Ticker

6/recent/ticker-posts

Hikmah Tersembunyi Di Sebalik Sakit



Assalamualikum 

Bila dalam keadaan tak sehat pelbagai pekara yang di fikirkan, pelbagai rasa yang terbelenggu di dada, mulut hanya mampu berdiam seribu bahasa. Ketika aku terlantar, terbuyur layu dan tak mampu lagi aktif seperti biasa. Aku rasa satu persatu nikmat yang Allah berikan itu seumpama di tarik perlahan-lahan. Kakiku tak bermaya untuk berjalan, mataku perih membuatkan pandanganku semakin kabur, badan tak bermaya dan hanya mulutku berkumit kamit menyebut nama penciptaku.

Ketika aku mula menyakin diri bahawa aku akan cepat sembuh, cepat bangun untuk melakukan aktiviti harianku, aku memaksa seluruh anggota tubuhku untuk bekerja di bawah kemampuan mereka.Dan sakitku semakin teruk, Mungkin Allah memberikan rasa sakit ini untuk aku merehatkan tubuh badanku yang aku terlalu paksanya untuk berkerja. 

Ketika sakit inilah, aku dekat dengan kematian, membayangkan bagaimana jika aku meninggalkan dunia ini ? siapakah yang akan mendoakan ? siapakah yang mengkafankanku ?  siapakah yang menjengukku di saat akhir pemergiaanku. Yang hidup pasti akan mati, 

Ketika aku sakit ini aku bersendirian, jauh dari keluarga dan hanya aku harapkan ehsan dari kawan-kawan. Di situ aku mampu melihat siapa yang ada ketika aku dalam kesusahan. 

Air mata ini tiada henti mengalir untuk mengisafi diriku yang banyak kekurangan dan kelemahan. Aku juga tidak terlepas melakukan dosa-dosa , aku hanya manusia biasa yang mencari jalan kebenaran dan keredhaan Ilahi. Sesungguhnya sakit, musibah, ujian, itu adalah kafarah dosa.

Kisah hidupku bukan seindah kisah kamu semua, hidupku bukanlah semewah kamu semua tetapi aku bersyukur atas segala nikmat yang di kurnia oleh Allah. Rindunya setiap kali sakit , mak yang sentiasa menjagaku, merawatku.

Ketika aku sakit, aku rasa aku dekat dengan Allah, Dia hantarkan rasa sakit ini sebagai tanda sayangnya kepadaku, dia hantarkan rasa sakit ini untuk aku menginsafi diriku. Terima kasih ya Allah

Catat Ulasan

34 Ulasan

Unknown berkata…
Penyakit itu satu kifarah dosa... Tahnia!
sabar,tabahkan diri acik..ujian yg menimpa ada hikmahnya..dan kemanisan akan muncul di penghujungnya :)
BinMuhammad berkata…
Sakit juga anugerah Allah. Bersyukurlah...pasti ada hikmah disebaliknya.
Bersabar, berusaha dan berdoa...
PeRdU cINta berkata…
Assalammualaikum acik..semakin kita diuji semakin itu kita hampir padaNYA..dan semakin itu juga keimanan kita bertambah..Allah uji kita..Allah juga beri kita pahala kerana kita sabar..asal kan kita redha..insyaAllah Allah tingkatkan ganjaran manis buat kita..aminn..
kindergartenlibrary berkata…
Bila kita sakit , ada hikmahnya ^^
Dzureen Darwis berkata…
betul tu acik. Hmm dua tiga hari ni saya sakit mcm2. Dari hari Ahad sakit, hari rabu kena sakit lain pulak. Dugaan...
Tanpa Nama berkata…
semoga acik segera sihat..
LadyBird berkata…
kalau akak skt, mesti akak ingt akak dh nak mati.. huhuhu
Niesa berkata…
semoga cepat sembuh ya acik..semoga tabah dan pasti ada hikmah disebalik semua yg terjadi..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

terharu pulak baca entry achik nie.. tp achik tabah.. k

mselim3
Affy Afiqah berkata…
sakit itu kifarah dosa lampau :)
Unknown berkata…
itulah hikmat dalam sakit..semua itu sudah tertulis..kita sakit pun mesti ada hikmah sebaliknya
Long Cham berkata…
bersabar la ada hikmah tue
Wafi Remli berkata…
Ada hikmah di sebalik setiap kejadian...
Khir Khalid berkata…
Bersabarlah Acik.. semoga dipermudahkan & cepat sembuh.. aamiin..
Tanpa Nama berkata…
moga acik cepat sembuh. sabarlah dik..dugaan dunia. tarik nafas dan rasa nikmat yg allah bagi.
Mia Liana berkata…
betul tu... sabar ya acik... get well soon..
mila berkata…
acik sakit ape? Dh lama x jjenguk cni..semoga cpt sembuh ye
norhasnizakhalid berkata…
terharu mama baca acik.. semoga acik sembuh ye, amin.. sabar acik ye..
Yana Yani berkata…
sakit tu rahmat daripada ALLAH =)
Cik Tieka berkata…
sakit tanda Allah syg..sbb sbg kifarah pd dosa....semoga cepat sembuh ye Acik.. tsentuh bila Acik ckp, siapa y mgambil berat bila kta sakit..distulah kta nampak siapa yg caring dgn kta diwaktu kta x terdaya :')
Unknown berkata…
Semoga cepat sembuh ye. huhu.
Sakit itu tanda sayang Dia pada kita.
fragmenbiru berkata…
Syafakallah... Abak doakan.. Abak pun selalu macam tu,masa sakitlah mula ingat Allah,lemah sngat2 tanpa Allah.... biasa la kita manusia,mmg fitrahnya...
Unknown berkata…
semoga abg acik cepat sembuh. demam tu cepatlah surut ..
Atien berkata…
sakit itu ujian,di ketika itulah kita sentiasa berdoa kpdnya..semakin mendekatkan diri dgn yg maha pencipta
Zaza Iman berkata…
kalau renung ayat acik yg ni...

Ketika sakit inilah, aku dekat dengan kematian, membayangkan bagaimana jika aku meninggalkan dunia ini... siapakah yang akan mendoakan...siapakah yang mengkafankanku...siapakah yang menjengukku..

sebak rasa..buat zaza merenung hal ini...

dan utk acik, sakit itu ujian.. moga cepat sembuh.. :)
Gee Lion berkata…
sakit itukan kifarah dosa acik.. =)
Bunda_nora berkata…
Harap acik dah beransur sembuh...
Unknown berkata…
moga cepat sembuh..ada hikmah disebalik rasa sakit yg kita alami..
Tanpa Nama berkata…
Sebak baca entri acik ni..elok kita meningatkan akan kematian samada kita bersedia atau tidak,waktu itu akan sampai tk cepat atau lmbt walau sesaatpun....
Tetamu Istimewa berkata…
Setuju tu achik, kita bila dah sakit baru nak ingat kematian, dan macam-macam lagi. Tapi, atas sedikit dugaan ini, moga sama-sama cepat insaf untuk tidak melakukannya lagi.
Mizz Aiza berkata…
semoga sakit yang dihadapi oleh acik sebagai kifarah dosa.. akak doakan semoga acik sembuh seperti biasa.. semoga tabah menghadapi ujian dari Allah ini..
Unknown berkata…
ada hikmah apa yg terjadi.. semoga sentiasa baik2 saja :)