Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenaikan Harga Turut Memberi Kesan Kepada Pelajar

harga naik 

Assalamualikum 

2014 Menjelma dengan penuh gagah dan berani menghiasi semperna tahun baru ini. Maka usiaku juga bakal akan bertambah ,tetapi bukanlah nak bercerita tentang hari lahir acik. Tetapi ingin berkongsikan tentang kehidupanku seorang pelajar. Sekarang ini harga makanan dan minuman dalam keadaan yang agak mahal, acik terpaksalah banyak berjimat dan terus berjimat. Kadangkala terpaksa makan sekali sehari, sekali makan harga dan hampir RM 7.

Nasi putih = 1 
Ayam goreng = RM 3.50 atau ikan goreng RM 2.5-3
sayur sedikit =RM 1 
Air sirap Limau =RM 1.70
Air Milo = RM 2

Acik pernah tanya mak cik yang jual makanan tu , perbualan kami seperti ini 

Acik : Mak cik mahalnya harga ayam goreng nie
Mak cik : itulah dik ,kami peniaga ini pun terpaksa dik, harga barangan basah dan kering naik dik, susah ,ayam sekarang mahal dik. 

Nak tak nak terpaksa beli , itu baru makan sekali, kalau ikut sepatutnya sarapan , makan tengah hari dan makan malam. Ahh berapa pula nak kena bayar untuk satu hari. Bukan niat nak merunggut, acik pun sekarang ini kerja samping kurang lagi-lagi sedang exam ini. Jadi terpaksalah ikat perut dan sekali sehari makan. Bukan minta simpati tetapi ini realiti yang berlaku.

Situasi ini juga di alami oleh rakan-rakan acik yang lain, keluarga bukan dari kalangan orang senang, faham situasi mereka yang bukan hanya nak beri belanja untuk acik seorang ,ada tanggung lain-lain. Jadi marilah berjimat.

 p/s : ini hanya keluhan seorang pelajar, tolong jangan comment unsur politik, dan kutuk mengutuk, jika berdegil piat telingga nanti ^_^

Catat Ulasan

27 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
aduh, terasa betul lah... errrmmm....
Atien berkata…
Memang btul,dah kos utama naik automatik barang lain ikt naik.x de pilihan kena beli jugak.kalau pelajar utk mkn sorang da rasa kesannya,yg da berkeluarga ni lg la terasa..
Mizz Aiza berkata…
nak tak nak terpaksa membayar dengan harga yang mahal.. memang cukup terasa dengan kenaikan ini.. semoga 'pihak yang berkenaan' buat sesuatu.. jangan hanya melihat sahaja penderitaan kita..
Tanpa Nama berkata…
kantin sekolah pun makin mahal acik..pening kepala di buatnya sekarang..
Wafi Remli berkata…
Saya biasanya minum air kosong je, free...harga nasi dan ayam kat U saya memang macam tu...
Unknown berkata…
memang terasa abg acik , sbb tahun 2014 ni tahun tersepit :(
Asha Lya berkata…
adehh mahalnya..bab tu kita rela bawa bekal hari gi keja..utk pelajar kecian bagi yg kurang brkemampuan..
Gee Lion berkata…
beli air putih segelas pon cas lima puloh sen.. huhu.. sadis.. :'(
Unknown berkata…
hrmmmm....xper2 susah2 dulu...kita senang kemudian :) kene jadi positf, kalau x nanti stress kan kan :)
paridah berkata…
walau terpaksa berjimat cermat kesihatan diri kena jaga, ambil makanan berkhasiat...hidup tenang jangan stres..in sya Allah setiap masalah ada jln penyelesaiannya.
Blog Santai berkata…
Kena masak & bawa bekal acik baru save..he..he
chihiromia berkata…
sekarang sarapan pagi bawak bekal dari rumah..berbelanja hanya untuk makan tghari je ;)
Long Cham berkata…
biasa la student nak buat assigmnet kena budget paper kot lagi teruk nak makan hmm meggi cup jer la
http://www.kucinghitam.net/2014/01/anak-menakan-pertama-kh.html
Tanpa Nama berkata…
baru tadi anak buah balik drp sekolah mengadu harga makanan dah mahal . bawa bekal ler jwbnya lepas ni .
Khir Khalid berkata…
Mmg terasa kenaikan pada kali ini, apatah lagi kepada pelajar... semoga dipermudahkan segalanya buat kita semua.. aamiin..
Vee berkata…
Yeahh. And this actually my main reason to batalkan hasrat sambung study luar negeri. Tak sanggup dah nak bebankan parents. Sobss.
nae nematoda berkata…
betul tu , so kalau nak breakfast terpaksa la dengan lunch sekali, baru jimat...tapi kalau lapar sangat, bantai je la walaupun mahal..hehe
Fiza Aizzawa berkata…
kalau student mmg akan rasa impak nye.. tambah pulak kalau makan kat luar.. Fiza yang kerja nie pun kadang2 mkn tgh hari jer..
Azlan Strider berkata…
bukan achik sebagai pelajar yang mengalami dilemma ini..aku yang dah bekerja nie pun sama gak..kadang2 duit RM10 tu habis untuk breakfast ngan lunch jer...dinner tu belum kira lagi...

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
Errmm... semua lapisan masyarakat terasa akan kenaikan ini kan... peniaga juga tersepit... ermm nak kata apa lagi...
Fatin Wawa berkata…
betul tu.. skrg ni walaupun ambil nasi dan lauk seciput je mcm dalam gambar ke-2 tupun mahal gak kena bayar..
Dzureen Darwis berkata…
nak masak macam tak sempat tapi nak makan luar mahal lah aduh.
Unknown berkata…
emm tak tahulah..sekarang smua dh naik, nk beli apa-2 pun kena pkir 2.3 kali..:) spya bjet tak lari..:)
Maria Firdz berkata…
mmg pun dan tak dinafikan... kesan kepada semua yg masih hidup dan memerlukan wang...
Nadia Johari berkata…
apa nak buat..kang tak makan kebuluran pulak..ermm..
Tanpa Nama berkata…
Kesian terutamanya pelajar mcm acik....mak2pun mesti terasa sbb kena bg duit poket lebih utk anak2...kira kenaikan harga ni memberi kesan kepada semua org kecuali pemimpin n mereka y kaya raya.....