Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kita bernafas di muka bumi Allah ini ,ucaplah syukur kepadanya. Sudah 6 tahun acik berblog, telah banyak blog yang acik kunjungi dan acik perhatikan. Jadi hari ini acik sertakan jenis bagaimana blog yang suka acik kungjungi .Antaranya ialah :
1. Artikel/Entri yang menarik dan berkualiti
Hal ini yang menurut acik adalah hal yang paling penting, kerana tujuan orang berkunjung
adalah mencari apa yang sedang ia cari. Dan apabila kita memberikan artikel dengan baik kemungkinan pembaca-pembaca akan merasa nyaman dan selesa, mungkin ada kebarangkalian untuk datang balik ke blog kita lagi. Kalau acik pun, kalau tertarik dengan entri-entri kadang kala berjam-jam bertandang ke blog tersebut untuk membaca setiap entrinya. Selain itu "originality" itu sangat penting, kerana pengolahan, pendapat kita mahupun pengalaman kita itu lebih baik daripada hanya setakat "copy paste". Serta menggunakan ayat-ayat yang dekat dengan pembaca serta mudah di fahami. Walaupun kadang kala isu yang sama di sajikan seperti blogger lain tetapi dengan olahan dan penceritaan yang baik buatkan entri kita lebih unik.
2. Kekemasan blog.
2. Kekemasan blog.
Dengan blog yang cantik dan kemas, pengunjung akan merasa tenang dan selesa untuk membaca entri kamu. .Kemudian perhatikan juga warna tulisan dengan background blog, pemberian warna pada tulisan dan background blog yang tidak tepat hanya akan menyakitkan mata. Seperti acik dulunya menggunakan tulisan warna warni dan juga tulisan yang agak tidak sesuai, setelah di tegur blogger senior , acik perbaiki dari semasa ke semasa. Pemilihan tema blog sangat penting pilihlah warna teras tidak lebih dari 3 warna kerana ianya akan kelihatan serabut.
3. Blog yang tiada banyak widget, iklan mahupun like (tunggu 1000 saat )
Blog yang baik menyusun atur letak widget yang
terpasang secara teratur dan sistematik. Jika kamu membuat banner iklan
usahakan supaya jangan membuat banner yang melayang sebabnya banner yang melayang
ini akan menutupi sebagian teks entri kamu. Jangan pula letakkan widget yang terlalu banyak dan macam-macam takut-takut virus seperti trojan mahupun spam akan serang peranti pengunjung. Paling acik tak akan datang ke blog yang kena tunggu 1000 saat semata-mata untuk membaca entrinya, di gelabkan agar pembaca tak dapat baca dan like "page" tersebut.
4. Rajin menerbitkan entri
Pada acik, acik sangat suka pada blog yang menerbitkan entri selalu, sekurang-kurangnya satu entri sehari. Pada acik blog yang rajin menerbitkan entri ini keistimewaan tersendiri dimata para
pengunjung, lagi-lagi dia mementing isi yang cuba di sampaikan. Setiap entri bermakna dan tidak hanya mementing kepentingan peribadi si penulis tetapi perkongsian bersama.
5. Loading blog.
5. Loading blog.
Kebiasaanya blogger sering tidak ambil peduli tentang berat blog kita mahupun "loading"nya. Macam blog acik yang dulu puas memikirkan kenapa blog lambat sangat dan kini jumpa penyelesaiannya.Tapi perlu
diketahui bahwa" loading" blog juga sangat penting untuk memikat hati
pengunjung. Pengunjung sangat senang dengan blog yang ringan kerana mereka boleh membaca terus membaca lagi-lagi kepada pegunjung yang menggunakan "broadband" yang kadang kala kelajuan turun naik. Dari pemerhatian acik blog yang ringan ini berpengaruh untuk di naikkan di agen carian sama ada di google mahupun yahoo.
6. Pemilik blog yang ramah.
6. Pemilik blog yang ramah.
Pekara ini selalu di anggap remeh sesetengah blogger yang hanya selalu datang geng blogger atau kelompok mereka sahaja. Susah untuk membalas kunjugan blog lain ? tahu tak jadi bloggger yang ramah dan baik ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada kita, walaupun entri kita tak seberapa tetapi kerana kita di anggap ramah mesti mereka akan datang ke blog kita walaupun hanya jadi "silent reader" mahupun komen " entri ini best" Sebenarnya ianya juga dapat meningkatkan trafik di blog kamu.
7. Blog yang unik
Dan hal ini juga sering di ambil mudah oleh para blogger, biasannya blogger meletakkan nama blog yang susah untuk di ingat dan berbelit-belit. Biar mudah dan gunaan nama yang unik,acik pernah jumpa nama blog "blogkitasukasukasangat" aduhh panjangnya dan sukar untuk di ingat. Gunakan nama blog yang baik ,mudah dan ringkas. Buat penjenamaan kembali blog kamu. Pasti akan jadi pilihan kepada pengunjung,bila orang sebut nama blog kamu pastinya orang tahu milik siapa blog itu.
56 Ulasan
komen sekrg bila dah syok tgglkan komen tiap2 hari nak baca dan cuba
mengaktifkan diri...
terima kasih
nanti kalau ada masa, cuba singgah blog akak
pastu bagi pendapat
bukan apa, nak dengar juga pendapat orang...hehe
lagi 1 licha kurang minat sikit dengan blog yang pasang lagu ini.. huhu
Btw, nice sharing...
jom bg idea..bole dpt hadiah free - http://eirza.blogspot.com/2014/01/nak-hadiah-free-tak-jom-grab-peluang-ni.html
betul tu tang nama blog tu memang kalo panjang susah nooo nak ingat..kan...
lagi satu blog yang loading kemain lama berjanggut nunggu...pengunjung larik...
Terima kasih bebanyak tips yang dikongsikan di sini.. bagus achik! Kita semua belajar daripada kesilapan..
mselim3
pls: dulu blog mselim3 background hitam tulisan kuning huhuhu dulu2 ilmu berblog pun kurang.. ehehehe