Assalamualikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi Allah ini, pagi-pagi terlalu banyak soalan yang perlu di jawab, semuanya soal cinta, manusia ini memang indah jika berbicara soal cinta ini, tapi kena ingatkan juga kematian juga dekat dengan kita. Baiklah hari ini acik hanya mahu kongsikan sedikit ilmu. Pernah tak orang yang minat kamu atau kamu minat orang tu beri dia sesuatu dengan kata lain hadiah ?
Ala yang orang sekarang panggil "crush" tu, kita suka kat dia, dan berikan hadiah padanya. Teringat zaman kat poli dulu, pernah juga dapat coklat, KFC, dan macam-macam lagi.
Kalau seorang lelaki/perempuan (ajnabi) memberi kita sebarang hadiah seperti jam tangan, telefon bimbit, buku agama dan sebagainya bolehkah kita menerimanya ?
Sebelum tu, ajnabi membawa maksud orang asing iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..
maksudnya AJNABI = BUKAN MAHRAM
senang cerita, ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya..
Kalau di fikirkan di sudut berbeza mesti ada udang di sebalik batu perilaku seperti itu, tak semudah saja-saja kan ?
Mak selalu nasihat: jangan mudah terima dengan barangan yang mahal-mahal ,kelak jika dia ikhlas tak pe, kalau dia tuntut tak daya nak membalasnya balik.
Tetapi dalam Al-Quran ada menceritakan kisah pemberian
hadiah oleh Raja Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s sebagaimana firman
Allah di dalam surah An-Naml, ayat 35 - 36;
"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita".
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
Hadis yang berkaitan dengan galakan supaya saling memberi hadiah;
bermaksud: Sabda Rasulullah saw: Saling memberi hadiahlah antara kamu, nescaya kamu akan berkasih sayang.
Hadis Rasulallah saw yang mengingatkan kita agar tidak meremehkan pemberian hadiah daripada orang lain;
bermaksud :Wahai para wanita muslimah, janganlah ada seorang tetangga yag meremehkan hadiah tetangganya meskipun sekadar kaki kambing. (H.R. Bukhari-Muslim)
Penjelasan terhadap beberapa persoalan;
Bolehkah pemberian hadiah ditolak ? Jawabnya boleh dalam keadaan dimana pemberi hadiah diketahui mempunyai tujuan tidak baik seperti untuk merasuah, bersubahat dalam penipuan dan sebagainya.
Apakah asas pertimbangan bagi seseorang muslim sama ada lelaki atau wanita dalam menerima atau menolak sesuatu hadiah?

Diantara asas pertimbangannya ialah, jika sesuatu hadiah itu diberikan kepada seseorang, apakah manfaat daripada pemberian itu lebih besar ataupun keburukannya lebih besar. Jika manfaatnya lebih besar, maka bolehlah diberi. Jika keburukannya lebih besar, maka eloklah tidak diberikan. Begitu juga dalam konteks penerimaan hadiah, jika manfaat dari penerimaan itu lebih besar, maka bolehlah diterima, tetapi jika keburukan yang lebih besar, maka tolaklah ia. Ini berdasarkan kepada kaedah fekah: Menolak kemudharatan hendaklah didahulukan daripada menarik manfaat.
Tetapi tolaklah dengan cara yang baik dan berhemah agar si pemberi tidak terasa hati dengan apa yang di beri.
29 Ulasan
klu dapat hadiah semua org suke.....kan
anyway perkongsian yang baik, saya tak pandai menolak
pemberian orang