapat tentang isu kesedaran sosial melalui ceramah, penulisan blog, media dan program-program kemasyarakatan dengan sokongan kerjasama sektor awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) di Malaysia dan antarabangsa.
Anak kelahiran Johor Baharu ini menjadi salah seorang idola acik dalam pengucapan awam mahupun dari segi penulisannya. Acik pernah mewawancara saudara Khir Khalid ataupun pemilik www.http://khirkhalid.com/ di alam maya dan mendapat tempat pertama bagi pembentangan pemilihan personaliti alam maya terbaik.
Dimana ketika sesi wawancara acik ada menanyakan apakah tujuan menjadi blogger ?
Tujuan
saya berblogging adalah untuk memahatkan pengetahuan yag ada agar dapat
dijadikan rujukan pengkajian disamping berkongsi pengalaman tentang
kehidupan dan mengenali dunia blog melalui ukhwah yang terbina sesama
blogger, mudah-mudahan membawa kebaikan juga buat para blogger yang
dihormati semua.Disebabkan saya masih baru dalam berblogging, saya berpendapat
golongan yang mudah didekati adalah dari kalangan pelajar, remaja &
belia serta warga dewasa yang berkeluarga yang menjadikan media sosial
sebagai satu sumber maklumat tegar dalam kehidupan mereka.
Jika siapa mengikuti perkembangan blogger Khir Khalid beliau mempunyai dua blog iaitu www.khirkhalid.com bagi bahasa melayu dan http://khirwords.blogspot.com/ bagi blog bahasa inggeris. Penulisan beliau di blog khir khalid bermula 5 februari 2013 sehingga kini, walaupun nampak seolah baru tetapi sebenarnya pengisian sangat sempurna.
Penulisan yang bersahaja, pengguna bahasa yang sangat baik sama ada bahasa melayu mahupun English. Pengolahan ayat begitu baik sekali dan dan penghuraian setiap entri begitu baik sekali. Paling seronok adalah apabila beliau berkongsikan cerita dan pengalaman kehidupan ketika berada di luar negara mahupun aktiviti sosial yang di lakukan.
Blog ini mengunakan pengenalan "trademark" yang cukup baik " Ekspresi Tinta Siber " yang begitu menarik, "catchy" dan menampakkan kematangan tentang penulisan. Blog ini mempunyai 335 pengikutnya dan 918 pengikut di G+. Paling seronok apabila membuka blog ini kamu akan mendapat mengetahui aktiviti sosial dan perjalanan hidup beliau.
- Entri terbaik beliau adalah Kisah Aku Dan Aktivis Sosial…
- Entri yang paling acik suka berkaitan dengan pengalaman beliau adalah Catatan Kenangan Highland Tower
- Entri pilihan acik ialah Hak Allah, Hak Kemanusiaan dan Hak Syaitan..
- Entri yang paling tersentuh hati Ujian Hadir, Kepada Allah berserah
- Selain itu beliau berbakat untuk berkarya sebagai contoh karya beliau seni itu
Secara peribadi acik mengenali beliau, beliau sangat baik hati dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Walaupun beliau lebih berilmu tetapi beliau sudi melayan kerenah acik dan persoalan-persoalan yang acik tanyakan pada beliau dan beliau begitu professional dalam setiap apa yang beliau lakukan.
Beliau bukan hanya sekadar blogger biasa tetapi beliau juga sebagai medium untuk membetulkan persepsi masyarakat terutama tentang kehidupan si sebalik tirai besi atau penjara.
Berdasarkan pengalaman, pelbagai pandangan negatif timbul apabila memperkatakan tentang penjara. Sememangnya tiada siapa di dunia ini yang menginginkan untuk masuk ke penjara. Namun qada’ dan qadar setiap manusia itu berbeza-beza. Sama ada mahu atau tidak, ada yang ditakdirkan ke penjara.Apabila aku mengambil keputusan untuk terlibat secara serius dalam perihal kepenjaraan, ada juga timbul suara-suara sengal berkata tentang “badi”, “sial” atau “suey”… Ada yang berkata, “banyak peluang lain, apahal penjara dijadikan prospek kerjaya… suey lah!!”.Sememangnya banyak peluang lain jika difikirkan, namun berdasarkan seru hati serta pengalaman membuatkan aku bertekad untuk terlibat membantu jiwa insan agar diri aku juga dapat dibantu, in shaa Allah. Cuma apa yang aku terkilan ialah dalam kebijaksanaan sesetengah orang, boleh pula berkata tentang badi, sial dan suey. Ketahuilah, kepercayaan seperti itu boleh membawa kepada sesuatu yang mensyirikkan.
Untuk membaca lebih lanjut di sila Click disini Penjera Sejahtera : Memupuk Keinsafan ,Membina Modal Insan
Menurut beliau detik-detik
manis (kejayaan) selama menjadi Penceramah Motivasi & Kesedaran
Sosial ialah detik-detik manis yang paling tidak dapat beliau lupakan ialah pada tahun 2008
apabila 6 orang bekas pelajar dari sekolah Hendry Gurney, Telok Mas,
Melaka telah berjumpa saya untuk mengucapkan penghargaan terima kasih
diatas nasihat & motivasi yg telah saya berikan kepada mereka.
Mereka kini telah menjawat jawatan dalam Unit Simpanan Polis
Persekutuan (FRU). Walaupun mereka pernah bersekolah di sekolah yg
digelar “sekolah budak jahat” tetapi diatas tekad mereka untuk
berubah & insaf, mereka telah berjaya & ada diantaranya juga
yg berjaya menjawat jawatan sebagai inspektor didalam FRU. Itu adalah
salah satu detik yg sgt manis buat saya.
ucapan terakhir daripada beliau berkaitan nasihat dan
harapan yang saudara ingin kongsikan kepada masyarakat, blogger
lain atau individu yang ingin menjadi seperti beliau.
Saya bukanlah seorang yang hebat, apa pun saya berpegang kepada amalan berpesan-pesan untuk kebaikan & kebenaran. Saya bukanlah yg terbaik, tetapi melalui pesan-pesan ini, kita juga dapat beroleh ilmu dari insan-insan yang lain untuk menjadi insan yg lebih baik, in shaa Allah.
Tiada ulasan untuk blog kerana blog beliau pada acik sedap mata memandang bertemakan warna putih dan paling penting header blog yang sangat "smart". Blognya "loading" tanpa tandingan memang cepat dan laju.Akhir kata dari acik, acik sangat mengagumi beliau dan berharap satu hari nanti dapat bertemu beliau secara personally dan dapat mendengar ceramah beliau. Semoga impian itu tercapai ,amin ya ALLAH.
Berdasarkan pengalaman, pelbagai pandangan negatif
timbul apabila memperkatakan tentang penjara. Sememangnya tiada siapa di dunia
ini yang menginginkan untuk masuk ke penjara. Namun qada’ dan qadar setiap
manusia itu berbeza-beza. Sama ada mahu atau tidak, ada yang ditakdirkan ke
penjara… - See more at: http://www.khirkhalid.com/2013/12/penjara-sejahtera-memupuk-keinsafan.html#sthash.Btx4nUml.dpu
48 Ulasan
bermanfaat jugak la kepada masyarakat. :)
jadi tertarik nak ke blog en.Khir ^^