Assalamualikum
Bila dalam keadaan tak sehat pelbagai pekara yang di fikirkan, pelbagai rasa yang terbelenggu di dada, mulut hanya mampu berdiam seribu bahasa. Ketika aku terlantar, terbuyur layu dan tak mampu lagi aktif seperti biasa. Aku rasa satu persatu nikmat yang Allah berikan itu seumpama di tarik perlahan-lahan. Kakiku tak bermaya untuk berjalan, mataku perih membuatkan pandanganku semakin kabur, badan tak bermaya dan hanya mulutku berkumit kamit menyebut nama penciptaku.
Ketika aku mula menyakin diri bahawa aku akan cepat sembuh, cepat bangun untuk melakukan aktiviti harianku, aku memaksa seluruh anggota tubuhku untuk bekerja di bawah kemampuan mereka.Dan sakitku semakin teruk, Mungkin Allah memberikan rasa sakit ini untuk aku merehatkan tubuh badanku yang aku terlalu paksanya untuk berkerja.
Ketika sakit inilah, aku dekat dengan kematian, membayangkan bagaimana jika aku meninggalkan dunia ini ? siapakah yang akan mendoakan ? siapakah yang mengkafankanku ? siapakah yang menjengukku di saat akhir pemergiaanku. Yang hidup pasti akan mati,
Ketika aku sakit ini aku bersendirian, jauh dari keluarga dan hanya aku harapkan ehsan dari kawan-kawan. Di situ aku mampu melihat siapa yang ada ketika aku dalam kesusahan.
Air mata ini tiada henti mengalir untuk mengisafi diriku yang banyak kekurangan dan kelemahan. Aku juga tidak terlepas melakukan dosa-dosa , aku hanya manusia biasa yang mencari jalan kebenaran dan keredhaan Ilahi. Sesungguhnya sakit, musibah, ujian, itu adalah kafarah dosa.
Kisah hidupku bukan seindah kisah kamu semua, hidupku bukanlah semewah kamu semua tetapi aku bersyukur atas segala nikmat yang di kurnia oleh Allah. Rindunya setiap kali sakit , mak yang sentiasa menjagaku, merawatku.
Ketika aku sakit, aku rasa aku dekat dengan Allah, Dia hantarkan rasa sakit ini sebagai tanda sayangnya kepadaku, dia hantarkan rasa sakit ini untuk aku menginsafi diriku. Terima kasih ya Allah
34 Ulasan
Bersabar, berusaha dan berdoa...
terharu pulak baca entry achik nie.. tp achik tabah.. k
mselim3
Sakit itu tanda sayang Dia pada kita.
Ketika sakit inilah, aku dekat dengan kematian, membayangkan bagaimana jika aku meninggalkan dunia ini... siapakah yang akan mendoakan...siapakah yang mengkafankanku...siapakah yang menjengukku..
sebak rasa..buat zaza merenung hal ini...
dan utk acik, sakit itu ujian.. moga cepat sembuh.. :)