Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah dan ucapkan syukur ke hadrat ilahi. Sebelum itu nak dapat handphone percuma ? click di sini.Hari ini acik menaip atas permintaan pembaca-pembaca berkali-kali ,jadi acik tunaikan. Hidup ini selalu terjadi pekara yang tak di jangka dan sering berlaku pekara-pekara yang mengejutkan. Di saat kita mula mempercayai seseorang itu dengan sepenuh hati, di saat itu ianya menghancurkan kepercayaan.
Rasullulah seorang yang sangat menyayangi sabahatnya dan sahabatnya begitu memuliakan baginda. Persahabatan mereka begitu agung dan saling bantu membantu. Tetapi apa yang sering terjadi dalam masyarakat kita bahawa persahabatan itu hanya mampu di zahirkan melalui perkataan dan pertuturan tetapi tidak seiring dengan apa yang di perkatakan.
Tikam belakang atau dalam bahasa English (backstabber) ,kerana istilah ini selalunya dikaitkan dengan perbuatan
khianat seorang kawan terhadap kawan lain terutamanya kawan
rapat yang boleh dikatakan tidur sebantal, makan bersama, "hang out" bersama dan sebagaianya. Kenapa
berlaku khianat terhadap kawan sendiri ?
Kerana harta, pangkat, kedudukan , wanita , lelaki mahupun cinta ,sahabat yang baik mampu bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Sehinggakan sanggup tikam kawan baiknya dari belakang. Tidak di nafikan ianya pernah berlaku dalam hidup acik .
Kerana merebutkan seorang kekasih (perempuan) sahabat sanggup bergaduh dan saling memburukkan sesama mereka untuk mendapatkan pujaan hatinya.Kerana harta sahabat sanggup menipu sahabat baiknya asalkan dia dapat keuntungan tersebut.Andainya berkaitan dengan kerja seorang kawan rapat boleh khianat
kawan sendiri kerana berebut jawatan yang lebih baik sanggup sebar
fitnah agar kawan tidak mendapat jawatan yang lebih baik atau burukkan
nama kawan dihadapan pihak pengurusan tertinggi. Kebiasannya kerana takut kawan dinaikkan pangkat atau diberi kepercayaan oleh pihak
pengurusan disebabkan ketekunan, kepandaian melaksanakan kerja bak
kata orang takut pekungnya terdedah maka lebih baik dia buka aib orang
sebelum kelemahan sendiri terdedah takut dengan bayangan sendiri. Bahaya orang seperti ini jika ada dalam kehidupan kita.
Sering yang terjadi pada zaman sekarang ini pantang melihat kawannya lebih darinya. Maka sifat iri hati dan tak puas hati menguasai diri. Memburukkan sahabat baiknya, memecahkan rahsia yang telah di ceritakan. Di belakang sahabat memburukkannya,bila di depan macam pijak semut pun tak mati. Paling menyedihkan apabila sahabat yang paling kita percaya dan tiada keraguan terhadapnya tetapi dialah yang menghancurkan persahabatan itu. Kawan yang kita percayai membocorkan rahsia kawannya sendiri. Dan dia menggunakan kita untuk kebaikan dan kepentingan dia sendiri. Jangan sangka air yang tenang tak ada buaya, jangan sangka kawan yang rapat tak ada muslihat.
Dalam
Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan
adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan
dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup
bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga
kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi
kegembiraan sahaja.
Pendek
kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah
pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan
hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut
agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang
menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat
dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan
baju kita.”
Apakah
ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan
kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu
untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang
yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebenarnya banyak hadis yang berkaitan dengan sabahat mahupun kawan baik, jadi acik sertakan sedikit untuk kamu.
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya,
merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
(Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.”(Surah at-Taubah, ayat 119)
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?” Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?” Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT. Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim)
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata,
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
“Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Akhir kata dari acik, berhati-hati memilih kawan, jangan terlalu mudah mempercayai orang lagi-lagi baru kenal. Jangan beritahu rahsia kamu sepenuhnya dan sentiasa ada sedikit keraguan dalam persahabatan.
33 Ulasan
Kandang yang baik ni lagi banyak muslihat..
Nak pulak bile dia lagi banyak tau pasal kita kan....
SO biarlah berpada-pada dalam dalam bersahabat.... =D
takut kang klo pilih yg x baik, kita turut sm terjerumus sama
sentiasalah kita beringat dan berpada-pada
Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!
yang penting kita kena bijak menanganinya =)
Regards,
-Strider-